Monday, April 27, 2009

1st day final vs Dating

Posted by aisHa 'S' at 4/27/2009 09:29:00 PM 7 comments
Salam... Alhamdulillah.Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana hari ini saya telah pun menduduki kertas peperiksaan pertama saya untuk final semester ini iaitu subjek Fundamental of Accounting. Subjek yang mencabar serta soalan yang mencabar. Memang giler r.. Well tak nak ulas panjang. Hehe.. Cuma saya ingin bersedia untuk final esok pula. Saya berharap agar soalan untuk paper esok lagi senang. Yang tadi susah.. Ramai yang merungut.

Sebelum bermulanya exam. masng-masing sibuk membuat persediaan yang terakhir.

Kad madtrik adalah sangat penting ketika peperiksaan. Kad pengenalan pun tak bernilai ketika ini.

Keadaan di dalam kelas ketika sedang menduduki kertas peperiksaan. Tak jarak sangat, tapi jangan harap nak toleh sebelah. Takut la.

Ini selepas exam. Miss Suzidiana sedang mengutip kertas jawapan dan kertas soalan. Pelajar dah tak boleh keluar dah masa ini.

==================================================

Selepas habis saja paper pertama saya terus bergegas pergi ke Timesquare untuk "Dating". Hee..Time final pun boleh date yer. Haha... Well orang jauh datang melawat, so tak kan kita tak boleh luangkan masa kan.?
Tadi saya pergi timesquare seorang diri, dengan tujuan untuk dating dengan awek dibawah ini.. Hehehe....
This is my beloved sis aka friends. Haha..Ni adik angkat amusy, so seharusnya menjadi sahabat karib saya. Cik sarah ni bakal cikgu, sekarang beliau sedang belajar di UPSI. Kami sama-sama sedang menduduki exam sekarang.Tapi cik sarah tak ada paper hari ini, so dari perak beliau datang ke Kuala Lumpur. Huhu..LEpas juga rindu, time beliau sedang konvo saya tak dapat nak pergi. Sekarang dah boleh jumpa. Weee....

Ini sahabat baru cik Sarah. Saya cuma tahu nama kawan-kawan yang perempuan je, yang lelaki tak ingat. Hee.. Masing-masing malu-malu. Tapi kawan-kawan perempuan cik sarah ok je. Kami easy going. Boleh sembang saja. Macam dah biasa.

Ni pic together before we all berpisah. Cik sarah dah nak balik perak. So saya pun nak balik ke asrama dah. Jadi ini kenangan kami.Hehe..Tak jangka sebenarnya cik Sarah nak datang KL. Sebelum ni kami plan nak jumpa hari sabtu lepas, tapi tak jadi. So tetiba lak cik sarah datang hari ni. Kami on je la.Tak dapat nak bagi hadiah konvo beliau. Hehehe..Lain kali ye sayang. Will miss u.. Tata....

Sunday, April 26, 2009

Good luck for the exam

Posted by aisHa 'S' at 4/26/2009 01:22:00 PM 2 comments










DEBARAN KIAN TERASA..SATU TEKAD, SATU HARAPAN, SATU DESTINASI...
Apa-apa pun setiap cabaran Dan rintangan akan ku tempuhi...
Moga saya berjaya kali ini..
Ameen...

Kita yang BACA buku BUKAN buku yang BACA kita

Posted by aisHa 'S' at 4/26/2009 01:01:00 PM 0 comments







Semalam kami pergi kampus dengan satu tujuan yang sama untuk study, So study la kami dengan main-mainnya. Saya pula, sebab ini subjek kesukaan saya so saya study dengan penuh perasaan. Hee.. Acctually, saya tak study sangat, entah kenapa, sebab saya tahu, saya memang tak pandai subjek ni, jadi makin saya main-main. MasyaAllah..Apa nak jadi ni Nurul Aishah.? Nak belajar ke nak tido..? Jadi hari ni lah saya study betul-betul. Kawan-kawan doakan saya ya..Saya takut, subjek ni saya kena struggle betul-betul baru dapat A... Lagi 80% mana mau cari.? InsyaAllah, saya usaha lagi.


=================================

~_^ My Exam Timetable ^_~


FUNDAMENTAL OF ACCOUNTING || 27/04/2009 || 2.00 PM
PUBLISHING FOR THE WORL WIDE WEB || 28/04/2009 || 9.00 AM
DIGITAL ANIMATION || 29/04/2009 || 2.00PM
DIGITAL AUDIO VIDEO || 30/04/2009 || 9.00PM

PROGRAMMING LANGUAGE 2 || 06/05/2009 || 9.00PM

---------------------------------------------------------

P/S : Seronok gile tengok jadual exam saya. Everyday ada paper. Bagus la. Memang sewel pale r lepas ni. Huhu..apa-apa pun i will do my best.Hee..Moga berjaya mencapai target kali ini. Ameen..

Thursday, April 23, 2009

Sudoku

Posted by aisHa 'S' at 4/23/2009 03:02:00 PM 3 comments
First time dapat setelkan benda alah ni..Huhu....10minit tu..perghh.lame giler...hehe..acctually sebelum belajar dekat Universiti Kuala Lumpur ni memang aku tak pernah tahu pun sal permainan ni, ini pun aku dapat tahu sebab member aku duk main. Ya Allah ketinggalan giler aku ni.Hehe.. So lepas ni kalau bosan2 memang aku main sudoku ni je kot..Uwaa...cuti sem nanti nak keje..Oh daddy berilah peluang anakmu ini bekerja..Heee.... Permainan ni bagus.Sila la cuba..ada je kat blog kawe ni. :D


Sunday, April 19, 2009

GooD L.U.C.K (=^.^=)

Posted by aisHa 'S' at 4/19/2009 06:18:00 PM 2 comments







SELAMAT BERJUANG UNTUK SEMUA PARA SAHABAT....

USAHA SEHABIS MUNGKIN.
.
.
.
.
TAWAKAL






Sunday, April 12, 2009

Can't help falling in ♥♡♥ with you

Posted by aisHa 'S' at 4/12/2009 07:56:00 PM 3 comments




p/s : Teringin nak tengok cerita "Meteor Garden" balik..Hurm..sape ade cite ni..Mintak copy please.... ;-(
p/p/s :- Ops..Nak kena buat assignment..Mungkin saya akan jarang update blog lepas ni. Minggu ini adalah minggu menghantar assignment. Ajaaaa..... Gambate. ^_~

p/p/p/s :~ Semalam kan, ada la seorang makhluk Allah tu, dia mesej dengan saya, lepas tu kan, saya bosan la, saya rindu dia jadi saya call la dia, and then kan, dia kan...Haha....Saya kan tak nak la ikut cakap dia, saya tak buat apa yang dia suruh, lepas tu dia cakap , tak nak cakap dengan saya, masa on the phone tu kan, saya panggil nama dia. Dia buat tak tahu... Lepas tu kan, saya malas nak layan kerenah dia, so saya letak phone, After that, saya ingat, saya nak dengar la cakap dia, Tapi saya buat keras kepala, saya pun ada ego saya, dan dia lah mengajar saya jadi ego. Apa lagi saya buat tak tahu je dekat dia. Saya hantar mesej dia tak balas, saya tahu dia baca mesej saya. Sebab dia sensei saya, jadi ego dia lagi tinggi, tapi disebabkan saya anak murid yang patuh, so ego saya makin kental. Saya cuma send mesej good night dekat dia. So, hari ini, saya ambil keputusan nak buat keras kepala la dengan dia, tak hantar mesej, saya dah boleh hidup tanpa mesej walau hakikatnya, sakit la juga kan. Dan akhirnya, hari ini tanpa di duga dia telefon saya..WAAaaa..Saya rasa bangga, sebab ego saya memang makin tinggi dan dia pula...Sudah makin mengalah.KAh-Kah..Tapi kan, saya tak nak excited sangat, nanti saya nangis lagi. Saya dah lama tak nangis ni. So malas nak cari pasal. Okay..Buat dia~ Saya rindu kamu la~ Hohoho....

Friday, April 10, 2009

Tag by Rifaiee ;-)

Posted by aisHa 'S' at 4/10/2009 01:48:00 AM 4 comments

Upload satu gambar kegemaran anda


Kenapa anda suke gambar ini?
Ni pic tahun 2007 lagi. Time ni saya tengah kurus. Pipi pun tak chubby cam sekarang. Huhu.. Rindu nak kurus balik..kahkahkah.. Tapi tak kurus-kurus pun. ^_~

Bila kali terakhir mkn pizza?
Baru je minggu lepas. Hari tu hujan lebat, kami tengah nak siapkan blog untuk UniKL. Jadi tak dapat balik, perut pun kelaparan, so order dominos delivery. Terasa nak pizza lagi la, tapi mahal la pulak. Ada sesapa nak belanja ke.? :-D

Lagu terakhir yg anda dengar?

No Doubt - Don't Speak


You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

Our memories
Well, they can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening
As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

It's all ending
I gotta stop pretending who we are...
You and me I can see us dying...are we?

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Don't tell me cause it hurts!
I know what you're saying
So please stop explaining

Don't speak,
don't speak,
don't speak,
oh I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good,
I know you're good,
I know you're real good
Oh, la la la la la la La la la la la la
Don't, Don't, uh-huh Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin' Hush, hush
don't tell me tell me cause it hurts
Hush, hush darlin' Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts..


~Dengar kat mySpace saya~

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Tengah nak buka E-Ceties. Tapi tak dapat-dapat. Pastu dah nak tidur sebab dah pukul 2.04 minit pagi sekarang. Esok saya sekolah, dan saya sangat risau nak pergi sekolah esok. Hurm... :-(

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
i) Amusy
~rata-rata student UniKL yang rapat dengan saya tau akan nama ini~
~member-member di blog dan mySpace~
~Budak-budak kelas memang panggil nama ni pun sekarang. Hehe.. To amusy. I use ur name, Jangan marah ya~

ii) Nurul ~cuma dia~
iii) Kak Yu ~Family~


Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

  1. Aneys
  2. niEshaHM
  3. miSz Cayah
  4. Izzah
  5. LianAdeq
  6. Alia
Siapa no 1 pada anda;
Teman Sehati seJantung.
Hee... Percaya atau tak, kami kenal dekat friendster saja.
Dan kami kenal ni pun ada la sebab-sebab tertentu.
Apa-apa pun, die tetap sahabat saya.


Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Pelangi dihati die Mr. Zul.
Moga bahagia sokmo.

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
Tak sabar nak makan nasi minyak liana tau.
Jangan lupa hantar kad tau.

Bagaimana dgn org no 4?
Dia sahabat saya. Saya sayang dia.
Hee... Yang ni lagi kelakar cara kenalnya. Hurm..
!st time jumpa dekat rumah sewa dia tahun lepas.
Terus malam tu juga dia add saya dekat friendster.
And now we become a best friend.

Siapa org no 2?
Sahabat UNIKL... Sama batch, lain-lain course.
Selalu nampak kat campus.Hee

Bagi pesanan pd org no 6

Just want to say....
"Apa yang penting. KERJASAMA"
Yeaaaa..Wonderpets...
;-)

Thursday, April 9, 2009

Semangat timba ilmu pudar

Posted by aisHa 'S' at 4/09/2009 03:30:00 PM 0 comments

SAYA seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Selama ini, saya main-main dan tidak serius menimba ilmu.

Apabila melihat rakan berjaya, semangat untuk bersaing itu bertambah. Masalahnya, kadangkala saya tidak dapat fokus ketika belajar dan ia membuatkan semangat untuk bersaing itu pudar.


Dr, apa yang harus saya lakukan? Saya juga ingin berjaya seperti rakan lain.


..............................................................................................................................................
Jawapan....

Dr ucapkan tahniah kerana adik mempunyai keinginan untuk serius dalam pelajaran. Iman Al Ghazali ada mengatakan ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.

Seterusnya, menuntut ilmu adalah takwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang-ulang ilmu adalah zikir dan mencari ilmu adalah jihad.

Persaingan yang sihat dalam pelajaran boleh membuatkan individu itu lebih bermotivasi dan ingin berjaya dalam hidup. Ada beberapa petua untuk adik fokus dalam pelajaran iaitu dengan mencari tempat belajar yang bebas atau kurang gangguan. Ini sangat penting untuk adik mudah mencerna maklumat. Selain itu, adik juga perlu membentuk sendiri strategi untuk belajar seperti bila, di mana dan berapa banyak yang adik ingin pelajari.

Disiplin adalah elemen yang sangat penting jika adik ingin fokus pada pelajaran. Tentukan sendiri peraturan belajar dan ia perlu diikuti. Apa yang penting, adik harus selalu memberi motivasi dan mengingatkan diri mengapa adik perlu belajar.

Buat jadual belajar sendiri serta ikuti kuliah dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, jumlah jam belajar berbeza antara satu individu dengan individu lain. Lebih baik seseorang itu belajar dalam jangka waktu yang pendek tetapi kerap kerana maklumat yang adik boleh peroleh selalunya hanya pada satu jam yang pertama.

Adik juga perlu selalu mengulang kaji pelajaran untuk menguatkan ingatan. Kajian yang dibuat mendapati sesuatu perkara yang dibaca dan jika tiada pengukuhan dalam masa 24 jam, individu hanya akan dapat mengingati 35% daripada maklumat itu dan selepas 24 jam seterusnya, hanya 10 % ingatan yang kekal.

Untuk lebih mengingati apa yang sudah dipelajari, adik boleh gunakan beberapa cara. Antaranya belajar bersama-sama dengan rakan dan terjemahkan apa yang sudah dipelajari dengan menulisnya semula. Luahkan juga apa yang dipelajari dengan suara yang kuat. Adik juga boleh terjemahkan apa yang dipelajari dengan membuat senarai peristiwa.

Belajar istilah dan simbol baru. Hubung kaitkan maklumat yang dipelajari dengan apa yang adik ketahui atau pengalaman yang ada.

Jika adik fokus dalam pelajaran, adik boleh berjaya seperti rakan lain. Meminjam kata-kata Iman Al-Ghazali, bersungguh-sungguh engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan. Selamat berjaya.


Credit to Harian Metro.


p/s : Sesaja untuk pesanan kepada diri sendiri. Sebab saya pun di dalam situasi yang sama. Moga saya boleh berubah. Ameen.

Wednesday, April 8, 2009

Stesen Abdullah Hukum

Posted by aisHa 'S' at 4/08/2009 11:44:00 PM 5 comments
Salam.. Hari ini aku terjumpa sesuatu yang sangat dahsyat juga bagi aku dekat stesen Abdullah Hukum. Ceritanya begini, disebabkan hari ini kelas aku pukul 11.30 pagi, jadi pukul 11.30 pagi la baru aku menapak keluar dari hostel menuju ke stesen Abdullah Hukum seorang diri, classmate aku sikin stay kat rumah sewa kawan dia, jadi aku pun macam biasalah pergi kelas sesorang dengan memakai baju kurung. Terasa nak ayu pulak la kan minggu terakhir kelas ni. Hurm... Lepas tu, dalam beberapa belas minit menapak, sampai la aku ke jejantas stesen LRT Abdullah Hukum. Dalam lebih kurang pukul 11.47 pagi, masa panjat anak tangga yang terakhir tu, alangkah terkejutnya hati ku ini bila ku melihat pakaian dalam orang perempuan berterabur dekat atas lantai jejantas tu. Kecut perut aku tengok. Dah la aku sorang. Syukur aku tak cepat melatah dan tak menjerit or apa-apa je lah, aku ada keberanian sikit pagi tadi, so apa lagi, aku terus snap beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan bukti dan untuk menyebarkan berita kepada sahabat-sahabat perempuan yang lain supaya berhati-hati di stesen itu. Oh tuhan. Lepas ni aku decide dah tak nak pergi ke stesen tu lagi kalau seorang diri. Baik pergi stesen bangsar je. Lagi selamat. Tuhan, moga hambamu ini dilindungi dari segala malapetaka buruk. Ameen.

Antara koleksi pakaian yang ada.

Dekat 2 "tut" itu ada tertulis ayat-ayat kegersangan..Huh.Aku tak baca pun..Takut weh..Cepat-cepat aku ambik pic dan blah.
Jambatan stesen LRT Abdullah Hukum.
Keadaan jalan yang lengang pada masa itu, kalau berlaku apa-apa memang tak ada orang tolong la ni.
Keadaan di ruang menunggu LRT. Kosong. Tak ada orang.



p/s : Aku mengadu sal ni dekat seseorang. So die pesan lepas ni jangan jalan sesorang lagi. Tapi masalahnya, aku memang terpaksa sesorang. Nak buat macam mana...So sebab dah tak boleh lari dari berseorangan, dia cuma boleh pesan.."Take Care"..
Ayah!!! NAK KERETA.... Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Macam la boleh dapat kan..?

Sepagi Sepetang di Taman Tasik Perdana

Posted by aisHa 'S' at 4/08/2009 01:22:00 AM 7 comments

Salam...Hee...
Apa cerita kekawan..Semalam kan saya kan tak ada kelas kan..Jadi kan saya dan kekawan saya pergi la ke Taman Tasik Perdana.Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana. Wah sangat excited..Pastu tetiba saya jadi budak-budak jap..Hehe..Bermula dari pukul 10 pagi sampai la pukul 2 petang kami dekat sana.Kami pergi bukan untuk suka suki hati aku la... Kami pergi untuk buat assignment audio vidoe iaitu kami kena buat video klip lagu. So lagu pilihan kami ialah "We are Young". Dan tempat ini dipilih mengikut kesesuaian lagu la. Sebab lagu ni lagu fun dan easy, so dia kena la tempat yang best-best kan..Hehe...Sambil menyelam minum air, jadi sambil buat assignment kita main la pe lagi kan..? Seronok dan penat.. Tapi tak apalah, assignment ni tinggal 50% lagi tak siap.Lepas ni proses editing video dan audio pula..Weeeeeeeeeeeeeeeee..Selamat menatap..Adios..







Lapar.Kita makan dulu... بسم الله الرحمن الرحيم

Shooting sambil baring dan guling-guling.
Taman herba..Macam-macam ada.

Waterfall..Rindu nak pergi berkelah..UIwaaaaaaaaa

Tuesday, April 7, 2009

MALAS vs LAZY = Seri satu sama

Posted by aisHa 'S' at 4/07/2009 01:19:00 AM 0 comments

Salam...


Kata-kata semangat untuk diri sebagai pembuka bicara :-

♥♥♥ ~ Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
~♥♥♥

Sudah pukul 1.25 pagi sekarang. Rasanya rata-rata student di IPTA dan IPTS ramai yang tak tidur malam sekarang sebab rajin mentelaah pelajaran. Biasalah, dah hampir nak final exam dah kan. Tapi aku, walau tak tidur, aku bukan study pun. Nak sangat study, tapi aku tak tahu nak study apa, rasa nak buat kerja tapi aku tak tahu nak buat mana satu. Teruk betul kan.Hee....

Hurm, selama ni aku duk fikir, malam-malam kat hostel buat apa..? Tidur je memanjang, kan rugi masa aku tidur tu, kalau lah aku buat assignment, boleh juga siap.Tapi ni tak, asyik online, makan dan tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr je masa kat hostel. Aku pun tak tahu nak cakap apa da sal diri ini. Jeles tengok orang lain boleh study dengan tenang dan senangnye, tapi aku, nak boleh start study tu macam-macam hal la yang jadi. Dah tak nak buat kerja last minit lagi da..So start malam ni, aku nak buat kerja je every night..Tak nak da tidur-tidur dan malas-malas lagi.
Rugi tau..Nanti cuti, tidur tak nak bangun pun tak apa..Tolonglah nurul, jangan malas..Please..Rayulah pada diri.Takkan nak macam ni lagi..Aku sedih dan kecewa ngan diri aku sebenarnya...Why so lazy hah..? Oh god.....K lah, tak nak bebel lagi....Azam baru..Nak STUDY !!!!!!!!!!!!!!...
Adios....Doakan saya ya.....

^_^ Senyuman untuk semua. Moga hari anda ceria selalu.

p/s : tadi baca blog seorang hamba ini, sangat seronok baca cerita die.
Happy jer..Tapi tak ada insan di dunia ini yang tak ada masalah kan. Cuma cara kita tangani masalah tu je yang berbeza. Jeles gak ni, sebab blog aku, asyik moody n sedih jer...Nanti always tak ada semangat..Huhu....So layout baru ni aku tukar sebab nak bagi semangat dan suasana baru kat blog ni.Harap
ada bnyak cerita happy pasni. :-)

Saturday, April 4, 2009

Malam yang Gelap

Posted by aisHa 'S' at 4/04/2009 12:01:00 AM 2 comments
Malam 28 mac 2009, ketika penduduk dunia sedang melaksanakan kempen Earth Hour, kami wakil pelajar UniKL City Campus telah menyaksikan bagaimana kempen ini berlangsung. Acara menutup lampu, bermula dengan menara KL dan diikuti dengan KLCC pula. Kami di UniKL juga menyokong kempen ini dan telah juga menjayakan kempen ini di kampus kami iaitu kampus Kota. Hee...Selama lebih kurang 1jam lebih berada di puncak kampus kami iaitu level 32, kami dapat menyaksikan bagaimana lampu-lampu di bangunan utama KL telah ditutup. Rasa sangat berbangga juga la. Tapi dari pandangan atas, kami masih lagi dapat melihat lampu-lampu jalan di sekitar Kuala Kumpur masih menyala, kami tidak tahu bagaimana keadaan warga KL di bawah sana. Mungkin mereka berada dalam keadaan gelap selama satu jam itu. Ini pengalaman pertama saya menjayakan kempen ini dan juga pengalaman pertama berada di level 32. Bukan senang nak berada di level itu. Sangat seronok. Hee...Harap kempen ini dapat berterusan lagi demi menjaga bumi kita.




Maaf Video ini terbalik. Tak boleh nak rotate..Biasalah guna Hanset je kan..
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez