Hari ni setelah 2 kali postpone so datanglah lecturer yang telah dipertanggungjawabkan untuk melawat kami tadi. Dalam keadaan kelam kabut tu lebih kurang 10.20am leturer aku nama dia Miss Wan Hazimah sampai ke ofis. She called me and then aku dengan izhan pergi turun ke lobi untuk jemput dia. Bawa ke tingkat 20. So masuk bilik meeting pung-pang-pung-pang present. Tak sampai 30 minit 2-2 orang siap present. Tak lama pun. Present pun tak formal. Miss cuma tengok kerja cakap sikit-sikit guna software apa.Then lastly dia tanya supervisor aku dan izhan,so student kami ni macam mana, attitude,kedatangan and bla-bla-bla. Bila kena part tu aku tutup muka. Uwaa, kak zarina as my supervisor cakap la, kerja ok cumanya dari segi komunikasi tu aku kurang. Dalam skala 1-5 tu, rate aku no 3 kot. Which mean just good. Miss sendiri cakap aku ni nampak macam 'pemalu'. Sob-sob sedih aku dengar. Tapi memang betul pun. Kak zarina cakap aku perlu banyak bertanya. Sebab team lotus memang sangat busy. So aku tak boleh la nak expect diorang je yang bagi kerja, kena rajin-rajin tanya ada kerja tak untuk dibuat.Begitulah sepatutnya.
Habis cerita present. Hari ni 27 Oktober bersamaan juga dengan hari jadi supervisor kawan aku tu, Abg Sham. Yang ke 24 tettt..heheee.. So lunch time tadi kitorang seramai 7orang pergi makan dekat Kenny Rogers MJ. Kak Ida dengan abg Wan yang belanja. Izzati belanja kek. Wah seronok. 1st time aku makan kat sini. Aku jarang makan dekat fast food yang selain dari KFC, Mc D dan Pizza. Yang lain tu aku tak berapa mencuba.Hehehe...Selera aku biasa-biasa saja.
So tadi buat pertama kali join desktop team makan ramai-ramai. Nyanyi lagu birtday sambil di sambut oleh semua pelanggan yang ada kat kenny tu.Wah begitu sporting diorang ni. Bagus betul. Tak ada cerita menarik pun. Cuma ada la beberapa keping gambar kenangan. Tinggal lagi 2hari je untuk bergelar trainee di ofis. Sangat sedih. T__T
Senyuman hari ini aku harap ia berkekalan. Kegembiraan hari ini, harap tiada membuat insan lain sakit hati. Aku tidak mahu 'kegembiraan' dan 'senyuman' ini mengundang perasaan iri dan sakit hati antara insan lain. Aku juga ingin rasa bahagia.
Nota Hati : Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
11 months ago
1 comments on "Lecturer visit = Kek hari jadi."
celcom nie pandai baca hati orang nie.. hahaha..
Post a Comment