Wednesday, July 28, 2010

cerita ini

Posted by aisHa 'S' at 7/28/2010 02:52:00 PM

“Akak, hari ni ada kerja pape tak..?” Tanyaku pada seorang staff disini. Kak fauziah namanya. Hari ni dia baru masuk kerja setelah 2hari on leave. Jadi selama 2hari juga la aku datang kerja dan tak ada kerja. Disebabkan banyak tugasan aku sepanjang praktikal nanti link dengan kak fauziah so aku kena rajin-rajin bertanya dengan dia. Dengan kak zarina aku segan sikit walaupun dia baik. Kak Zarina adalah supervisor aku untuk praktikal kali ni. Tapi kerja aku bawah kak fauziah.

Selepas bertanya tentang tugasan hari ni aku rasa lega sikit, dan harap ada tugasan untuk aku, tak seronok sebenarnya datang kerja tapi tak ada buat pape. Sekarang dah 45 minit masa berlalu, masih tak dapat task lagi. Oh mereka sungguh busy sampaikan aku sempat menaip untuk buat entry ini. Tolong… I need work to do. Sedih sangat rasa bila datang kerja tapi tak ada tugasan. Saya rasa tak selesa duduk santai saja di kerusi ini. Mengundang rasa mengantuk yang sarat.

Sudahlah malam tadi tak dapat tidur. Asyik fikir tentang si A saja. Sampai pukul 4 pagi. Malam tadi hujan lebat, sama lebatnya dengan hujan yang dibendung dalam hati ini. Tak tahu kesudahan cerita kita macam mana. Saya pilih untuk menyepi dari kamu. Semakin hari semakin hampir dengan tarikh itu, saya sedang merangka hujung minggu ini untuk mencari sesuatu. Tidak tahu bila kita kan berjumpa. Tapi rasanya saya bersedia sahaja untuk hari itu. Sangat rindukan kamu.

Syukurlah teman yang sama-sama praktikal dengan aku baik-baik. Tidaklah aku rasa kosong sangat di tempat kerja ni. Staff pun semua ok dan boleh menceriakan waktu-waktu bekerja disini.



Notahati: hari-hari yang berlalu sangat tidak bermakna. Pergi kerja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja. Itu sahaja. Tak ada life lain. Tak ada perkongsian cerita macam dulu-dulu lagi. Sampai hostel tiada lagi gelak tawa dan cerita yang berlaku pada hari-hari itu. Tiada perkongsian certia dengan teman kuliah dan teman sebilik lagi. Tiada lagi perkongsian rasa dan pendapat. Sedih. Kehidupan seharianku kembali seperti aku semester pertama dulu. Cuma sekarang tiada lagi air mata yang menemani malamku.

Hadiah Terbaik Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

0 comments on "cerita ini"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez