Alkisah disuatu pulau kecil, tinggallah benda
abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan,
Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada
awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan
saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai
datang menghempas pulau kecil itu tiba-tiba
bergelombang dan menimbulkan ombak yang
sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni di pulau itu segera berusaha
menyelamatkan diri.
Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki
perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta
bantuan. Sementara itu air semakin naik
membasahi kaki Cinta. tidak lama kemudian
kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak
Cinta. dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maafkan aku Cinta", kata kekayaan. "Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu Bersama, nanti perahu aku tenggelam. Lagipun tak ada ruang untuk kau di perahuku ini."
Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia
melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan
sebuah perahu.
" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK CINTA.
Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana
dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung
tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin
meninggi membasahi Cinta sampai ke paras
pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama
selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.
"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!"teriak Cinta
"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak
boleh membawamu bersama. Nanti kau akan
mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut
Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta
mula menangis teresak-esak.
"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak
memperdulikan aku?" rintihannya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula
kesedihan dengan perahunya.
"Ohh, kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata
cinta
"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin
bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus
mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus
asa.
Air semakin naik dan akan menenggelamkannya.
Cinta terus berharap agar dirinya akan
diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh
Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia
tanpa aku, tanpa cinta?"
Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba
terdengar suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat
naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara
itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang
memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun
naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran,
orang tua itu menurunkan Cinta dan segera
meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru
Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah
gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah
menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya
kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa
sebenarnya orang itu.
"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata
orang itu.
cinta pun bertanya lagi." tapi mengapakah dia
menyelamatkan aku. Aku tak kenal dia. Sedangkan
kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak
mahu menolongku," Tanya Cinta kehairanan.
"Sebab, hanya waktulah yang tahu betapa
berharganya Cinta itu..." kata orang itu.
setelah itu fahamlah cinta akan kepentingannya
di dunia ini.
MORAL : ADAKAH
CINTA PERLUKAN
KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN????
Note:-Dipetik dari Facebook.