Thursday, September 23, 2010

Wahai sang kumbang

Posted by aisHa 'S' at 9/23/2010 04:23:00 PM
Merana kini aku merana kekasih tercinta entah kemana..Sendiri kini ku dibalut sepi, tiada tempat untuk mencurah lagi...Dimana kini entah dimana bunga impian yang indah dimata. Ku rindu tutur sapa mu yang manja saat kau berada disisiku..... Kini tinggallah ku sendiri hanya berteman dengan sepi.Menanti dirimu kembali disini terus ku menanti. Akan ku cuba untuk menanti dirimu kekasih.. Oh bunga....Dimana kini kau berada, jangan biarkan diriku... dalam kesorangan. Oh bunga.... jangan kau gores luka didada sungguh diriku takkan kuasa campakkan kenangan.
Ini yang sedang aku rasa sekarang, start malam tadi la. Bila orang disana sudah mula kurang mesej. Bukan tak mesej langsung., kurang mesej je, ye lah orang ada kelas sampai ke malam. Lepas habis kelas mesej sekeping dua then diam. Mula la aku rasa sunyi. Then mula la aku fikir bukan-bukan. Oh ya, aku lupa, orang disana ada awek baru yang sedang membahagiakan dia, jadi mana nak layan sangat mesej orang disini. So malam tadi aku tekad, tak nak da mesej dia dan tak nak da cerita apa yang aku buat hari-hari. So aku tidur dalam penantian. Sebelum aku tidur aku sempat hantar mesej good night dan mesej perli pada orang disana. Ayat last aku pula ialah..P e r e m p u a n G_D_._.... aku tak tahu la dia baca ke tak part yang tu, tapi aku yakin dia baca, dia cuma balas "Nite" saja. Aku terus tidur. Bangun pagi tadi,siap-siap nak gi kerja, masa nak pergi kerja, aku mesej pada orang disana cakap nak gi kerja da... Aishk..semalam bukan main cakap tak nak mesej. Apa jadi ni. Ntah la....


Mesti ada yang tak faham kenapa hubungan yang sudah bertahun berakhir tu masih buat aku contact dengan dia. Setakat ni, dah berapa orang awek dia yang aku tahu. Tapi aku tetap masih berhubung. Sebenarnya panjang cerita disebalik semua ini. Masa awal-awal aku kenal dia dulu, aku kenal family dia dulu, then barulah aku couple dengan dia. Even sekarang dah bertahun macam ni, hubungan baik dengan family tu tetap tak putus, kalau aku tak pergi beraya rumah family dia, mesti ada yang tanya kenapa tak datang raya.? So pe yang aku boleh buat disini, selagi aku boleh contact dia, selagi ada benda yang menghubungkan kami, aku akan terus macam ni. Aku tetap sayang dia. :D Dari aku berkawan dengan ntah mana-mana lelaki yang tak tahu siapa, baik aku macam ni. Sekurang-kurangnya aku bergantung dengan orang yang betul-betul aku kenal. Bukan yang baru sebulan dua kenal. Memang tak semua lelaki jahat. Tapi, aku lagi percaya dia. Lagi senang begitu. Pasal relationship dia dengan perempuan lain tu, hal lain. Lagipun aku tak nak buat silap yang akan buat aku menyesal satu hari nanti.


Monolog : Dia tahu aku masih tunggu dia. Mungkin belum masanya.

0 comments on "Wahai sang kumbang"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez