Tuesday, July 28, 2009

Ngantuk tapi....

Posted by aisHa 'S' at 7/28/2009 02:58:00 AM 4 comments
Aku tengah ngantuk tahap gaban dah ni.Tapi aku tak boleh tidur lagi sebab kerja aku belum siap.
Seronok tengok orang lain dah tidur sedangkan aku tak boleh tidur lagi.
Esok pagi-pagi nak hantar memo dah.Inilah hasilnya, tadi sakan duk chatting.
Lepas tu bergayut lagi.Huhu...
Sekarang nak buat kerja dah, tapi malas lagi.
Otak dah pening dah.Moga aku dapat siapkan kerja aku untuk esok.
InsyaAllah.Projek besar ni, jangan nak buat malu company weh.

Penyakit M mula menyerang.
Syish...pergi jauh-jauh wahai penyakit.
Duhai hati, kuatkan semangat dan tekad.
Buat kerja.Tak payah tidur pun tak apa.



Edited : Syukur kerja aku dah siap.Harap meeting malam ni berjalan lancar.Xsabar nak balik tidur.Kesian dah kat mata ni tak rehat-rehat....

p/s :-Selamat berbuka pada sesiapa yang berpuasa..Selamat mengganti puasa kepada yang belum habis ganti lagi aku la tue...Hehe

Tuesday, July 21, 2009

1st day di sekolah.

Posted by aisHa 'S' at 7/21/2009 11:39:00 PM 6 comments
Semalam aku melangkah pergi ke sekolah dengan semangat berkobar-kobar.Pakai baju kurung gitu.Haha..Lepas tu jumpa member-member lama.Nampak happy je semua. Classmate lelaki dengan stail rambut yang baru, yang perempuannya pula dengan baju dan kasut baru,make up baru(aku la tu), hanphone baru dan macam-macam baru lagi la.Hehe....

Lepas tu jumpa balik dengan senior merangkap kakak angkat yang dah lama tak jumpa sebab dia baru habis praktikal, sangat teruja bila nampak kak ikin, tapi dia lagi terkejut bila tengok aku.Terus dicubitnye pipi aku dan soalan cepumas pun keluar, Ni kenapa makin berisi ni..? Aku dah merah muka da, terus aku cakap, biasa la cuti, pipi makin comey la..Berkilat gitu..Haha....Tembam seh....Memang badan aku naik.Terus aku nak diet... Tapi macam biasa lah, makan tetap makan..Kiki...Minggu depan la aku diet.Promise (*_*)v hoho...


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cerita untuk esok.

Malam ni aku kena iron baju kurung awal-awal la, sebab esok Tengku Mahkota Pahang nak datang kampus, so kena pakai formal dan esok aku akan ponteng kelas tengahari dengan bersurat.Adoi, third day class dah ponteng dah.Huhu....
Suasana di kampus sekarang agak sesak la dengan pelajar-pelajar baru dan lama bergabung.Biasalah july intake memang ramai.Lagipun baru 1st week semua rajin datang kampus.Huhu...Tengok la puasa nanti.Makin kurang la makhluk tuhan yang tak seksi itu.Hehe...

Motto hari ini.Esok diet lagi.!

Monday, July 20, 2009

Sekolahku, Syurgaku...

Posted by aisHa 'S' at 7/20/2009 08:19:00 AM 4 comments
Salam...

Hari ini dah start kelas. Baru 1st day. Tak tahu la hari ni belajar ke tak lagi. Kelas aku start pukul 11.30pagi..Walla, sukanya..haha... Dem,dem,dem...Sebab hari ini 1st day untuk ke kuliah, jadi aku decide nak pakai baju kurung.Dah lama kot xpakai baju kurung.....Sengal je,gi kelas baru nk pakai baju kurung. Okay la, aku harap 1st day ni akan memberi semangat untuk aku..Hehe.Moga semester ini akan menjadi lebih baik dari semester yang lepas.Amin..

-Buat semua student baru, Selamat datang ke UniKL.Moga anda semua menjadi pelajar yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Jangan asyik nak stylo je, belajar pun kena stylo gak- =)


p/s : Buat ehem-ehem, welcome to UniKL gak.Moga kamu gembira disana dan jangan lupa aku disini yang sentiasa menunggu perkhabaran darimu.Chewah..Ayat nak muntah..Huhu....

Saturday, July 18, 2009

Sengalnya...

Posted by aisHa 'S' at 7/18/2009 11:24:00 PM 4 comments
Hari pendaftaran.Semua kena pakai topeng.H1N1 sungguh. Syukur tak ada virus itu di kampus.
.
Kenapa blog tak update..?
.
.
.
.
.
.
.
MALAS
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Banyak sangat cerita dan program sampai tak tahu nak cerita apa.
huhu
.
.
.
.
nanti akan di update start cerita dari pergi training di pangkor, lepastu orentasi dekat UKM dan berakhir di MIAT semalam.
hehehe......

Pulau Pangkor nan indah. OC Training.

Barisan senior-senior fasilitator.
.
.
.
.
.
.
Timetable for this semester.Sukanye ari jumaat xde class..Aku tak kisah sangat class pack.Tapi kalo jumaat xde kelas maknanya boleh la balik kg..Yabedabedooo....
hikhik...terlebey sudah.

Tuesday, July 7, 2009

Ekspidisi mendaki gunung berinchang

Posted by aisHa 'S' at 7/07/2009 12:58:00 AM 2 comments













away lagi...

Posted by aisHa 'S' at 7/07/2009 12:19:00 AM 4 comments
Salam...
huhu.......

Apa hal tajuk asyik away jer....hehehe.....Sesaja je nak cakap esok aku akan bertolak ke pulau pangkor.Kali ni kita pergi untuk Training Oriented Committe(OC) pula. 12hb ni budak-budak baru akan daftar ke UniKL.Jadi kami para-para sakura aka senior kena la dilatih dan dan panning dulu.Kenapa dekat pulau..?Haa.. sesaja nak buat secara santai.Sambil berbincang kita makan angin dan menghanguskan kulit..

Ok la,tak nak cakap panjang pun sebenarnya,nanti habis kursus akan di upload pic pemandangan di pulau pangkor pula.Tak sabar rasanya nak pergi pangkor.Semoga perjalanan dan program kami berjalan lancar.Amin.


p/s: Picture di gunung berinchang pun tak sempat nak upload ini nak pergi kursus lagi....Wah seronok gila.Ni belajar ke memain.hehe...selagi semester belum bermula, kita makan angin la dulu kan..?

Saturday, July 4, 2009

Pergi mampus la ko.!

Posted by aisHa 'S' at 7/04/2009 10:31:00 PM 5 comments
Oh...Sakitnye hati bila ada orang cakap macam tu kat aku.
Sampai hati dia doakan aku macam tu.
Sengal betul budak tu.
Tak apa,aku sabar je.Ungkit kat blog jer.

Ishk...!!! Geram+Sakit Hati+Bengang+Sedih gila la.

Sungguh tak sangka.
Terima kasih sebab mendoakan macam tu untuk aku.
Kamu hebat.Sebab tu aku diam je bila budak tu cakap macam tu kat aku.
Sabar weh.....Xpe2....
Saya sentiasa doakan yang terbaik je untuk awak.

Kata-kata itu adalah satu doa.


p/s: Aku sangat menyampah dan geram dengan makhluk tuhan yang satu itu,suka suki hati dia je bagi nombor telefon aku dekat orang yang aku tak kenal.Kawan-kawan! sebelum kita bagi nombor telefon seseorang tu,bagitahu dekat tuan empunya diri dulu,minta izin. Ini kan hak peribadi orang. Jangan suka bagi nombor dekat sesiapa je yang minta.Mana tahu orang tak suka.Tak baik tau.Penat aku pesan dekat kekawan lain jaga nombor aku.Tapi manusia itu senang-senang je bagi,lepas tu siap berpakat pula tu suruh rahsiakan siapa yang bagi nombor aku.Adoi,macam la aku tak tahu, berapa kerat je makhluk yang ada nombor phone aku. Terima Kasih la awak yer.Hargai jasa baik awak tu.!Lagi satu, lelaki tu nampak sangat tak gentleman, nak nombor telefon orang, minta sendiri la dengan tuan dia,aku ada kat depan dia je kot.Ini minta dengan orang lain buat apa.Nak kawan kena la ikhlas.Jangan la nak main-main miss call...pastu hantar address myspace je nak suruh aku kenal dia.Huh.Kita satu campus kot.Aku la yang sengal ni..
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez