Wednesday, October 29, 2008

Mencari CINTA

Posted by aisHa 'S' at 10/29/2008 05:38:00 AM
Semalam semasa aku dan kawan-kawan aku sedang sarapan pagi,
ada dua orang dari mereka iaitu ida n ena bertanyakan sesuatu kepada aku,
diorang cakap kalau ade orang nak melamar shah, nak terima tak ?
aku cuma cakap tak terima...!!!
so diorang tanya aku,
Kenapa..? Masih berharap lagi ker..?

Well 90% memang aku masih berharap.
5% lagi aku rase tak perlu kot aku couple skrg.
5% lagi ialah aku takut.

Aku cakap dekat dorang,Bagi aku masa setahun dulu. Sebab kali terakhir hubungan aku dan die betul-betul berakhir ialah pada Februari 2008. So tunggu tahun depan la kot.susah ni nak cari pengganti, sebab aku sangat sukar nak percayakan lelaki, setakat ni aku pernah kenal lelaki yang betul-betul baik, dan pernah juga yang cuba mengambil kesempatan sahaja. Tak banyak pun pengalaman cinta aku,tapi cukuplah untuk dijadikan pengajaran. Setakat ni,lelaki yang betul-betul aku percaya, die sorang jer. Aku tak nak buat silap lagi.
Lagipun aku happy ngan hidup aku sekarang, sebabnya aku tak perlu fikirkan untuk menjaga hati
dan perasaan orang lain, ditambah pula dengan kesibukan untuk final nanti, itu adalah bebanan bagi aku buat masa sekarang. Memang tak dinafikan memang hati aku sunyi, kesunyian yang dirasakan yang membuatkan kekadang aku menangis, bila aku bersendirian di bilik asrama,sedangkan kekawan lain sedang bahagia, tapi itu cuma sementara.
Sebabnya, bila aku tengok kawan-kawan yang sedang gaduh ngan pakwe dorang aku jadi fobia, aku selalu pesan dekat dorang, tolonglah jangan jadi macam aku dulu,seksa tau..
Mase tengah ada ni, jaga elok-elok. Nanti dah tak ada nak nangis air mata darah sekalipun memang tak berguna lagi.
Tapi CINTA untuk aku sendiri, ntah la,aku kekadang tak rase aku nak couple,sebab hidup sendiri juga ada baiknya, sebab aku masih lagi ada kekawan, ada teman dan ada lagi dia untuk menjadi kawan. Itu sudah cukup buat aku. CINTA tak perlu dicari, ia akan datang dengan sendiri. Well aku ada terbaca tips tentang cinta sejati di majalah DARA...hehe....

6 Tips menemukan CINTA SEJATI..

tip 1: JgN MeNcArinYa

cinta xdatang kpd seseorang y mencarinya. Jika kamu baru shj mgakhiri suatu hubungan, fokuslah kpd diri dan khidupan peribadi terlebih dahulu. Tdk perlu terburu-buru mencari cinta yg baru dan nikmatilah zaman solo kamu sebaik-baiknya.

—> Yang ni aku percaya, bagi aku cinta akan datang bila-bila masa, yang penting kita sudah bersedia.

tip 2: BeRgAuL n HaNgOuT

hal itu akn mberi kesempatan kpd kamu utk bertemu org baru. Siapa tahu salah satu antara mereka adalah cinta sejati kamu.

tip 3 : BeRaNi AmBiL RiSiKo

Jika suatu hari nanti kamu bertemu dgn seseorg y sesuai dgn kriteria yang kamu inginkan, jgn ragu utk memulakan langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Kerana peluang mungkin tidak akn datang selalu.

tip 4 : CiNtAi DiRi KaMu TeRLeBiH dAhULu
.
Hiduplah dengan bahagia dan jgn pernah melepaskan harapan. yakinlah setiap org diciptakan utk berpasangan. Yg menjadi masalah adalah utk mendapatkan org y sesuai, pd waktu y tepat


tip 5 : JiKa SuDaH SeDiA

Lembaran baru bg hubungan, maka mulailah memilih karakter psgn seperti y kamu idamkan. Bukan hanya dr segi fizikal, tetapi juga dari segi mental dan keperibadian.

—> Jangan memilih, hehe...

tip 6 : BeRi WaKtU UtK DiRi SenDiRi

Temukan aura positif kamu. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara automatik aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan melihatnya. Itulah daya tarikan bagi diri kamu.

p/s : aku memang sedang amalkan tips ini..huhu..Cuba enjoy dengan diri sendiri dulu..

2 comments on "Mencari CINTA"

~ turquoise ~ on October 29, 2008 at 8:43 AM said...

never give up on LOVE okay...

aisHa 'S' on October 30, 2008 at 2:24 AM said...

insyaAllah..walau kekadang selalu give up..tp ntah la..mayb masa akan menetukan..

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez