Memandangkan aku sekarang sedang mengalami masalah kewangan jadi aku pun memilih untuk bekerja sambilan. Tadi baru pergi ke mid valley. Dapat buat part time dekat sana. InsyaAllah jumaat ni aku akan start bekerja. Selama 3hari je dalam seminggu. Harap dapat la cover duit belanja untuk bulan ni. Ini adalah pertama kali aku bekerja sambilan ketika sedang belajar, sebelum ni pun kerja masa cuti semester je. Tapi disebabkan sekarang adalah semester pertama jadi terpaksa la bekerja dulu. Parents dan adik-beradik semua tak tahu lagi aku nak kerja ni. Aku buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan mereka,aku cuma suarakan dekat roomate aku dan dia tolong rekemankan dekat kawan dia, kawan-kawan yang lain semua tak tahu lagi..heheee. Syukur la dapat kerja ni, gaji tak mahal tapi tak apalah aku terima je. Aku harap dapat kerja dekat aku part time dulu,tapi buat masa ni tak ada kekosongan lagi. Tak tahu la apa perasaan ayah aku bila dapat tahu aku kerja ni. Aku harap dia tak marah. Dan aku juga akan belajar bahagikan masa belajar dan masa bekerja dengan betul. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.
Pengalaman bekerja aku tak banyak sangat, tapi sekarang ni,aku jeles bila tengok ada kawan-kawan yang ada kerja part time masa belajar, diorang boleh guna duit sendiri untuk cover belanja diorang. Sekarang dah tak ada spend money untuk wayang,shopping dan lain-lain. Kalau keluar pun cuma boleh window shopping je. Nafsu untuk beli baju baru,kasut baru, beg baru dah kena ikat ketat-ketat dulu,jangan sampai putus,kalau tak nanti ada orang yang puasa makan meggie karang, even sekarang pun hampir setiap hari makan meggie, tapi masih tak kurus-kurus juga. HUk Aloh....Apa-apa pun, congratulation to me coz da dapat kerja sambilan..Ngehngeh...
1 comments on "Cover duit poket"
insyaallah..bole nye ecah..ilek je..hadapi dgn tenang.hehe
Post a Comment