Thursday, October 28, 2010

Celcom dan Patah Hati

Posted by aisHa 'S' at 10/28/2010 03:43:00 PM 3 comments
Aku tengah leka buat-buat sibuk tiba-tiba ada satu mesej dari CELCOM. Bila buka je mesej tu, terus rasa nak marah je. Orang yang buat aku sakit hati tak kacau aku pun, tapi aku boleh meroyan bila asyik dapat mesej macam ni je dari cik Celcom. Ceit..!!!!


From : 22228
RM0.00 Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan kebahagiaan. Ikuti kisah-kisah cinta yang tidak kesampaian. Dapatkan MMS Cinta Kilat sekarang! Hantar ON CK ke 22228.


Aku BENCI CELcom... !!!! Kenapa celcom suka hantar mesej-mesej macam ni dekat aku.? Member-member aku tak dapat ke.?
Aku pelik mana dia tau yang aku dalam situasi ni.? Apakah orang-orang celcom baca mesej-mesej aku..???
Y__Y

Wednesday, October 27, 2010

Lecturer visit = Kek hari jadi.

Posted by aisHa 'S' at 10/27/2010 09:44:00 PM 1 comments
Hari ni setelah 2 kali postpone so datanglah lecturer yang telah dipertanggungjawabkan untuk melawat kami tadi. Dalam keadaan kelam kabut tu lebih kurang 10.20am leturer aku nama dia Miss Wan Hazimah sampai ke ofis. She called me and then aku dengan izhan pergi turun ke lobi untuk jemput dia. Bawa ke tingkat 20. So masuk bilik meeting pung-pang-pung-pang present. Tak sampai 30 minit 2-2 orang siap present. Tak lama pun. Present pun tak formal. Miss cuma tengok kerja cakap sikit-sikit guna software apa.Then lastly dia tanya supervisor aku dan izhan,so student kami ni macam mana, attitude,kedatangan and bla-bla-bla. Bila kena part tu aku tutup muka. Uwaa, kak zarina as my supervisor cakap la, kerja ok cumanya dari segi komunikasi tu aku kurang. Dalam skala 1-5 tu, rate aku no 3 kot. Which mean just good. Miss sendiri cakap aku ni nampak macam 'pemalu'. Sob-sob sedih aku dengar. Tapi memang betul pun. Kak zarina cakap aku perlu banyak bertanya. Sebab team lotus memang sangat busy. So aku tak boleh la nak expect diorang je yang bagi kerja, kena rajin-rajin tanya ada kerja tak untuk dibuat.Begitulah sepatutnya.

Habis cerita present. Hari ni 27 Oktober bersamaan juga dengan hari jadi supervisor kawan aku tu, Abg Sham. Yang ke 24 tettt..heheee.. So lunch time tadi kitorang seramai 7orang pergi makan dekat Kenny Rogers MJ. Kak Ida dengan abg Wan yang belanja. Izzati belanja kek. Wah seronok. 1st time aku makan kat sini. Aku jarang makan dekat fast food yang selain dari KFC, Mc D dan Pizza. Yang lain tu aku tak berapa mencuba.Hehehe...Selera aku biasa-biasa saja.
So tadi buat pertama kali join desktop team makan ramai-ramai. Nyanyi lagu birtday sambil di sambut oleh semua pelanggan yang ada kat kenny tu.Wah begitu sporting diorang ni. Bagus betul. Tak ada cerita menarik pun. Cuma ada la beberapa keping gambar kenangan. Tinggal lagi 2hari je untuk bergelar trainee di ofis. Sangat sedih. T__T


Senyuman hari ini aku harap ia berkekalan. Kegembiraan hari ini, harap tiada membuat insan lain sakit hati. Aku tidak mahu 'kegembiraan' dan 'senyuman' ini mengundang perasaan iri dan sakit hati antara insan lain. Aku juga ingin rasa bahagia.

Nota Hati : Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Tuesday, October 26, 2010

Kalau Berpacaran

Posted by aisHa 'S' at 10/26/2010 09:36:00 PM 0 comments
Sedang aku selongkar blog ini sambil mencari template yang menarik hati tapi tak jumpa-jumpa. Telinga sedang mendengar radio. Kena pula tengah layan Lagu ini....



Mula-mula dengar lirik dia macam kelakar juga. Lepas tu macam lagu lama pulak, tapi tak pernah dengar lagi. Tengok full lirik baru aku paham. Lagu baaru rupanya. Bagus juga lagu ni.. Part yang bestnya yang ni. ;-)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang,
Duduk renggang-renggang bertambah sayang,
Biar malu-malu biar segan-segan,
Kerna malu itu perisai orang beriman.

Malam ni nak study sikit-sikit untuk present esok. Slide sudah siap,cuma nak tulis apa yang patut untuk cerita dekat lecturer nanti. Sempat blogwalking lagi walaupun sepatutnya dah tak ada masa untuk berlengah-lengah.


P/S : Kemelut diri. Aku hampir melakukan kesilapan besar tadi. Konon nak tunjuk prihatin. Nasib aku tak hantar mesej dekat beliau tadi.Hurm...

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam

Posted by aisHa 'S' at 10/26/2010 11:45:00 AM 2 comments
Hari-hari terakhir di ofis, aku dah tak ada kerja, sampai aku terpaksa ikut kawan-kawan dari desktop team buat kerja. Coz nanti aku tak tahu nak tulis apa dalam buku report. Esok bersamaan hari rabu, 27 Oktober 2010 ada lecturer yang akan datang visit. Alahai.... rasa sedih pun ada juga. Gementar,gemuruh dan sewaktu dengannya jangan cakaplah. Slide pun tak siap lagi. Sebenarnya dah dua kali postpone date leturer visit ni, sebabnya lecturer aku tiba-tiba je ada meeting, lepas tu patutnya semalam la lecturer datang, tapi terpaksa postpone juga sebab supervisor kawan aku pulak tak ada kat ofis. So muktamadnya ialah esok lecturer akan datang. InsyaAllah esok memang betul-betul confirm dah.

Hari ni dekat ofis aku takde kerja lagi. Sedih sangat rasa, supervisor aku busy la, aku tak berani nak ganggu. Aku pun nak ikut kawan-kawan jumpa user,tapi tak jadi pula sebab diorang configure pc user dekat tempat diorang je. So aku pun buat-buat lah belek slide, Tambah apa yang patut. Sambil rasa bosan yang tahap gaban, aircond yang sejuk sangat then rasa mengantuk yang saja mengganggu bila aku mula buat-buat rajin. Last-last dari tadi aku asyik baca blog je. Pasal konspirasi seorang blogger. Baca komen reader-reader dan pendapat mereka. Macam-macam ragam. Aku tak ambik port untuk komen, sebab aku suka memerhati dan bloger-blogger yang terlibat tu pun aku selalu baca blog mereka.

Akhir kata untuk hari ini, aku harap rezeki aku masih lagi di tempat aku praktikal ni, aku suka untuk berada disini. "Ya Allah perkenankan doa hambamu ini. Amin..."

Monday, October 25, 2010

Kes dera

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2010 04:11:00 PM 1 comments
Sabtu lepas, setelah agak lama aku tak balik gombak rumah mak cik aku, since jumpa kat rumah aku mase raya hari tu, aku tak jejak lagi kaki ke rumah dia. Sekarang dah habis raya dan dah nak habis intra dah baru aku jejak. Tu pun sebab mak cik aku tanya macam mana ngan barang-barang aku yang kat rumah die tu. Dia dah nak pindah rumah kat bangi pula. So sabtu lepas mak cik aku call then mak cik aku cakap, "nak tau tak, hari ni pecah satu rahsia yang selama ni, sitah(maid) dera budak-budak ni." Aku terkejut terus rasa berdebar bila dengar. Selama 6bulan ni maid tu dera cousin-cousin aku yang masih kecil. Memang tak boleh belah la. Muka baik gila, tapi hampeh betul.!! Terus aku cakap okay peang ni balik. Lepas tu mak cik aku tanya tau tak sorang patah tangan.? Oh my god, ni dah tahap melampau,tp maid tu cakap adik si mangsa yang tolak dia. Ah, ko penipu.! Lepas maghrib aku sampai gombak, tinggal maid tu berdua je ngan nak mak cik aku yang no4, baru berusia 1tahun lebih. Kesian aku tengok muka si kecil kena tinggal. Sebab mak cik aku pergi kemas rumah baru. Aku sampai rumah mak cik aku tu, buat muka biasa je, konon-konon aku ni tak tahu cerita sebenar yang dia mendera budak-budak ni. Si maid tu bercerita sakan la pasal si adik yg patah tangan tu. Dalam hati aku, macam ********* ko ni. Berlakon lembut depan aku. Then mak cik aku sampai rumah aku tengok cousin-cousin aku ni sume dah jadi pendiam, dah tak ceria. Berubah gila. Mak cik aku pun siap cakap, baru nampak muka adik(yang patah tangan) berseri-seri. Datang duduk dekat aku. Kesian sungguh. Hilang keceriaan mereka.

Lepas tu malam tadi, pak cik aku mengamuk lepas anak dia yang sulung, berumur 6tahun, cerita kat abah dia yang jumaat lepas dia tak gi sekolah. Berlakulah drama swasta semalam. Pertama kali dalam hidup aku tengok pak cik aku mengamuk macam tu. Dan maid tu pun dah mengaku yang selama ni die dera budak-budak ni. Pukul,cubit, tutup mata budak suruh tido, paksa makan and macam-macam lagi yang menyakitkan. Dan yang tak boleh blah dia sanggup cucuk mata cousin-cousin aku dengan jari sampai pecah darah. Aku tak boleh bayangkan dekat mana akal perempuan ni, kenapa menyeksa budak-budak tu macam tu. Semalam die dah minta maaf dah semua, dah sumpah segala bagai takkan buat lagi. Pak cik aku pun dah maafkan dia. Ni lah orang kata tak kenang budi, kita tolong die sebab die orang susah, sama agama, dia nak tanggung mak die yang tengah sakit dekat kemboja tu. Tapi ni yang die buat. Ceit. Tak pasal-pasal ngan aku sekali nak mengamuk semalam tengok lakonan perempuan tu selama ni. Tapi sapelah aku nak masuk campur.

Masih belum berakhir

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2010 11:21:00 AM 2 comments
Sudah beberapa kali aku cuba untuk menulis entry baru, tapi tak jadi, sebab aku rasa semua itu tak guna. Kalau boleh aku ingin berhenti untuk bercerita tentang dia. Pernah terfikir untuk delete je blog ni, tapi aku fikir, nanti aku jadi manusia yang ketinggalan. Sudahlah facebook aku sudah tak berapa layan. Jadi mana lagi sumber nak dapat maklumat. Aku juga bukan manusia yang suka berbalas sms dengan ramai orang. Tapi aku mula buat blog dan belajar pasal blog ni pun bila dah putus dengan dia dulu. Sekarang aku dan dia mungkin tidak akan berhubung lagi. Walaupun hakikatnya aku sangat mahukan dia. Tapi atas permintaannya supaya aku tak mencari dia lagi. Okay aku turutkan. Aku tak mahu kisah yang sama berulang kembali.

Sekarang ni aku seakan-akan hilang ayat untuk berbicara dan untuk diluahkan. Aku habiskan masa dengan membaca blog orang lain. Aku buntu sangat. Sekarang aku cuma fikir untuk masa depan aku. Praktikal tinggal sampai hari jumaat ni saja lagi. Aku sangat taku untuk harungi hari selepas ini. Cerita masa depan yang aku tak pasti lagi macam mana jalan ceritanya.


++++++++++
Lepas je taip entry ni, dapat satu mesej dari no 66500.

Hi Nurul, ingin cantik terus? Ada cara ajaib. Dapatkannya disini, type on cantik hantar ke 32500

Aku rasa menyampah je, asyik dapat mesej dari celcom dan nombor yang ntah apa-apa ni. Rasa macam di perli-perli je. Belum lagi dapat mesej yang macam ni, "Anda sunyi.? type on KAWAN and bla-bla-bla." Aaaaa... T__T

Tuesday, October 12, 2010

Hati yang dilukai ada parutnya

Posted by aisHa 'S' at 10/12/2010 09:32:00 AM 0 comments
~ sekadar memfowardkan…manusia tak sempurna tapi kita boleh minimakan ketidaksempurnaan kita. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali~

Paku yang lekat di hati

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata k ita ,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”

Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemu dian , setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“ Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

::::Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar k ita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji.

Monday, October 11, 2010

kau berikan aku bahagia-kau berikan aku derita

Posted by aisHa 'S' at 10/11/2010 03:39:00 PM 1 comments
Hari ni aku bekerja sambil mendengar mp3. Mengulang lagu yang sama berulang-ulang kali. Sudah berapa kali aku pun tidak kira. Lagu berhenti berharap.

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita.

Hari sabtu yang lepas adalah hari yang sangat tak best. Sungguh aku terkilan.Rasa tertipu. Rasa benci mula menapak. Dan selalunya bila perasaan ini muncul ia akan diiringi dengan air mata. Tapi tidak lagi pada hari itu, mata ini sudah tidak sudi lagi untuk menangis. Tidur malam aku terganggu. Fikiran tak tentu. Hati tak tenang. Persoalan yang tak terjawab. Akhirnya ahad muncul tapi di iringi air mata, hati yang menangis tak dapat dibendung lagi. Aku hamburkan saja tangisan itu, sambil mencoretkan peristiwa semalam ke dalam diari kecil hitam milikku. Dan buat pertama kali dalam diari itu ku tulis perkata.."IHY= I Hate You." Dan aku benci perempuan tu gila-gila. Dan aku agak sakit hati sebab aku memang tak pandai bergaduh dengan orang.Aku tak reti nak bercakap bahasa-bahasa kasar.Tapi apa yang boleh cakap. I hate you girl.!!!

Pukul 11malam tadi. Dapat mms dari abang aku. Dia hantar gambar anak die masuk hospital. Warded.Demam teruk,sampai muntah-muntah.Aku hampir menangis. Hati melonjak-lonjak untuk balik. Walau hanya sekadar demam. Dengan pergolakan diri yang aku alami. Aku betul-betul ingin pergi jauh. Dan kamu.Ingat ya.Kali ini bukan mudah untuk aku maafkan dan terima semua ini. Kamu memilih untuk diam.Ok..Aku mahu lihat berapa lama.

Saturday, October 9, 2010

Tiada lagi air mata

Posted by aisHa 'S' at 10/09/2010 09:13:00 PM 0 comments
Bila mata dah tak sudi nak menangis..Hati dah malu untuk sakit...Mungkin maknanya di situ jiwa kita dah berkenalan dengan sahabat sejatinya yang perlu ada dlm diri setiap insan..iaitu TABAH dan CEKAL..

Friday, October 8, 2010

Maher Zain di Maju Junction

Posted by aisHa 'S' at 10/08/2010 04:16:00 PM 0 comments
Tadi pergi makan tengah hari di MJ lagi. Sampai je dekat pintu masuk tu baca satu poster dia tulis "Maher Zain di Maju Junction Mall. Ahad [10-oktober-2010] 3.00petang". Walaweh.. Dekat giler da ni. Tapi hari ahad, confirm la aku duk hostel. So ada sape-sape yang pergi ke.? Nak follow jugak, Cik A cakap confirm penuh. Ajak cik A pergi tapi dia pulak ada test hari tu. Memang tak dapat la nak menolongnya.Uwaa...
Tadi search dekat google. Pelik pulak die pune pic. Tapi agak menarik la. Boleh tekan play button. Bila tekan play button tu keluar la google pasal "John Lennon". Maaf mungkin aku agak ketinggalan sebab tak tahu apa-apa tentang beliau. Tak sempat nak baca wiki tentang beliau coz, taip entry on the spot sebab nak kena gi jumpa user. Aku suka bile kena jumpa user.Sebab boleh tengok kerenah orang dan kerja yang enjoy. Sebab utama ialah dapat berjalan la.Tu jer.Dari hari-hari mengadap pc je.Bosan juga kan.? :p

Beringat-ingat waktu susah

Posted by aisHa 'S' at 10/08/2010 09:49:00 AM 0 comments
My new boyfriend. Curang jap ngn boyfriend lame :D
Jangan diharap guruh di langit,kilat memancar hujan tak lalu.

Pepatah di atas tiada kaitan dengan entry.
Selasa lepas aku dah dapat tahu siapa lecturer yang akan visit aku nanti. 15hb Oktober, lecturer akan datang melawat. So aku dah agak kelam kabut sebab report harian aku tak siap lagi. Lepas tu kena siapkan slide untuk presentation depan lecturer tu nanti. Memang aku jenis suka buat kerja last minute. Penyakit ni tetap xberubah-ubah walau banyak kesedaran yang dah pun aku dapat. Bila tiba masa nk buat, mesti aku tangguh dulu dan biarkan je sampailah hari esok menjelma. Sekarang ni aku tengah rasa susah. Dan kalau minta tolong dengan kawan-kawan aku rasa macam tak best je. Sebab dah bertanya pada dua orang, dan dua-dua memberikan jawapan yang sama. Yang aku rasa sebenarnya mereka sedang menipu dan tak nak membantu. Tapi aku tak ada hak untuk pertikaikan sebab itu hak dia nak bagi ke tak. Aku cuma tahu meminta.

Manusia ni memang mudah lupa. Masa susah dia akan rasa orang disekeliling tak membantu. Lepas tu die akan ingat balik kebaikan-kebaikan yang dia pernah buat dekat orang. Dan akan ungkit balik. "Dulu time ko susah cari aku, bila ko senang ko lupa aku." Tapi dalam masa yang sama kita tak sedar sebenarnya kita juga pernah menyusahkan orang. Macam biasa la, apa kebaikan yang kita buat kita ingat, apa salah yang kita buat kita harap orang lupakan. Macam tu la bila kena batang hidung sendiri. Aku pun selalu rasa macam ni, bila dah rasa terdesak sangat, bila rasa betul- betul keseorangan dan kawan-kawan takde, mula la nak pertikai dan ingat hal-hal dulu. Aku pernah baca ayat ini, "
Bila kita membantu seseorang. Jangan berharap orang yang sama akan membantu bila kita susah nanti
Means tak semestinya kita buat baik dengan orang tu, dan bila kita susah, orang tu juga yang akan tolong kita. Pernah dalam kita merasa susah tu, tiba-tiba orang yang kita tak pernah kenal atau orang yang baru saja kita kenal yang tolong kita. Tapi orang yang kita kenal yang dah hari-hari kawan tu memang tak tolong apa-apa.

Senang cerita bila kita membantu orang, jangan mengharapkan balasan. Hati kena ikhlas..Tapi bukan senang nak ikhlaskan hati tu. Bukan senang macam kita makan nasi.

Edisi peringatan untuk diri sendiri. :D

Wednesday, October 6, 2010

"Perempuan" dan "Lelaki"

Posted by aisHa 'S' at 10/06/2010 02:45:00 PM 5 comments
Hari ni lunch pergi makan dekat Maju Junction lagi.. Hampir setiap hari pergi makan kt MJ...Haha...Mingu-minggu terakhir sebagai trainee sudah mula terasa. Sangat tak best sebab kalau boleh aku tak nak semua ini berakhir. Aku suka untuk terus berada disini. Lagi 3 minggu aku akan berada disini. Hari ni aku pergi bertiga saja ke MJ, lalu depan satu kedai gunting DnT. Ada la sorang amoi seksi tengah duduk atas kerusi. Pakai skirt pendek je. Memula aku pandang muka minah tu, macam pelik je, tapi aku cuma ingatkan pelik sebab make up kot. So aku buat tak kesah jer la. Lepas je pada tu, kawan aku sama-sama trainee (Izhan) tu pun cakap, "aishah member ko.." aku cakap la, Ha'a member aku,dah lama tak jumpa.. Lepas tu izhan cakap, "Besar gila halkum member ko.." Aku toleh belakang..Aiseh man.. 'perempuan ker..? patut la 1st time tengok muka die macam pelik. Tapi tengok lama-lama macam perempuan betul pun ada.'
On the way balik ke ofis pula, baru lepas lintas jalan, then juma 2 orang awek dan seorang 'lelaki' tengah smoking sambil berjalan.Rambut pendek kaler karat. Tubuh berisi sikit. Lepas je diorang berlalu, aku pun cakap, tadi tengok perempuan berhalkum. Sekarang tengok lelaki ada breast pulak. Izhan cakap "Aku rasa nak lempang-lempang je." -Nobody Perfect.

Tetiba aku terfikir, kalau 'perempuan' tadi kahwin dengan 'lelaki' yang ni, agak-agak diorang dapat anak tak.? :D
Lepas tu, pernah tak sesiapa jumpa pasangan 'nyah' kapel ngan 'pengkid'.? Adakah dua golongan ini akan saling tertarik antara satu sama lain.?

Friday, October 1, 2010

Tragedi Oktober

Posted by aisHa 'S' at 10/01/2010 04:12:00 PM 4 comments
Hari ni dah masuk bulan oktober..bermakna lagi 29 hari je yang tinggal untuk aku bergelar sebagai seorang pelajar praktikal di sini. Agak tidak seronok kerana lepas ni akan meninggalkan ruangan pejabat ni. Sebab dah rasa sebati berada disini. Walaupun kadang-kadang rasa mengantuk dan malas gila, tapi enviroment disini tak bosan. Bila dah habis praktikal juga bermakna aku juga sudah habis belajar la.Tidak ada lagi cuti semester yang di tunggu dan juga tiada lagi elaun mara yang akan masuk RM630 setiap bulan.So tiap-tiap bulan aku nak belanja pakai apa.? Takkan nak balik kampung makan tidur dekat rumah kot. Sungguh membosankan la. Bukan aku tak suka duduk di rumah, sangat rindu untuk balik rumah, tapi aku suka life sekarang. Dapat balik bila hati dah rinduuuu.... sangat nak balik, so bila ada kat rumah tu rasa bermakna la sikit. Kalau lepas ni balik duduk rumah je tunggu dapat kerja, memang tak jadi manusia dah aku rasa. Hihi..Dan aku juga tak sanggup nak bayangkan situasi tu aku lalui setiap hari, bangun,makan tidur,esok bangun makan, tidur. Gila malas kot. Seperti mana aku pernah lalui sebelum sambung belajar kat cini dulu. Aku nak stay KL kerja kat KL.. Siapa ada kerja kosong, boleh aku pergi interview..? :D Rindu waktu belajar dan sayang untuk tinggalkan tempat praktikal ni. Nak stay sini je, boleh tak.?
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez