Friday, September 3, 2010

Jeles korang dah balik kampung.

Posted by aisHa 'S' at 9/03/2010 02:11:00 PM
[Gambar boifren kena letak. Ni die dengan awek mane ntah.Jeles aku.!]

Rabu lepas sepatutnya aku pergi berbuka puasa dengan seorang sahabat blog. Sepatutnya jumpa beliau la bersama seorang teman aku. Tapi tak jadi. So kepada "En.K" aku mintak maaf tak dapat hadir. Sahabat aku tu pun tak sihat, dia balik awal ke hostel. Jadinya aku pun tunda tapi tak tahu kepada bila dan tak tahu dapat jumpa ke tak. Bukan apa, takut cik A tiba-tiba datang mood mengongkong, takkan dia benarkan aku nak pergi. Sekarang ni boleh la dia cakap, "Kalau nak pergi, pergi je la." Lepas ni kalau dia banyak tanya dan tak bagi pergi, maunya perang besar pula. Tak kira la alasan apa aku bagi nanti. Hee...

Sebenarnya aku agak cemburu sekarang ni, dengan kawan-kawan yang da cuti semester dan dah balik raya. Siyesly, aku jeles.!!! Mana aci cuti awal pastu 2 minggu lak cuti. Aku ni dah la cuti 9hb. 16hb da datang sini balik untuk bekerja. Untung la siapa yang tak kena praktikal semester ini. Kalau tak memang jadi macam aku la. cuti sekejap je. Nak ponteng pun tak boleh. Nak mengular pergi tengok wayang macam dulu pun dah tak dapat. Dah agak lama sebenarnya aku tak tengok wayang. Rasa rindu dengan sejuk dingin panggung tu. Dulu, kalau datang mood gila aku, aku pernah pergi tengok wayang sorang-sorang. Aku sekarang sejak belajar dekat sini, dah berubah jadi tak peduli dengan orang sekeliling. Kalau aku nak pergi sorang, aku pergi. I don't care bila orang tengok aku pelik beratur sorang-sorang dan beli tiket wayang. Yang aku tahu, apa yang aku nak buat tu tercapai. Lagipun aku rasa aku tak menyusahkan orang. Tapi pernah juga sekali-sekala mengada-ngada nak keluar berteman dengan kawan-kawan. Mana ada manusia boleh hidup seorang diri atas dunia ni kan.? Ada juga perkara-prkara tertentu dia memerlukan orang sekeliling untuk membantu.

Hari ni last budak-budak pergi sekolah. Best la korang dah cuti awal. Tapi aku rasa, balik kampung awal-awal bulan puasa buat apa juga.? Seminggu lagi nak raya. Bukannya semua orang buat kuih raya pun. Kalau balik nak tidur je baik tak payah. Balik kampung dekat-dekat nak raya baru best. Baru feel nak balik beraya. Baru orang dekat rumah tu rindu dan menanti-nanti kepulangan anakanda ini. Macam lagu raya tu. Ni korang balik awal, buat pe jugak kan.? Tengok juga dalam kalendar tadi, buka sekolah 13hb yer..? Jadi budak-budak sekolah raya 3 hari je la.? Ok la tu kan korang dah cuti awal. Kekekeke...Aku juga mintak cuti lebih lepas raya, sebab nak raya lama-lama dekat rumah. Bukan nak puasa lama-lama. Sebab nanti berbuka makan banyak,sia-sia jadi diet aku.Heee...

Sekian entry jeles dari aku. Salam.

3 comments on "Jeles korang dah balik kampung."

hamzah ian on September 3, 2010 at 3:10 PM said...

oyeah.. gua balik esok..yeahhahahahaha

aisHa 'S' on September 3, 2010 at 3:13 PM said...

ah..ko mmg...
bt pe balik awal2..?
haha..
x aci btul.

Ann on September 5, 2010 at 12:57 AM said...

betul3x
balik dkt raya lg feeling

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez