Tuesday, March 23, 2010

Facebook punya pasal.

Posted by aisHa 'S' at 3/23/2010 03:33:00 AM
Salam.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Cewah kali ni starting je da bagi peribahasa...
Berkisar tentang kemahuan dan kehendak. Untuk dapatkan apa yang kita mahukan, kita akan usahakan untuk dapatkannya. Tapi kalau kita tak nak, macam-macam alasan yang diberi. Macam yang aku tengah buat sekarang ni la...kikiki..


Pukul 3 pagi tak tidur lagi sebab nak update blog. Tapi cuba buat assignment, awal-awal lagi akan tutup laptop dan tutup mata...ADeh la..Apa nak jadi ni.? Final lagi sebulan lebih jer..
Final year project pun ntah kemana lagi. Sempat siap tak..?

*****************

Tadi ada seorang kawan bertanya, kenapa offline dekat facebook. Aku cuma cakap, malas nak online, nanti sakit hati je keje. Makan hati sorang-sorang. So dia pun cerita tentang awek dia pun selalu jeles tengok status atau komen antara kawan-kawan perempuan dengan pakwenya. Sampai menangis-nangis. Well untuk pengetahuan sahabatku itu, bukan awek awak je macam tu, ni orang yang sedang bercerita pun macam tu jugak.! Faham tak.?? Sakitnya hati tuhan saja yang tahu. Nak marah-marah nanti kawan-kawan lain baca tak elok pulak nampak kan. So diamkan je la. Tapi sampai bila.?

Kawan aku yang lelaki ni cakap, "org nk jugak kcau member2,nie puji n nganjimg member pon jeles. gurlll o gurllllll y u like this.? "

Aku lak ckp : "well... org pn cmtu gak...tp org xjeles kalo die adil ngn kite."

Hehe..Boleh ke nak adil.? Ntah la. Bagi aku, fb ni banyak bagi masalah jiwa kat aku. Uwaaaa...
Sebab tu kot banyak kes penceraian berlaku kerana fb sekarang ni ek...

Nota kaki : Bila kesetiaan makin berkurangan. Kepercayaan juga akan tergugat.
Sekian...

Click Me~
Update : member aku tak setuju dengan ayat aku tu, die bagi ayat die...
"bila kesetiaan betambah,kepercayaan plak bekurang....so nangisss laaaa"
Persoalan, Ye ker kesetiaan bertambah.? Bertambah macam mana tu yer.? Sila jelaskan.
Click Me~

2 comments on "Facebook punya pasal."

Ibu Ammar on March 24, 2010 at 9:04 PM said...

ayat last tu best!

aisHa 'S' on March 28, 2010 at 9:40 PM said...

haha..
ayat yg mane.?
yg saya bt ke yg memeber sy bagi.?

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez