Wednesday, September 1, 2010

Adik oh adik

Posted by aisHa 'S' at 9/01/2010 02:19:00 PM
Pukul 12:30 minit tengah hari. Masa tengah IM dengan user. Mata aku tertutup rapat. Adoyai..Semalam tidur pukul 2. Sebab belajar bahasa french. Cuba-cuba menulis kad raya dalam bahasa french. Disebabkan dunia dah canggih, search ayat yang sesuai untuk buat kad raya dan translate je dengan google translate. Tak jadi masalah. Hee..Tapi sampai ke pukul 2 jugak la buat ayat untuk kad tu.

Akibatnya hari ni, bila dah mata mengantuk tahap macam tu, tak ada jalan lain, 12:30 pergi surau. Tidur sampai pukul 1:30ptg. Dalam surau yang sejuk tu aku boleh lena. Hehe..Itu pun terjaga dari tidur sebab dapat mesej dari adik aku yang bongsu.
Adik : "Semoga cepat tua dan dikedutkan muka.Haha"
Kurang asam.!
Aku: Sengal.
Adik : "Nak apa.?"
Blushing here..
Aku : Nak bagi apa..?? :)
Adik : Ingat nak bagi biskut gula je. Ke ada nak pape lagi.?
Aku: Biskut gula buat pe.?Haha..Xtau nak apa. (Blank sebab aku memang tak tahu nak hadiah apa...)
Adik: Urm..., Nanti balik la bagi erk...Tukar ngan baju raya..huhu
Ceit, main tukar-tukar plak..Baju raya dia pun aku tak beli lagi..lalalala
Aku:Haha okay.
Adik : Wish me luck..Exam petang ni..Hehe..K bYe..
Aku : Wah ok2...Good luck. All de best.!!
Gile skema ayat mesej dengan adik. Pehal ntah, baru bangun tido kot. Otak tengah beku sebab sejuk.
Nak exam pun sempat mesej aku lagi. :-) All the best to you bro..Tahun ni die PMR... Bila dia balik rumah,selalu kena bebel ngan aku, sebab asyik men game je. ishk.. Pe nak jadi la budak-budak ni. Tapi kalo kakak aku lak nasihat kat aku, "Belajar molek, jangan asyik men FB jer"..*huhu..lagi teruk.Ceit :p

_______________
Imbas kembali :
Teringat peristiwa awal tahun hari tu, aku temankan adik aku yang ni pergi beli hadiah untuk awek die.Siap cadangkan beli apa lagi. Lepas tu, siap jadi driver pergi pejabat pos lagi nak pos hadiah, Biasalah.Aku kan pakar bab-bab pos hadiah ni. Dulu pun macam tu juga. :D Konon-konon sporting. Lepas tu bila die tanye aku, "awek die ok tak.?" Aku cakap "Tak cun.. Wakaka".. Terus dia jawab, "memang tak nak yang cun pun, baru takde orang nak ngorat" sambil buat muka sedih.! Aku pun dah macam,hurm... apa la budak-budak sekarang ni, dah fikir benda-benda cmni. Aku dulu form 3 tak main cintan-cintun ni. Tengah sepak terajang dengan lelaki lagi. Dulu lelaki adalah musuh aku.. Time sekolah agama la. Al-maklumlah tomboy.Hehee. Masuk sekolah teknik majoriti lelaki. Sampaikan bestfren aku pun lelaki. Tempat aku share problem. Tempat aku cakap sal pakwe. Kawan perempuan pun ramai.Tapi kawan dalam kelas ialah lelaki, sebab perempuan ada 5orang je. ^__^

4 comments on "Adik oh adik"

Redbloodsnow on September 1, 2010 at 2:44 PM said...

alolo...best plak akak bc conversation korg bradik nih. sonok ah ade adik. akak x pnah merase ade adik sendiri :(

aisHa 'S' on September 1, 2010 at 2:48 PM said...

Hehe..bila duk jauh baru la merasa kak..
sorang mesej tanya bila nak balik..yg tu tanya dah beli tiket lum.. :)
Bila duk dekat masing-masing buat hal masing2...

fndrocka on September 1, 2010 at 3:15 PM said...

aku time tingkatan 3 jangan harap nk bagi hadiah kat sapa2..baik aku bazir duit beli benda lain..hehek.

makwe dia memang tak cun ke atau kau jeles.kekeke

aisHa 'S' on September 1, 2010 at 3:30 PM said...

haha..sama la...
masa tu diri lg penting...

Awek die ok la...boleh tahan..Aku saje je malas puji..huhu.
*jeles.

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez