Wednesday, September 22, 2010

Jangan terburu-buru

Posted by aisHa 'S' at 9/22/2010 12:27:00 PM
Bila ko dah putus cinta dan boleh dikatakan agak merana ko agak-agak ko boleh terima other guy dengan mudah tak..? Kalau ko tau xbf ko tu dah ada perempuan lain, lepas tu dalam masa yang sama ada sorang lelaki berminat untuk couple dengan ko, ko rasa ko terima tak.? Padahal dekat hati ko masa tu masih lagi dipenuhi dengan kenangan antara ko dengan xbf ko dulu. Adakah patut ko beri peluang dengan that guy atau kau terus terang je yang hati ko tu masih lagi pada xbf ko. Tapi lepas ko da terus terang that guy masih lagi sanggup dan nak teruskan juga hubungan dengan ko, apa ko buat.? Terima ke tak.? Hahaha.. Ni cerita yang pernah aku lalui, aku terima lelaki tu, dan aku dah cakap pun aku masih lagi sayang xbf aku tu. So dia cakap tak pe, dia terima dan cuba untuk buatkan aku lupakan si dia. Well, ko belum dapat ko boleh la cakap macam-macam kan, sebab ko rasa ko hebat dan senang-senang nak ubah hati aku. (aku kejam.!!)

Tapi tak lama pun aku kawan dengan boy tu, dalam 2minggu je, dia da start nak complaint pasal aku masih ingat xbf aku tu. So tanpa panjang cerita, on that day juga aku cakap aku tak boleh teruskan dengan dia ni. Sebab tak ada persefahaman dan keserasian. Member-member aku pun tak suka dia. Jadi lepas je sejarah dengan boy tu..Aku langsung tak bagi peluang dekat mana-mana lelaki. Hanya kawan.!

Bila kawan-kawan duk tanya sampai bila nak single, aku pun tak reti nak jawab, sebab pada aku nak start new relation tu kena sedia betul-betul. Kalau ko jumpa je lelaki yang tepat, tak akan ada masalah yang halang, terutama masalah tak dapat lupa xbf tu. Yang tu akan jadi sejarah dengan mudah. Jadi kesimpulannya sekarang ialah, Aku sayang xbf aku lagi. Boleh tak macam tu.? Hehehe.. :D

4 comments on "Jangan terburu-buru"

Mohd Naim on September 22, 2010 at 12:45 PM said...

bolej jer macam tu, kalau belum bersedia, jangan nak cuba2...tak baik main2kan perasaan orang...cuba bayangkan org buat macma tu dekat kita..macam mana??

kawen jer la teruss..senang..huhuhu!!

aisHa 'S' on September 22, 2010 at 1:16 PM said...

masa tu xniat pun nk main2 perasaan sesapa..
kire cuba tuk terima org lain la dlm hidup kn..
tp mngkin die bkn lelaki yg tepat..so tu yg jd cmtu..
sbb tu la dlm masa 2mggu tu terus ckp, sbb da rasa da xde keserasian...
kalu knal lama bru ckp mmg saje nak men2la jwbnye kan..??

Kawen terus..?
blaja pn xabes lg...
xleh kawen lg r..kene tggu keje dlu..

nursarah on September 23, 2010 at 10:51 AM said...

huhu.

bukan senang nak start new relation rite?. soal hati. takleh buat main. kalau mmg kita tak boleh cintakan dia. kenapa nak trima. tak elok tipu diri sendiri. jujur lebih baik.

maybe its matter of time. doa selalu. Allah Maha Mendengar.

aisHa 'S' on September 23, 2010 at 11:08 AM said...

yup...
it's all bout time....
lgpn cinta xperlu la dicari..nnti die akn dtg sendiri bile kite btul2 sedia...
xpyh ssh hati..
:D

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez