Tuesday, March 24, 2009

Jagalah diri

Posted by aisHa 'S' at 3/24/2009 02:44:00 AM






Salam pembuka bicara, di awal pagi sebegini, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini kecuali online. Sudah penat dan jemu online dekat myspace, buka pula friendster. Selepas itu tinjau blog. Agak bosan, sudah habis balas komen dan mesej dari para sahabat. Sedari tadi asyik berfikir apa yang patut dibuat oleh student seperti ana bila tidak dapat melelapkan mata.? Mestilah study jawapannya, tapi bagi naughty girl macam ana ni, boleh ke nak study..? Hehe, jawapan ana plak mestilah online, sebab online jugalah yang buat ana tidak mengantuk. Hakikatnya, semenjak dua tiga hari ini, hati ana tidak begitu tenteram,senyum yang tidak lagi ceria, hati yang semakin gusar, persoalannya, apa yang sedang bermain dibenak fikiran tidaklah dapat diketahui jawapannya. Jawapan dari seorang sahabat ialah, perubahan hormon mungkin. Ah, itu alasan yang ana rasa, paling boleh diterima walau hakikatnya, disudut hati ini sedang memikirkan sesuatu dan seseorang. Penat menipu diri barangkali, atau mungkin terasa agak tercabar dan teruji, kerana dalam diam terasa diri dikhianati oleh sahabat yang sudah mula disayangi, ana rasa sangat teruk bila selalu bersangka buruk pada orang, sudahnya mula pula meluahkan di blog ini, memanglah menjadi bertambah teruk prasangka dalam diri ini. Sebenarnya, ana cuba nak membuang rasa itu dan terima seadanya. Alangkah bahagia dan indahnya diri ini jika dapat membuang segala prasangka buruk dan segala keraguan itu dapat dijauhkan. Hurm, lumrah ana sebagai manusia yang lemah. Sedang cuba untuk berubah. Sesekali terfikir, berubah nak jadi jahat senang bukan..? Hakikatnya, dalam diri ana ini mungkin ada dua perwatakan, kadang-kadang rasa nak sangat jadi baik, kadang pula berubah menjadi seorang yang tak berapa nak baik. Selalu juga menyalahkan keadaan dan berkata, "dulu ada dia untuk merubah dan menjaga ana. Sekarang, ana sebatang kara menjalani ranjau hidup di kota Kuala Lumpur ini". Kenapalah ana begitu lemah dan cetek sekali fikirannya, kenapa mesti sebab dia ana berubah manjadi baik, berpakaian baik, hakikatnya ana sedang berbuat jahat.? Kenapa tidak diteruskan sahaja dengan berpakaian baik dan berkelakuan baik seperti mana ana pernah berubah dahulu, kenapa sejak dia pergi ana perlu berubah sebegini.? Jawapannya ialah, kerana memberontak pada diri sendiri, sebab tidak dapat menerima hakikat yang dia telah pergi dari hidup ana dan menjadi hak orang lain mungkin. Sesekali terasa nak marah dengan diri pun ada, kerana ana terlalu hanyut seakan melupakan bahawa ana masih mempunyai keluarga dan saudara mara. Oh, jikalau ada dikalangan keluarga yang membaca blog ana ni, mesti mereka sedih. Hakikatnya, ana tidak melupakan keluarga, tetapi ana cuma mendapatkan simpati mungkin yang kononnya ana ini memang kesian orangnya. Ntah apa-apa lah. Itu menunjukkan ana ini sangat lemah orangnya kan.? Malu la pada diri.... Hey, sesungguhnya, ana bangga juga dengan diri sebab ana masih mampu hidup dan masih mampu bahagia dan ana tidak berubah dan berbuat sesuatu yang merosakkan diri lagi. Syukur ana masih lagi kuat dan sepanjang hidup di Kulala Lumpur ini, dan menjadi pelajar disini ana mula nampak jalan untuk berubah dan membentuk diri ana kembali. Moga jalan dan liku disini dapat ana tempuhi. Dan ana harap ana dapat menjadi lebih matang. Yelah, memang diakui, ana ni sebenarnya sangatlah lepas laku orangnya. Jikalau ada sahabat yang mengenali ana sebagai seorang kawan, mungkin tahu apa maksudnya. Ada seorang teman pernah memberitahu ana, "Ko ni kalau tengok perwatakan, memang nampak ganas, nampak kasar, tapi aku tahu,dalam hati ko lembut. Touching, sensitif, menangis sebenarnya kan.?". Well ana tak salahkan dia jika dia berfikir begitu, memang dia boleh nampak sebab dia tahu masalah ana kan.? Hehehe... Hakikat yang tersembunyi tiada siapa pun yang tahu. Sebenarnyakan, jadi single ni bagus juga. huhu..... Terasa sangat nak baik dengan sis Julia. Kenapa ya.? Tetiba terasa bila baca post dia tentang jangan main2 tu. Sebenarnya ana nak ada bimbingan, susah la nak cakap, sebab ana terlalu berahsia kot. Nak membina perwatakan dalam diri susah juga bagi ana, nak berubah tingkah laku juga susah. Ishk, boleh dikatakan, ana berubah mengikut keadaan tempat dan mood kot. Huhu... Oh ya, ana nak pesan pada diri, Nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah jika kaum itu tidak berusaha untuk berubah. So ana kena ingatlah, ana tidak akan berubah kalau ana tidak berusaha untuk merubah diri ana. Nak berada ditahap ini sampai bila.??? Ya, semua orang buat silap, cuma bezanya, sama ada nak terus buat silap atau nak belajar membaiki kesilapan itu. So jawapannya..? Tetapkanlah dihatimu....




p/s : Semenjak beberapa minggu ni, ana akan tersenyum sendiri bila melihat orang yang memaki tudung labuh, teringat waktu muda-muda dahulu barangkali, waktu bersekolah agama dulu. Pernah juga pakai macam tu.Hehe, sesungguhnya ana bangga dengan mereka ini, kerana berimej seperti itu. Ana..? bila lagi.? Errrr........


Question.. Siapa ana..? Saya aishah la..Ishk... Takde pun nama "ana" dalam ejaan nama saya...Kuikuikui....

1 comments on "Jagalah diri"

MISTA SYAH on March 25, 2009 at 6:00 PM said...

sedeyh-sedeyh sungguh sedeyh.....hehehehehehe sapa orang tue aku ker ahakz.....well aku kenal ko.....ko kalau nak kan sesuatu ko mesti cuba sampai dapat....tapi bila ko still tak dapat aper yang ko nak ko sure tensen,moddy naik takut aku hehehehehe...anyway jangan tensenkan diri untuk sesuatu yang ko mampu miliki untuk sementara...tensenkan diri untuk mendapatkan benda yang kekal...ko leh pikir aper yang aku cakap kan....ok keep in touch but dont keep in touching ahakz....

dari budak dah giler + tak hansem + tak pandai

syahmil (amil) saper lagi kan

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez