Monday, October 25, 2010

Kes dera

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2010 04:11:00 PM
Sabtu lepas, setelah agak lama aku tak balik gombak rumah mak cik aku, since jumpa kat rumah aku mase raya hari tu, aku tak jejak lagi kaki ke rumah dia. Sekarang dah habis raya dan dah nak habis intra dah baru aku jejak. Tu pun sebab mak cik aku tanya macam mana ngan barang-barang aku yang kat rumah die tu. Dia dah nak pindah rumah kat bangi pula. So sabtu lepas mak cik aku call then mak cik aku cakap, "nak tau tak, hari ni pecah satu rahsia yang selama ni, sitah(maid) dera budak-budak ni." Aku terkejut terus rasa berdebar bila dengar. Selama 6bulan ni maid tu dera cousin-cousin aku yang masih kecil. Memang tak boleh belah la. Muka baik gila, tapi hampeh betul.!! Terus aku cakap okay peang ni balik. Lepas tu mak cik aku tanya tau tak sorang patah tangan.? Oh my god, ni dah tahap melampau,tp maid tu cakap adik si mangsa yang tolak dia. Ah, ko penipu.! Lepas maghrib aku sampai gombak, tinggal maid tu berdua je ngan nak mak cik aku yang no4, baru berusia 1tahun lebih. Kesian aku tengok muka si kecil kena tinggal. Sebab mak cik aku pergi kemas rumah baru. Aku sampai rumah mak cik aku tu, buat muka biasa je, konon-konon aku ni tak tahu cerita sebenar yang dia mendera budak-budak ni. Si maid tu bercerita sakan la pasal si adik yg patah tangan tu. Dalam hati aku, macam ********* ko ni. Berlakon lembut depan aku. Then mak cik aku sampai rumah aku tengok cousin-cousin aku ni sume dah jadi pendiam, dah tak ceria. Berubah gila. Mak cik aku pun siap cakap, baru nampak muka adik(yang patah tangan) berseri-seri. Datang duduk dekat aku. Kesian sungguh. Hilang keceriaan mereka.

Lepas tu malam tadi, pak cik aku mengamuk lepas anak dia yang sulung, berumur 6tahun, cerita kat abah dia yang jumaat lepas dia tak gi sekolah. Berlakulah drama swasta semalam. Pertama kali dalam hidup aku tengok pak cik aku mengamuk macam tu. Dan maid tu pun dah mengaku yang selama ni die dera budak-budak ni. Pukul,cubit, tutup mata budak suruh tido, paksa makan and macam-macam lagi yang menyakitkan. Dan yang tak boleh blah dia sanggup cucuk mata cousin-cousin aku dengan jari sampai pecah darah. Aku tak boleh bayangkan dekat mana akal perempuan ni, kenapa menyeksa budak-budak tu macam tu. Semalam die dah minta maaf dah semua, dah sumpah segala bagai takkan buat lagi. Pak cik aku pun dah maafkan dia. Ni lah orang kata tak kenang budi, kita tolong die sebab die orang susah, sama agama, dia nak tanggung mak die yang tengah sakit dekat kemboja tu. Tapi ni yang die buat. Ceit. Tak pasal-pasal ngan aku sekali nak mengamuk semalam tengok lakonan perempuan tu selama ni. Tapi sapelah aku nak masuk campur.

1 comments on "Kes dera"

Fnd Rocka on October 25, 2010 at 5:25 PM said...

Ini memg serupa drama tv pasal pembantu rumah..walauoun dah mintabmaaf.tp stiil kena beware gak pasni

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez