Aku pernah rasa down giler sampai satu tahap aku rasa nak pergi tempat yang jauh...Yang tak ada orang boleh cari aku ataupun aku tidur malam nanti aku takkan bangun-bangun dah esoknya. Dan rasa seperti nak terjun je dari level 12 ni. Kalaulah akal pendek ni aku turutkan aku tak tahulah apa yang terjadi. Kenapa aku sebagai seorang hamba di dunia ni terlalu mengagungkan manusia dan mengutamakan manusia bukan Penciptanya.? Tapi aku bersyukur dalam keadaan ni aku masih mampu kawal emosi dan kawal diri aku dari buat benda-benda mengarut tu semua. Kalau tak, aku boleh bayangkan macam mana kecewanya keluarga aku dan macam mana loser nya aku pada mata semua orang. Seorang kenalan pernah berpesan, "Sabarlah,orang yang sabar akan berjaya". Aku simpan kata-kata itu, dan sedikit memberi pengharapan pada aku.
Kenapa aku sebagai manusia ini selalu membuatkan diri aku kelihatan sangat malang padahal hal yang berlaku tidaklah sebesar mana.? Kenapa aku sebagai tuan kepada diri aku yang dipinjamkan oleh pencipta ini membuat diri sendiri menjadi lemah dan tunduk pada keadaan.? Kenapa aku tidak membuat diri aku menjadi gembira.? Kenapa aku tak buat diri aku menjadi hebat pada mata yang memandang rendah pada aku.? Sedarlah wahai diri ku ini bahawa, orang lain tidak akan membuatkan kita bahagia selain diri kita sendiri. Lecturer aku ada berkata, "Tubuh badan kita ni hanya pinjaman dari Allah. Ia bukanlah milik kita, jadi jagalah tubuh badan kita ini sebaiknya, jangan sakiti dan ubah sesuka hati."
Kita hidup ini bukanlah untuk memuja manusia,tetapi mengabdikan diri padaNya. Kita bukan hidup untuk manusia dan bukan juga menjadi hamba kepada manusia.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.
p/s: Sekarang aku fahamlah kenapa ada manusia yang sanggup bunuh diri bila kecewa gila. Sebab rasa sakit tu susah nak cakap dan susah nak zahirkan. Tapi kenapa kita tidak mengadu pada Dia yang menciptakan kita.? Jangan memilih jalan singkat untuk lari dari masalah. *ini adalah pesanan untuk diri sendiri.
0 comments on "Aku ini bukan malang dan bukan terbuang"
Post a Comment