Agaknya dah berapa kolam air mata yang dah aku habiskan sebab facebook ni.?
Hari-hari jadi stalker. Asal buka facebook je mesti aku jadi spy. Lepas tu marah sorang-sorang. Lepas tu post status bukan-bukan.
Then kawan-kawan komen. Memula macam bagus la kan.Ada orang bagi nasihat, tapi lama-lama aku rase cam useless pun ada. Sebab aku rasa mesti orang menyampah bila tengok status aku yang ntah pape. Asyik marah-marah je. Pastu kutuk-kutuk belakang. Pastu delete aku sebagai friendlist dia. Haha...
Yang kenal tu okay la, sebab tau masalah aku, tapi yang tak kenal tu.? Mesti rase aku weird gile sebab hari-hari bad mood.Aku pun tak tahu sampai bila nak jadi macam ni. Sebab aku rasa, aku ni bosan gila. Tak ada kerja pergi cari kerja. So okay la. Setakat ni aktiviti spy aku terhenti seketika. Tak nak online facebook lagi. Majuk da. Tambahan pula aku da add kakak dan abang aku kat facebook tu.So tak nak nanti dorang tengok adik dorang perangai apa macam ni.? Kat rumah senyap je.Haha...Apa yang aku perasan kakak aku pun da delete sume status die lepas approve aku. Mau sorok yer..??? kah-kah-kah.
Sekarang ni dah berapa hari aku tak online facebook. Sebabnya.?
Udah-udah la tu.Sakit hati sesorang. Menangis sesorang. Bukan dapat apa pun. Seksa badan jer.
P/s :- kepada kawan-kawan yang add dekat facebook tu. Sorry yer.Sekarang ni tak online lagi. Tunggu la beberapa purnama lagi. Bila saya online. akan ku approve kan semua.Terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya, di kampus dan juga di alam maya ini. Sesungguhnya saya amat memerlukan bimbingan dan nasihat dari kawan-kawan. Al-maklumlah, saya ni umpama perahu kecil yang hanyut di lautan. Tak tahu arah tuju lagi.
Sekian.
"Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa"
Nota kaki:- Dah berapa hari tak makan nasi.? Sampai bila tak nak makan.? Kita tunggu dan lihat sajalah. Terima kasih untuk kamu sebab buat saya jadi macam ni.
''Hati yang patah bukanlah dalih untuk melangkah dengan goyah, tapi satu peringatan agar langkah tidak kembali salah. ''
3 comments on "Facebook lagi."
sila bersabar. saya juga selalu mcm tu. last2 saya block saja utk elak dr hati bdarah ;)
sebab tu la aku malas nak berFB.. berblog lagi besh
Ishk..sakit betul...
alih2 smpi tertido pn mimpi sal fb lg..
gile menghantui diri fb ni...huhu...
Sabor je la..
pe nk bt..
sape lah daku pd mu...
insan yg tak berharga.
Post a Comment