Tuesday, March 31, 2009

Edisi Sibuk...

Posted by aisHa 'S' at 3/31/2009 11:59:00 AM 2 comments

Salam...
Sudah agak lama tak update blog. Actually sekarang ni jadual harian pada waktu siang saya sangat padat. Dan pabila malam mata ku mula mengantuk. Ditambah dengan masalah broadband. So tak dapat la nak online selalu. Semalam pukul 10 malam baru bertolak balik ke hostel. sampai ke hostel pukul 11malam lepas tu saya terus tak sedarkan diri sampai pukul 1pagi. Heheee...

Hari ni ada assignment nak kena hantar. Nasib sikit je kerjanya. Dah la semalam tak masuk kelas. hee..Pergi tengok pak lah merasmikan tapak pasar kat Kg baharu. Sekarang ni kat library. Nak blah buat kerja da. Cau dulu.. Minggu ni ada sesuatu yang menggembirakan berlaku. Hehe..Syukur. Tapi kita tak tahu kan sampai bila kegembiraan ini akan berterusan. Cuma saya harap kali ini, saya tidak lagi berharap seperti dulu..

Hari ini saya datang kampus, lepas tu saya dapat tahu yang ada assignment kena hantar hari ini juga, tetiba hati saya panas, terasa nak marah dekat kawan saya sebab tak bagitahu pun dekat saya yang ada assignment, saya ingatkan kawan-kawan akan tolong saya, sebab semalam masa saya masuk kelas, saya dah tanya seorang kawan saya tu belajar apa tadi, kawan saya yang itu tak inform pun dekat saya tentang assignment ni. Hal ini sebenarnya kecil je, tapi, maybe saya ni sensitif orang nya. kesian dekat kawan saya yang kena marah tu, saya marah melalui mesej je. Lepas ni kena minta maaf la dekat dia. Apa la nasib dapat kawan macam saya kan.?
Harap lepas ni saya dapat kawa perasaan saya. Amin... Okay... Adios..
Adios.. Zia Jian...

Tuesday, March 24, 2009

Jagalah diri

Posted by aisHa 'S' at 3/24/2009 02:44:00 AM 1 comments






Salam pembuka bicara, di awal pagi sebegini, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini kecuali online. Sudah penat dan jemu online dekat myspace, buka pula friendster. Selepas itu tinjau blog. Agak bosan, sudah habis balas komen dan mesej dari para sahabat. Sedari tadi asyik berfikir apa yang patut dibuat oleh student seperti ana bila tidak dapat melelapkan mata.? Mestilah study jawapannya, tapi bagi naughty girl macam ana ni, boleh ke nak study..? Hehe, jawapan ana plak mestilah online, sebab online jugalah yang buat ana tidak mengantuk. Hakikatnya, semenjak dua tiga hari ini, hati ana tidak begitu tenteram,senyum yang tidak lagi ceria, hati yang semakin gusar, persoalannya, apa yang sedang bermain dibenak fikiran tidaklah dapat diketahui jawapannya. Jawapan dari seorang sahabat ialah, perubahan hormon mungkin. Ah, itu alasan yang ana rasa, paling boleh diterima walau hakikatnya, disudut hati ini sedang memikirkan sesuatu dan seseorang. Penat menipu diri barangkali, atau mungkin terasa agak tercabar dan teruji, kerana dalam diam terasa diri dikhianati oleh sahabat yang sudah mula disayangi, ana rasa sangat teruk bila selalu bersangka buruk pada orang, sudahnya mula pula meluahkan di blog ini, memanglah menjadi bertambah teruk prasangka dalam diri ini. Sebenarnya, ana cuba nak membuang rasa itu dan terima seadanya. Alangkah bahagia dan indahnya diri ini jika dapat membuang segala prasangka buruk dan segala keraguan itu dapat dijauhkan. Hurm, lumrah ana sebagai manusia yang lemah. Sedang cuba untuk berubah. Sesekali terfikir, berubah nak jadi jahat senang bukan..? Hakikatnya, dalam diri ana ini mungkin ada dua perwatakan, kadang-kadang rasa nak sangat jadi baik, kadang pula berubah menjadi seorang yang tak berapa nak baik. Selalu juga menyalahkan keadaan dan berkata, "dulu ada dia untuk merubah dan menjaga ana. Sekarang, ana sebatang kara menjalani ranjau hidup di kota Kuala Lumpur ini". Kenapalah ana begitu lemah dan cetek sekali fikirannya, kenapa mesti sebab dia ana berubah manjadi baik, berpakaian baik, hakikatnya ana sedang berbuat jahat.? Kenapa tidak diteruskan sahaja dengan berpakaian baik dan berkelakuan baik seperti mana ana pernah berubah dahulu, kenapa sejak dia pergi ana perlu berubah sebegini.? Jawapannya ialah, kerana memberontak pada diri sendiri, sebab tidak dapat menerima hakikat yang dia telah pergi dari hidup ana dan menjadi hak orang lain mungkin. Sesekali terasa nak marah dengan diri pun ada, kerana ana terlalu hanyut seakan melupakan bahawa ana masih mempunyai keluarga dan saudara mara. Oh, jikalau ada dikalangan keluarga yang membaca blog ana ni, mesti mereka sedih. Hakikatnya, ana tidak melupakan keluarga, tetapi ana cuma mendapatkan simpati mungkin yang kononnya ana ini memang kesian orangnya. Ntah apa-apa lah. Itu menunjukkan ana ini sangat lemah orangnya kan.? Malu la pada diri.... Hey, sesungguhnya, ana bangga juga dengan diri sebab ana masih mampu hidup dan masih mampu bahagia dan ana tidak berubah dan berbuat sesuatu yang merosakkan diri lagi. Syukur ana masih lagi kuat dan sepanjang hidup di Kulala Lumpur ini, dan menjadi pelajar disini ana mula nampak jalan untuk berubah dan membentuk diri ana kembali. Moga jalan dan liku disini dapat ana tempuhi. Dan ana harap ana dapat menjadi lebih matang. Yelah, memang diakui, ana ni sebenarnya sangatlah lepas laku orangnya. Jikalau ada sahabat yang mengenali ana sebagai seorang kawan, mungkin tahu apa maksudnya. Ada seorang teman pernah memberitahu ana, "Ko ni kalau tengok perwatakan, memang nampak ganas, nampak kasar, tapi aku tahu,dalam hati ko lembut. Touching, sensitif, menangis sebenarnya kan.?". Well ana tak salahkan dia jika dia berfikir begitu, memang dia boleh nampak sebab dia tahu masalah ana kan.? Hehehe... Hakikat yang tersembunyi tiada siapa pun yang tahu. Sebenarnyakan, jadi single ni bagus juga. huhu..... Terasa sangat nak baik dengan sis Julia. Kenapa ya.? Tetiba terasa bila baca post dia tentang jangan main2 tu. Sebenarnya ana nak ada bimbingan, susah la nak cakap, sebab ana terlalu berahsia kot. Nak membina perwatakan dalam diri susah juga bagi ana, nak berubah tingkah laku juga susah. Ishk, boleh dikatakan, ana berubah mengikut keadaan tempat dan mood kot. Huhu... Oh ya, ana nak pesan pada diri, Nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah jika kaum itu tidak berusaha untuk berubah. So ana kena ingatlah, ana tidak akan berubah kalau ana tidak berusaha untuk merubah diri ana. Nak berada ditahap ini sampai bila.??? Ya, semua orang buat silap, cuma bezanya, sama ada nak terus buat silap atau nak belajar membaiki kesilapan itu. So jawapannya..? Tetapkanlah dihatimu....




p/s : Semenjak beberapa minggu ni, ana akan tersenyum sendiri bila melihat orang yang memaki tudung labuh, teringat waktu muda-muda dahulu barangkali, waktu bersekolah agama dulu. Pernah juga pakai macam tu.Hehe, sesungguhnya ana bangga dengan mereka ini, kerana berimej seperti itu. Ana..? bila lagi.? Errrr........


Question.. Siapa ana..? Saya aishah la..Ishk... Takde pun nama "ana" dalam ejaan nama saya...Kuikuikui....

Friday, March 20, 2009

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Posted by aisHa 'S' at 3/20/2009 08:58:00 PM 2 comments
Hari ini masa ceramah Untukmu WANITA, aku mendengar satu ayat ini, iaitu tangan yang di atas lebih baik dari yang dibawah. Maksudnya, orang yang memberi adalah lebih baik dari orang yang menerima. Juga aku pelajari tentang, bila kita memberi, jangan mengharapkan balasan. Ini kerana memberi dengan ikhlas itu akan membuatkan kita berasa sangat gembira. Tetapi jika kita mengharapkan balasan, kita akan kecewa akhirnya. Sungguh, aku sangat terasa dengan situasi ini, terus ditanam didalam hati, agar segala pemberian itu, adalah ikhlas dan aku juga tidak akan mengharapkan pembalasan. Bila berbicara tentang ini, aku tersentuh dan sangat sedih. Sebab contoh yang telah penceramah berikan tu, betul-betul aku terasa. " Ia berkisar tentang seorang gadis yang sangat kecewa dengan teman lelakinya, yang mana pada ketika itu, dia sangap mengharapkan pengertian dari sang lelaki, supaya tidak berhubung dengan dia selama beberapa ketika kerana ingin bersedia untuk meghadapi peperiksaan, tapi salah faham yang berlaku ialah, lelaki itu pula memberitahu kepada sahabat-sahabat lain yang hubungan mereka telah putus, dan seterusnya, gadis ini bertemu kaunselor dan menceritakan bahawa dia sangat kecewa dengan lelaki itu, dan mengenangkan dia telah banyak membantu lelaki itu, dan dia berasa sangat bahagia ketika dapat membantu lelaki itu suatu ketika dulu". Sungguh, aku terasa dan tersedar sendiri. Sebelum ini aku sedar akan hal ini, tetapi aku lebih mengikut kata hati. Padahnya..aku yang kecewa disini.

Untukmu Wanita

Posted by aisHa 'S' at 3/20/2009 09:34:00 AM 4 comments
Title : UNTUKMU WANITA
Date : 20, 27 MAC, 3, 10, 17, 24 APRIL 2009
Venue : BESTARI HALL (LEVEL 2)

"WANITA WADAH PEMBANGUNAN JIWA AD-DIN"


Tingkatkan persediaan menghadapi cabaran masa kini ke arah wanita dan mahasiswi cemerlang. Sesi khas "Untukmu WANITA" setiap Jumaat jam 12.30 - 1.45 tengah hari.
Semua kaum hawa UniKL dijemput hadir.

Antara Slot-slot yang dibincangkan :-

1) Keangguan muslimat
2) CINTA dalam HATI
3) Sihat itu cantik
4) Wanita dan Kewangan
5) Menghadapi Ujian I
6) Menghadapi Ujian II




........................................................................................

Salam, kali ni kawe menyibukkan diri dengan program untukmu wanita pula.Heeee...Kawe ambik tanggungjawab bahagian teknikal dan jadi camerawoman. Sahabat wanita UniKL semua, sila hadir ya. Program ni bagus untuk kita. Oh ya, kmi juga disediakan 10 cabutan bertuah untuk dimenangi. Hari ni AJK tema pakai baju pink ya..Hehe.

Tuesday, March 17, 2009

Fundementals of Accounting

Posted by aisHa 'S' at 3/17/2009 04:30:00 PM 3 comments
Ni time nga jaga booth. Huhu...First time pakai camni masa gi kelas....Ramai lak orang yang tak cam kawe.adeih..sabo je la.

Aiya..Hari ni aku datang kampus semata-mat untuk jaga booth kempen Go Go Green je. Hari selasa memang kami tak ada kelas, jadi semua kena bekerja untuk kempen la,kalau tak nanti kami semua akan gagal la dalam subjek Technical and Communication English.

Seharian duk kat booth je, cari peserta untuk masuk pertandingan, syukur la dapat juga cari pelajar untuk sertai. kalau tak rugi je hamper yang kami sediakan.

Urm, acctually, posting kali ni juz nak cakap, esok ada test 1 untuk subjek Fundementals of Accounting. Wah sangat tak suka subjek ni.sangat tak faham.Uwaa...Malam ni kena study la..Wish me luck...

Ops.... jap lagi nak pergi menara celcom dekat jalan Semarak.Broadband buat hal...Banyak betul nak kena habiskan duit minggu ni.Sabo je la...Dugaan...

Sekitar Kempen Go Go Green

Posted by aisHa 'S' at 3/17/2009 01:15:00 PM 3 comments


Syukur Alhamdulillah. Kempen Go Go Green masih berjalan lanjar, sekarang sudah 4 hari kempen ini diadakan. Pada hari ini telah diadakan satu pertandingan iaitu mereka sesuatu yang boleh digunakan dengan bahan-bahan recycle. Kempen ini akan berlanjutn sehingga 20 Mac 2009. Kepada sahabat yang ingin menyumbangkan bahan-bahan yang boleh di kitar semula. Kami akan membeli dengan harga2 yang telah ditetapkan.

Together We Save Our Enviroment.

My Signature..Hehe..Sesi koya bersama saya. :p

Antara barang yang dijual.. Beli2..murah2... Promote ni..
Baju "bundle", dan hasil kraftangan, Sorry la, cameraman xprofesional sikit.
Jom "Kitar Semula". Kalau ada apa-apa barang untuk dikitar semula, di alu2kan datang ke booth kami.
Buat2 bizi je ni..Hehehe. Sebenarnya tengah online blog
My classmate, yang banyak bekerja keras untuk kempen ini.

Kami yang teruja.

Kat belakang tu sigature dari student UniKL. Thanks for your Supporting.
Sesi jualan. Laku sandwish ni.Pic dr gerai org sebelah..

Saturday, March 14, 2009

Visual Basic vs Mandarin

Posted by aisHa 'S' at 3/14/2009 11:18:00 AM 2 comments
Suasana hujan di Kuala Lumpur. :)

Hari sabtu seperti biasa, ada class VB.Net dengan Mandarin. Masuk class hari minggu ni pakaian mesti nak melaram(padahal hari2 melaram)..hehehe

Datang class hari sabtu, mood tak seberapa pun, lec mengajar kat depan, aku xdapat nak focus, memang langsung tak faham walau mata mengadap kt papan putih tu. Aku pun tak tahu kenapa, subjek VB ni bukan susah sangat pun, dan aku juga pernah belajar subjek ni kat politeknik dulu, tapi kenapa dekat sini, aku tak ada semangat pun bila class VB. Oh tuhan, kenapa dengan aku ni, dalam class tadi pun aku memang fikir pasal ni je la. Bukan fikir sal pakwe yer (da memang takde pakwe pun). Penat duk fikir tu, aku listkan la dalam kepala otak ni, apa faktor-faktor yang menyebabkan aku malas bila kt kL ni..? Terus terang, memang aku rindu diri aku yang kat politeknik dulu, tak ada la malas macam ni. Semangat aku hilang. Kenapa la aku buat diri aku susah macam ni..? After that, seperti biasa la, jawapan da pun aku dapat, dan insyaallah, harap semangat tuk berubah tak hilang.

Senang cerita, dekat sini aku tak ada mood sebab assignment tak siap. Sebab apa tak siap, semua tu salah penyakit 'M'. Aku dapat siapkan 90% assignment mandarin je. VB tak sentuh pun, aku kira VB ni tak susah pun, tak banyak koding dan tak rumit sangat, tapi sebab tak susah la aku jadi macam ni, sebab tak rumit la aku tak study, ciannye kat diri aku,suka menggagalkan diri sendiri.

Actually, aku jeles bila tengok orang lain study, seronok je kan diorang study, kenapa aku tak rasa macam tu pun, aku lebih pentingkan perkara lain dulu.Tapi bila aku mula rajin untuk study, kalau boleh aku nak semua kawan-kawan aku study sama. Tapi, bila penyakit 'M' menyerang, aku always down dan cuma biarkan masa berlalu macam tu je. Betapa RUGInya aku.

Kelas mandarin hari ni agak tekanan sikit, sebab ada oral test. Aku tak baca pun lagi teks yang perlu aku hafal tu, cuma tengok sikit-sikit je. Aku da dapat agak la, kelas mandarin nanti mesti aku akan nak marah-marah je, sebenarnya,tu aku nak marah dekat diri sendiri sebab lalai, ni semua gara-gara cuti sem hari tu la (tetiba cuti pula yang disalahkan). Seminggu duk rumah, memang betul-betul aku cuti la. Ishk...Bawa balik buku banyak. Hurm,tapi haram,aku tak sentuh pun semua assignment tu,semua buat time kt kelas. Inilah namanya 'Hangat-hangat tahi ayam' ye adik-adik.
Pasni, tobat taknak macam ni lagi. Boleh caya tak ni ? ;(

p/s : Sekarang ni aku tengan kelas VB.Net lagi. Tengah buat assignment, tapi sempat plak aku blogging. Teruknya.. Well sebenarnya kerja dia aku boleh buat, tapi aku malas nak fikir, so ambik jalan senang je. Nasib la aku ada basic sikit-sikit sal VB ni, kalau tak mati la. Sebelah je ngan sudut hati, sebenarnya darah tengah gemuruh ni,risau kelas mandarin nanti. Bukan risau pasal assingment, tapi pasal Oral Test. Assignment syukur la da nak siap. Memang jenis aku boleh buat kerja bila last minit erk..? Bile tekanan baru kerja jalan. Memang sesuai la aku ngan result aku tu kan.? Dalam hati, "Dean List Please"..Wakaka..mimpi di siang hari. Memang takkan dapat la kalau aku macam ni je..
Ada kesedaran sahaja, tak ada usaha, Tak guna juga kan.?

Moral of the story : Amalkan buat kerja Last Minute !!!

Wednesday, March 11, 2009

Di Tag dan MenTag

Posted by aisHa 'S' at 3/11/2009 05:02:00 PM 3 comments
Sudah lama tak jawab tag. So kali ni ada tag menarik dari sahabat maya gue...
Tag ini datang nya dari Mr. Berret


Peraturan bagi menjawab tag ini adalah seperti berikut:

A)Letakkan lencana yang telah disediakan di Blog
-Lencana..? Xtau la....Hehe..Xfaham.


B)Ceritakan tentang pemberi anugerah dan buat pautan

-Saya dan Mr. Berret mula kenal pada bulan 11 tahun 2007 lagi. Kenal melalui satu forum iaitu Timestreet.com. selepas itu kami menjadi sahabat dekat friendster, YM dan seterusnya di blog. Hehe... Ketika itu sedang bermula episod duka lara dalam hidup saya, jadi internet adalah teman sejatiku. So selama kenal dia ni, dah banyak saya kongsi cerita dan meminta pendapat serta pertolongan dari yang lebih arif ni.. ;p. Sehingga sekarang kami belum lagi pernah berjumpa, dan sudah agak lama tidak sembang seperti dulu, sebab kehidupan masing-masing barangkali. Moga persahabatan ini kekal la sampai bila-bila. Tak gitu berret..? ;D

C)Nyatakan 10 hobi /fakta tentang diri sendiri

1. Sangat suka melayari internet, terutama blog, Myspace, Friendster, Forum.

2. Bila mengadap laptop memang tak ingat dunia dan sampai berjam-jam.

3. Sensitif, mudah mengalirkan air mata hanya dengan melihat orang lain menangis, mudah simpati.

4. Suka memendam perasaan dan suka menyendiri.

5. Love beach so much.

6. Suka gelak kuat-kuat.

7. Suka tangguh kerja.

8. Suka edit gambar dan dengar lagu jiwang.

9. Tidur itu penting bagi saya.

10. Setia ( hurm, pada sorang je.. Ngee )

D)Seperti biasa, tag orang lain pula
  1. aNeys
  2. sYahmiL
  3. jKing
  4. jzmiza
  5. niesahm
  6. leeqihanum
  7. alia-lili
  8. amyno
  9. izhan-ceritahati
  10. Hurm.....sape erk..?

Tuesday, March 10, 2009

Go Go Green...

Posted by aisHa 'S' at 3/10/2009 04:54:00 PM 2 comments
Title : Go Go Green Campaign.
Venue : Lobby Unikl City Campus.
Date : 12-20 Mac 2009.




Salam, pada hari Khamis, 12 Mac 2009, kelas TCE 3 akan mengadakan Kempen Go Go Green. Pihak Dekan akan merasmikan kempen tersebut di Lobi Unikl City Campus. Kempen ini akan berlangsung selama 109hari.




Antara aktiviti yang dirancang selama kempen ini berlangsung ialah, Poster Design and Creating Poduct Art of Recycle Items dan juga ada booth-booth yang menjual pakaian bundle, buku nota atau majalah yang ingin dijual kembali. Sebahagian hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada tabung untuk Palestin.




-------------------------------------------------

Okay, da tak nak skema-skema lagi da.
Urm sebenarnya nak promote yang saya jaga bahagian Poster Design. Pertandingan tersebut akan berlangsung selama 2hari iaitu, pada hari Selasa & Khamis, 17 & 19 Mac 2009. Jadi kepada junior-junior or senior-senior UniKL yang berminat untuk join sila la menyibukkan diri anda di lobi selama seminggu ni. Mana tahu murah rezeki dapat hadiah, kami menyediakan banyak hadiah.
Oh ya, peraturan poster design ni senang je, Anda perlu membuat satu design mengenai kitar semula dan design yang dibuat tu perlu menggunakan Adobe Photoshop. Jadi sesiapa yang terror berphotoshop sila-silalah menyenangkan diri anda untuk menyertai pertandingan ini. Masa yang diberikan dalam lingkungan 30minit atau 1 jam sahaja. Peralatan seperti Laptop akan kami sediakan.

Jangan lupa hadirkan diri dan kunjungi kami di sekitar Lobi UniKL City Campus. :)


Kepentingan Alam Sekitar adalah untuk semua.


p/s : Sangat teruja unutk kempen ini. Oh, terpaksa excuse class lagi.

Monday, March 9, 2009

Kecewa dan Sakit Hati

Posted by aisHa 'S' at 3/09/2009 09:52:00 PM 4 comments
Kecewa itu sakit bukan.?
Lagi sakit bila dikhianati.
Ditambah lagi oleh orang yang kita percaya dan sayangi, tidak kiralah sahabat atau sesiapa sahaja. Aku cuma manusia, cuma aku mohon agar hati aku kuat, sakit memang sakit, tapi itu sudah lumrah, perasa dalam hidup aku, dan aku berjanji dengan diri, supaya aku kuat, hati aku tabah, dan jauh dari perasaan benci dan hasad dengki.


p/s: aku cuma manusia. tidak dapat lari dari semua rasa ini. Tuhan... Susah betul nak menjaga hati. Paling aku tidak mahu, adanya persaan marah didalam hati, kerana amarah itu akan membawa kehancuran. Lindungi aku, tidak mahu ada rasa dendam dan ragu-ragu lagi, moga aku mendapat keredhaannya


Sudah mula jiwang. Benci macam ni, cepat betul aku dikuasa emosi... Wake up...!!!


.................................
~Muhasabah~
Bila hati rasa kecewa, analisa sebab musabab..
rasa kecewa bila dikecewakan adalah lumrah..
>rasa tertipu atas kecurangan atau ketidakjujuran juga adalah lumrah...
>>bertenang, berfikir secara rasional, redho, memaafkan, sabar, tabah,
>>> ikhtiar, muhasabah diri, lebih mendekatkan diri dgn Yang Maha Kuasa...
adalah di antara beberapa perkara yang patut dilakukan.


~Penyelesaian~

Pertama : Memaafkan

Boleh jadi orang yang menyakiti kita tidak berniat untuk menyakiti atau tidak sengaja menyakiti, bahkan boleh jadi saat itu kita sedang banyak masalah, kondisi psikologis kita sedang labil atau mungkin kita saat itu sedang bad mood sehingga perkataan atau perbuatan orang lain kita terima negatif. Kalaupun ternyata ia sengaja melakukannya maka berfikirlah ia sedang khilaf, ingat-ingatlah segala kebaikan yang ada pada dirinya, berfikirlah bahwa ia tidak/belum mengenal siapa diri kita yang sesungguhnya, atau… boleh jadi kita yang terlebih dahulu menyakitinya ?

Berfikir positif dan introspeksi diri akan membantu kita untuk lebih mudah memaafkan. Sakit hati hanya akan melenyapkan kebahagiaan sedang memaafkan akan selalu mendatangkan ketenangan batin yang pada akhirnya membawa kita pada kebahagiaan.

Kedua : Bicarakan

Jika kita belum juga bisa memaafkan, kita masih saja sakit hati dengan perkataan atau perbuatannya, kita masih merasa marah dan kecewa, maka bicarakanlah persoalan itu kepada yang bersangkutan, bicarakan dengan hati tenang dan sikap arif. Seperti kita yang mempunyai alasan untuk marah, kesal atau kecewa, pasti ia pun mempunyai alasan membuat kita dalam kondisi sakit hati. Ungkapkan apa yang kita rasakan dan mintalah penjelasan padanya.

Jangan ragu dan takut. Karena melakukan hal ini berarti kita tengah membuat dua kebaikan.

Kebaikan pertama pada diri kita sendiri. Agar kita tidak lagi merasa marah, kesal dan kecewa yang sudah pasti menyebabkan hati kita tidak lagi merasa tenteram, hati kita terjangkiti penyakit, tak lagi bersih dan suci.

Kebaikan kedua pada diri orang yang menyakiti kita. Membicarakan ertinya kita membantu ia mengetahui kesalahannya sehingga ia dapat memperbaiki diri.

Adalah tidak adil bagi diri kita dan dirinya bila kita memendam kemarahan dan sakit hati sedang ia sama sekali tidak mengetahui. Maka berbuat adil lah, bicarakan padanya apa yang kita rasakan atas perkataan dan perbuatannya nescaya hati kita akan menjadi sangat lapang untuk memaafkan sehingga tak ada lagi kemarahan apalagi dendam.

Dengan melakukan dua hal tersebut, tidak perlu lagi kita menyembunyikan kemarahan dan kekecewaan. Tak perlu lagi bersandiwara dengan bersikap manis padahal hati kita memendam kekesalan.,. yang ada hanya lah ketulusan, ketulusan dan selalu ketulusan atas setiap perkataan dan sikap kita.


p/s/s : Penyelesaiannya senang bukan..? Memang senang, tapi aku tak mampu membicarakan. Aku cuma ingin biarkan, umpama air yang mengalir, juga umpama debu yang ditiup angin dan berterbangan, aku tidak mahu kekecewaan itu melekat dihatiku, kerana ia akan membuatkan aku membenci dan berdendam..Moga dijauhi semua rasa ini. Amin.

Salam Maulidur Rasul

Posted by aisHa 'S' at 3/09/2009 10:36:00 AM 0 comments
Salam Maulidur Rasul kepada semua. Semoga kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model untuk kita berjaya. Dan jangan lupa, apa yang penting JAGALAH HATI . :)



Cahaya Selawat (Raihan)

Ya Nabi Salamualaika
Ya Rasul Salamualaika
Ya Habib Salamualaika
Solawatullah Alaika

Ya Rasul Kau Bawa Cahaya
Menyinari Alam Buana
Bumi Tandus Subur Kembali
Rasa Gembira Di Hati

Lahir Mu Membawa Rahmat
Memimpin Ke Jalan Selamat
Akhlak Mu Yang Sungguh Memikat
Contoh Buat Seluruh Umat

Ya Nabi Salamualaika
Ya Rasul Salamualaika
Ya Habib Salamualaika
Solawatullah Alaika.....

Mulianya Pengorbanan Mu
Kebaikan Yang Kau Seru
Biarpun Halangan Menimpa
Namun Diri Mu Tetap Tabah

Ya Muhammad Yang Berjasa
Quran Dan Sunnahlah Pusaka
Menjadi Panduan Manuasia
Untuk Hidup Aman Sentosa


p/s : Terasa diri ini sangat tidak layak. Tinggi sungguh darjatnya.

Sunday, March 8, 2009

Pelancaran PASTIKU

Posted by aisHa 'S' at 3/08/2009 10:58:00 AM 9 comments
Veneu : Level M, UniKL City Campus.
Date : 11 March 2009.
Title : Pelancaran Pastiku bersama Timbalan Menteri.


Di sini saya memerlukan 30 orang pelajar UniKL City Campus untuk memeriahkan majlis pelancaran PASTIKU bersama Timbalan Menteri. Kepada sesiapa yang berminat boleh la menghantar email kepada saya di setiausaha.jpmmiit@gmail.com sebelum hari Selasa, 10 mac 2009. Kerjasama anda amat dihargai.

Sila sertakan Nama, No.Tel, Course dan Semester.

Friday, March 6, 2009

Cara nak FIND suami, isteri, pakwe,makwe anda..

Posted by aisHa 'S' at 3/06/2009 03:07:00 PM 12 comments
Anda yang membaca blog yang tak seberapa ni, kepada yang sudah mempunyai suami, isteri, atau kekasih hati, dan kini berada jauh dari anda dan anda sangat ragu-ragu dengan mereka, jadi bolehlah mengunakan kaedah ini,kalau nak tahu di mana suami, isteri,kekasih atau bf atau gf anda berada, cuba clik website di bawah. Masukkan no hp.

Bermula dengan kod negara contohnya

+6012/+6017/+6013/+6019/+6016 diikuti dengan nombor.

Selamat mencuba....mobile phone tracking

Thursday, March 5, 2009

JIKa ESok TIDak AKAN DaTAnG

Posted by aisHa 'S' at 3/05/2009 09:37:00 PM 6 comments
> Sempena malam jumaat ni, artikel yang di post juga berunsur ilmiah.. Tuhan, ku pohon petunjuk darimu.. Amin.

If tomorrow never comes
Have I done what I should have done today
Or did I just let time slip away
If tomorrow never comes
Have I said sorry to the people I have done wrong hurting
And plead to God for forgiveness for all my sinning
If tomorrow never comes
Did I say thanks to the people I know,
Or I just didn’t bother to show
If tomorrow never comes
Will I know what is next to come,
And will I get to paradise with a warm welcome
If tomorrow never comes
I won’t let the day pass away,
And cherish what I have today
If tomorrow never comes
I’m sure to strive my best,
And make that day the best from the rest
We will never know if we have tomorrow,
So I plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY, AMIN!


>> Untuk pengetahuan sahabat sekalian, saya insan yang baru bangkit dari kejatuhan. Saya berharap agar ditabahkan hati dan dikuatkan semangat. Segala artikel yang pos disini lebih kepada pengajaran diri dan juga secara tak langsung untuk menyampaikan kepada teman sekalian.

* Tetiba terasa diri ini sangat skema..Weh..bangunlah dari tidurmu Nurul...

p/p/s : Kredit to my Friend (مشيطه سهروم) , artikel di cilok dari buletin di friendster. :)

SeSaaT di DUNIa...

Posted by aisHa 'S' at 3/05/2009 09:27:00 PM 2 comments
>> Kali ni posting berunsur ilmiah sikit. Saja untuk pedoman diri dan sahabat sekalian.
Oh Dunia...Renung-renungkan dan selamat beramal...



Kenapa kini kita manusia terkejar-kejarkan dunia hingga terabai agama?Adakah kita lupa?
Memang diakui dunia itu masih dalam keperluan kita...Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri masih mengisi keperluan dunianya tetapi tidak sampai mengabaikan akhirat. Masih ada satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat yang Allah janjikan balasannya, amatlah indah jika cukup amalan kita. Pernah saya terbaca, jika kita memasukkan kehebatan dunia maka tercabutlah kehebatan Allah dari hati kita. Astaghfirullahalazim.
Bukanlah bertujuan untuk meminta kita terus meninggalkan segala urusan dunia tetapi wajar kita iringi urusan dunia itu dengan urusan akhirat. Kita perlu mengadaptasikan agama itu dalam kehidupan. Kita tidak dapat memisahkan kedua-duanya jika kita mahu keselamatan di akhirat kelak.
Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah mereka,para sahabat dalam menyampaikan agama?
Tetapi bagaimana pula jika didengarkan lagu-lagu yang syahdu?
Putus cinta?
Jatuh cinta?
Pasti terbuai-buai hati kita terasa seperti lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
Bagaimana kita terleka dari mengingati mati?
Bagaimana kita terleka dari mengingati akhirat?
Bagaimana kita boleh meletakkan dunia itu matlamat pertama?
Jawapannya,muhasabah diri kita kembali...
Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah?
Adakah kita sering menceritakan kebesaran Allah?
Hati itu memerlukan makanan rohani. Apakah makanan rohani kita?
Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan,contohnya membaca Al Quran. Al Quran itu ibarat setitis air yang apabila dititiskan dari hari ke hari ke atas batu maka berlubanglah ia. Begitu jua Al Quran, jika dibaca sentiasa maka, akan mendapat nur hati kita dengan izin Allah.
Kadangkala, apabila kita berkumpul bercerita tentang kebesaran Allah,bukan saja tujuan kita untuk menyampaikan tetapi jua memberi peringatan kepada diri sendiri.Syaitan akan sentiasa menggoda kita hingga ke akhir kalam.
Mengucapkan kalimah syahadah itu begitu mudah bukan? Tetapi apabila di akhir kalam, syaitan semakin kuat menggoda kita supaya lalai mengucapkan kalimah itu. Jadi, bukanlah semudah yang disangka untuk mengucapkan kalimah itu.Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah itu di akhir kalamnya, maka wajiblah syurga baginya.
Tetapi bagaimana jika kehidupan selama ini kita biarkan nafsu dan syaitan menguasai hati dan tiba saja di akhir kalam kita mahu mengucapkannya? Mungkin terjadi dengan izin Allah tetapi segala penentu di akhir hayat kita ialah sebanyak mana amal kita dan bagaimana iman kita. Itulah segala penentu di akhirat kelak yang memang pasti muncul dalam beberapa ketika kita hidup di dunia...
Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak...

p/s : Kredit to my Friend (مشيطه سهروم) , artikel di cilok dari buletin di friendster. :)

Tuesday, March 3, 2009

Kami Pemimpin

Posted by aisHa 'S' at 3/03/2009 07:57:00 PM 12 comments
1/3/2009. Tamatlah sudah kursus kem kepimpinan yang diadakan di Kem AN-Naim, Hulu Langat, Selangor. Banyak perkara baru dan kenangan manis selama di sana. Memori terindah selama disana akan dikenang sampai bila-bila...


Kami berjaya. :)

I got it. Can't believe it. I will try my best. and i hope to be more success after this.

With En.Khairul. aku masih tertanya-tanya lagi, berapa umur dia. Hurm..Any idea..?

Akak-akak fasi yang best n sporting. Tapi diorang ni akak ker..?

Student lelaki dan Jurulatih..Hehehe...Sempoi, kelakar dan tegas.

Group aku yang diberi nama "Fight". Thanks to all of you. Enjoy with all of you.


p/s : Xsempat ulas panjang. Nanti akan diceritakan lagi ya.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez