Hari ni dah masuk bulan oktober..bermakna lagi 29 hari je yang tinggal untuk aku bergelar sebagai seorang pelajar praktikal di sini. Agak tidak seronok kerana lepas ni akan meninggalkan ruangan pejabat ni. Sebab dah rasa sebati berada disini. Walaupun kadang-kadang rasa mengantuk dan malas gila, tapi enviroment disini tak bosan. Bila dah habis praktikal juga bermakna aku juga sudah habis belajar la.Tidak ada lagi cuti semester yang di tunggu dan juga tiada lagi elaun mara yang akan masuk RM630 setiap bulan.So tiap-tiap bulan aku nak belanja pakai apa.? Takkan nak balik kampung makan tidur dekat rumah kot. Sungguh membosankan la. Bukan aku tak suka duduk di rumah, sangat rindu untuk balik rumah, tapi aku suka life sekarang. Dapat balik bila hati dah rinduuuu.... sangat nak balik, so bila ada kat rumah tu rasa bermakna la sikit. Kalau lepas ni balik duduk rumah je tunggu dapat kerja, memang tak jadi manusia dah aku rasa. Hihi..Dan aku juga tak sanggup nak bayangkan situasi tu aku lalui setiap hari, bangun,makan tidur,esok bangun makan, tidur. Gila malas kot. Seperti mana aku pernah lalui sebelum sambung belajar kat cini dulu. Aku nak stay KL kerja kat KL.. Siapa ada kerja kosong, boleh aku pergi interview..? :D Rindu waktu belajar dan sayang untuk tinggalkan tempat praktikal ni. Nak stay sini je, boleh tak.?
4 comments on "Tragedi Oktober"
dok umah..tunggu org masuk meminang jer la..huhuhuhu!!!
Ingat ni zaman 80-an ker..?
kalau tau mcm tu bek smbg degree..haha..
tp kalo boleh nk kerja....
pastu bru smbg degree...
Entah2 lepas ni dpt gaji 2/3 ribu...takde ingat dah praktikal atau blaja dgn elaun 680 tu..ye dak
Yg tu cnfirm..tp nk boleh dpt kerja tu...kusut gk fikir..pdhal xmntak pn lg..baru je usha..
da rase ssh...
cmne tu.?
Post a Comment