Tuesday, September 7, 2010

Homesickness

Posted by aisHa 'S' at 9/07/2010 09:37:00 AM
Takde mood nak kerja. Walau ada task yang dapat, tapi perasaan teruja nak buat kerja tu tak ada. Mata pun mengantuk saja. Tak sabar giler nak balik rumah. Tapi esok kena kerja lagi. Dalam hati ni, da melonjak-lonjak da nak balik.Uwaa...Sabar saja lah. Dah la roomate dekat hostel semua dah balik. Tinggal la aku kesorangan bangun pagi-pagi untuk pergi kerja. Oh, cepatlah hari khamis tiba.Please-please-please...haha... Pagi tadi semasa dalam perjalanan menuju ke stesen LRT Setiawangsa, sempat dengar radio panas tu. Topik diorang pagi ni ialah panik nak dekat raya. So isunya ialah, kecoh pasal isu raya jatuh pada 9hb. Siapa yang buat spekulasi tu aku pun tak tahu. Tapi agak-agak la raya 9hb. Aku pagi tu baru nak balik terengganu kot. Takkan nak suruh beraya dalam bas.? Tapi naluri aku kuat mengatakan, raya jatuh pada hari Jumaat. hehe...tapi ni dah tahun keberapa ya raya jatuh hari jumaat..???

****************
Semalam lepas je balik kerja, terus ke stesen masjid jamek untuk menaiki lrt. Then pergi stesen damai. Ada majlis buka puasa di Dewan Felda Semarak. Mak cik aku lak sampai dalam pukul 6.30ptg. Tapi aku tak pukul 6 da sampai Damai. So sebab tak nak menunggu, aku pergi ke KLCC kejap. Cuci-cuci mata mana tahu ada yang berkenan di hati. Tapi tak banyak choice la. Masuk kedai kasut je. Makhluk bernama manusia pun ramai la juga. Pergi kedai Setan tu, mak ai kasut die banyak juga yang lawa..Harga pun cun jer.. Hanya mampu melihat saja.

Hari ni planningnya nak pergi ke Sogo pula. Nak beli baju raya untuk adik aku. aish.Alang-alang dah janji, kena la beli kan. Tapi dekat sogo ramai juga orang. Malas nak bersesak. Disebab dah terdesak, kena pergi juga. Usha hand bag..Sale banyak gile.. Nasib aku cuma pelajar praktikal. Belum makan gaji lagi, kalau tak..Aish..semua aku nak rembat. Nafsu shopping tak dapat di kawal. Dah dasarnya perempuankan.? :)

Kenali senjata wanita:
Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian
-Kitab Melayu Lama Tajul Muluk


Monolog : Jika mendapat sesuatu berita yang belum tentu kesahihannya. Bawaklah bersabar dan bertenang dahulu. Minta pandangan kawan-kawan. Jangan bertindak melulu, nanti menyesal tak sudah.

3 comments on "Homesickness"

'AQILAH on September 8, 2010 at 9:07 AM said...

malam ni baru ade pengumuman..:D selamat hari raya ..

aisHa 'S' on September 8, 2010 at 9:23 AM said...

itu la..
tp xleh nk tgk pn pengumuman tu..
Selamat hari raya juga.

Abu Mansur on September 9, 2010 at 11:40 AM said...

salam ari raye

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez