Saturday, February 5, 2011

Tersentap atau menyentap

Posted by aisHa 'S' at 2/05/2011 08:09:00 PM
Aku seorang yang sangat sensitif. Dalam banyak perkara aku amat sensitif, dengan kawan-kawan juga aku sangat sensitif, dengan family lagi-lagi la sensitif. Aku rasa aku ni jenis yang tak suka berkongsi kot. Contohnya, kalau aku baik dengan seseorang tu, aku sangat tak suka bila orang lain yang aku kurang gemar sikapnya itu berbaik dengan kawan aku tu. Sama juga bila abang aku ada adik angkat, bila adik angkat dia datang ke rumah dan aku tengok abang aku sembang and care je dekat orang tu, dalam hati aku akan terusik dan terasa. Mungkin sebab aku takut kehilangan dan mungkin juga sebab aku tak rapat dengan abang aku. Jadi aku rasa macam hak aku telah di rampas. Selalu aku mengalami situasi ini, tetapi sekarang bila dan meningkat usia, aku boleh berfikir rasional sikit dan cuba menerima orang-orang tersebut dan memandang baik pada mereka. Kira aku ni jenis yang busuk hati juga la, sebab suka menilai orang melalui pandangan aku je. ^__^


Kadang-kadang aku rasa sikap aku jadi macam tu sebab aku terlalu memendam rasa. Bila ada sesuatu yang aku tak puas hati, sesuatu yang buat aku terasa aku akan pendam then lama-lama dia akan memakan diri. Sebab tu la kot orang kata kalau ada masalah kita kena share. Tapi aku ni jenis yang suka pendam,tak semua masalah aku share. Selalunya banyak benda yang aku peram,pendam dulu then dah lama-lama, bila masalah tu da makan diri, aku dah tak mampu nak control baru aku share. Aku bukan jenis yang mudah berkongsi masalah dengan semua orang. Tapi sekali aku dah share dekat orang tu masalah aku,means aku percayakan orang tu. Andai kata kepercayaan aku hilang pada orang tu,aku memang takkan berkongsi dengan beliau lagi. Aku kira ada antara teman-teman rapat yang terasa dengan aku sebab hal ni. Dan sekarang persahabatan kami juga semakin renggang. Hurm....


Heart : Kenapa ye,aku selalu merasakn aku sendiri padahal aku dikelilingi ramai orang.? Hilang dalam ramaikah.? Atau perasaan ni aku je reka cipta sebab saja-saja.?

2 comments on "Tersentap atau menyentap"

♥TanpaNama♥ on February 6, 2011 at 6:38 AM said...

Assalamualaikum...

1st time comment sini. rasa mcm adik tgh mengata akak masa akak muda2 dulu. hehhehehe

tu la kan...selalu rs cemburu. tp kenalah bijak kawal perasaan tu. jgn da kawen terbawa-bawa.. x sehat utk hbgn suami isteri kan?

[نور عيني] on February 8, 2011 at 2:08 PM said...

hehe macam2 persoalan ek kat minda tu..sabar aishah sabar.

aini pn jenis suke pendam perasaan. tp aini relax je. anggap ia ok je. kdg2 ade benda kite kene rahsie je.hehe

nape tuka blog?

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez