Wednesday, September 29, 2010

Gila Bayang 2

Posted by aisHa 'S' at 9/29/2010 02:11:00 AM 5 comments
Sudah aku katakan sebelum ni, perempuan ni, mulut dia tidak seiring dengan hati. Masa awal-awal clash, orang tanya mane bf u.? ko leh cakap la dah mati la and bla-bla-bla.Aku tak nak la mention kat cini ayat tu, nanti takut jadi doa pula. Lepas tu ko cakap la, biarlah, malas dah nak sedih-sedih. Tapi hari ni, tak sampai pun sebulan keluarlah perasaan hati yang sebenar bahawa ko masih rindu dekat dia. Status pertama nak menunjukkan perasaan hati, "Single la sampai bila-bila"..Kawan-kawan akan great ko baik punya, "Sabarlah, saya paham perasaan tu, tak apalah kumbang bukan seekor." Ko rasa happy sebab ko fikir ko ramai kawan-kawan. Tapi mereka hanya akan cakap sekadar itu sajalah. Kawan-kawan yang real, yang betul-betul di samping masa susah senang, kadang-kadang penat dah dengar 'cerita sedih kau dan dia'. Sebab ada kawan-kawan ko yang sedang berpasangan so ada masa dia layan la juga cerita ko dan ada masa dia takde pun fikir sangat perasaan ko tu. Sebab dia tengah happy. Lain la kalo kawan ko pun nga putus cinta juga. So dia akan paham la apa yang nga rasa. Tapi selalunya tak lama, sebab kawan ko mesti akan jumpa pengganti baru. Tapi ko.? masih mengenang cinta dahulu.

Lepas tu ko post status yang ko rindu,sayang dan cinta dia lagi diselitkan dengan soalan tapi awak tak rindu,cinta dan sayang saya dah kan..? Untuk pengetahuan ko, masa ko bertanya macam tu, orang tu tengah bahagia keluar dengan 'awek baru beliau' jadi kalau dia baca pun status ko tu, dia boleh cakap apa..? Aku nga happy ngan awek aku sekarang. Sorry tak dapat terima ko da. Aku dah ada orang yang aku kena jaga sekarang. So take care.! Aku anggap ko kawan je sekarang ni. Rasa kejam kan bila si dia cakap macam tu, well ko nak dia cakap macam mana lagi..? Sebab orang tengah bahagia, tengah happy, tengah mabuk cinta, mana die peduli ko rindu dia ke apa kan. Kalau ko mesej dia pun, kadang-kadang dia layan la, ye lah nak jaga hati. Tak nak la kejam sangat. Tapi sampai bila ko harap dia akan layan mesej ko.?

Last but not least, ko pun post status,"Saya bahagia tengok awak happy dengan dia, jaga dia elok-elok ye, saya tumpang gembira bila awak bahagia. Awak dah lupakan saya kan.?" Macam biasa kawan-kawan ko akan bagi support la, ko pun rasa happy sebab ada yang menyokong. Dan bila dia baca dia akan rasa. "I Win.!! Aku hebat...." So si gadis akan sentiasa menangis pabila malam, merindu pabila siang, berterusan, sampai..???

Kalau ko tunjuk yang ko tak boleh hidup tanpa dia, kalo ko tunjuk yang ko masih sayang dia sedangkan ko tahu dia dah ada awek lain, sedangkan dalam hati ko, berniat agar dia kembali pada ko semula... Ko SILAP.!!! Dia takkan kembali pada ko, at least buat masa ni memang dia tak ingat pun dekat ko. Sebab dia ada orang lain yang sedang buat dia happy. So kalo ko sanggup tunggu, ko tunggu la dia kembali pada ko. Tu pun kalau dia tu nak lagi. Ntah-ntah lepas awek yang baru ni, ada awek lain pula.So ko nak tunggu lagi, ko tunggu je la. Agak-agak dah penat kan. Sampai bila nak macam ni.? Aku cuma nak cakap, ko cari lah kawan ramai-ramai, mana tau ada yang serasi. Masa tu, semua yang ko post di atas ko akan delete.!
Ko cuma perlu orang untuk support ko, sentiasa dengan ko, dengar cerita ko, sebulan dua orang layan lagi, kalo dah bertahun asyik cerita yang sama, orang pun dah menyampah.

Sekian.

Friday, September 24, 2010

k e m a l a s a n

Posted by aisHa 'S' at 9/24/2010 03:13:00 PM 0 comments
Kerja sekarang ni tak berapa nak bersemangat. Tak tahu kenapa, ada kerja tapi sambil lewa je, sambil main-main. Tak bersungguh-sungguh. Oh makin nak habis praktikal makin malas. Sebenarnya aku tak nak malas macam ni, tapi ada saja halangan yang tak kena.
Sejak dua tiga hari ni duk main berbalas emel dengan member aku. Ym xleh guna, Fb pun takleh buka. Jadi kalau nk contact memang kena emel la. Takkan nak berbalas mesej kot nak sembang-sembang kosong. Hari ni buat kerja sengal main soal jawab teka teki.

Soalan 1) Dua ekor cicak sedang berlawan, cuba teka mane menang, A ke B...?
Aku tak tahu jawapan da search tapi tak jupa.

Aku bagi soalan pula kat member aku ni. Apakah masa kecik dia hitam bila besar dia putih. Soalan aku jahat. Hehehe


Monolog : Dalam hidup kita sehari-hari, apa yang penting ialah niat di hati. Aku pernah terdetik sedikit niat jahat dekat orang yang aku tak kenali. Tapi aku tak buat apa pun. Cuma berangan kalau aku buat jahat ni jadi macam mana, alih-alih aku yang kena balik. Lepas tu terus insaf. Jangan nak jadi jahat.

Thursday, September 23, 2010

Wahai sang kumbang

Posted by aisHa 'S' at 9/23/2010 04:23:00 PM 0 comments
Merana kini aku merana kekasih tercinta entah kemana..Sendiri kini ku dibalut sepi, tiada tempat untuk mencurah lagi...Dimana kini entah dimana bunga impian yang indah dimata. Ku rindu tutur sapa mu yang manja saat kau berada disisiku..... Kini tinggallah ku sendiri hanya berteman dengan sepi.Menanti dirimu kembali disini terus ku menanti. Akan ku cuba untuk menanti dirimu kekasih.. Oh bunga....Dimana kini kau berada, jangan biarkan diriku... dalam kesorangan. Oh bunga.... jangan kau gores luka didada sungguh diriku takkan kuasa campakkan kenangan.
Ini yang sedang aku rasa sekarang, start malam tadi la. Bila orang disana sudah mula kurang mesej. Bukan tak mesej langsung., kurang mesej je, ye lah orang ada kelas sampai ke malam. Lepas habis kelas mesej sekeping dua then diam. Mula la aku rasa sunyi. Then mula la aku fikir bukan-bukan. Oh ya, aku lupa, orang disana ada awek baru yang sedang membahagiakan dia, jadi mana nak layan sangat mesej orang disini. So malam tadi aku tekad, tak nak da mesej dia dan tak nak da cerita apa yang aku buat hari-hari. So aku tidur dalam penantian. Sebelum aku tidur aku sempat hantar mesej good night dan mesej perli pada orang disana. Ayat last aku pula ialah..P e r e m p u a n G_D_._.... aku tak tahu la dia baca ke tak part yang tu, tapi aku yakin dia baca, dia cuma balas "Nite" saja. Aku terus tidur. Bangun pagi tadi,siap-siap nak gi kerja, masa nak pergi kerja, aku mesej pada orang disana cakap nak gi kerja da... Aishk..semalam bukan main cakap tak nak mesej. Apa jadi ni. Ntah la....


Mesti ada yang tak faham kenapa hubungan yang sudah bertahun berakhir tu masih buat aku contact dengan dia. Setakat ni, dah berapa orang awek dia yang aku tahu. Tapi aku tetap masih berhubung. Sebenarnya panjang cerita disebalik semua ini. Masa awal-awal aku kenal dia dulu, aku kenal family dia dulu, then barulah aku couple dengan dia. Even sekarang dah bertahun macam ni, hubungan baik dengan family tu tetap tak putus, kalau aku tak pergi beraya rumah family dia, mesti ada yang tanya kenapa tak datang raya.? So pe yang aku boleh buat disini, selagi aku boleh contact dia, selagi ada benda yang menghubungkan kami, aku akan terus macam ni. Aku tetap sayang dia. :D Dari aku berkawan dengan ntah mana-mana lelaki yang tak tahu siapa, baik aku macam ni. Sekurang-kurangnya aku bergantung dengan orang yang betul-betul aku kenal. Bukan yang baru sebulan dua kenal. Memang tak semua lelaki jahat. Tapi, aku lagi percaya dia. Lagi senang begitu. Pasal relationship dia dengan perempuan lain tu, hal lain. Lagipun aku tak nak buat silap yang akan buat aku menyesal satu hari nanti.


Monolog : Dia tahu aku masih tunggu dia. Mungkin belum masanya.

Wednesday, September 22, 2010

Jangan terburu-buru

Posted by aisHa 'S' at 9/22/2010 12:27:00 PM 4 comments
Bila ko dah putus cinta dan boleh dikatakan agak merana ko agak-agak ko boleh terima other guy dengan mudah tak..? Kalau ko tau xbf ko tu dah ada perempuan lain, lepas tu dalam masa yang sama ada sorang lelaki berminat untuk couple dengan ko, ko rasa ko terima tak.? Padahal dekat hati ko masa tu masih lagi dipenuhi dengan kenangan antara ko dengan xbf ko dulu. Adakah patut ko beri peluang dengan that guy atau kau terus terang je yang hati ko tu masih lagi pada xbf ko. Tapi lepas ko da terus terang that guy masih lagi sanggup dan nak teruskan juga hubungan dengan ko, apa ko buat.? Terima ke tak.? Hahaha.. Ni cerita yang pernah aku lalui, aku terima lelaki tu, dan aku dah cakap pun aku masih lagi sayang xbf aku tu. So dia cakap tak pe, dia terima dan cuba untuk buatkan aku lupakan si dia. Well, ko belum dapat ko boleh la cakap macam-macam kan, sebab ko rasa ko hebat dan senang-senang nak ubah hati aku. (aku kejam.!!)

Tapi tak lama pun aku kawan dengan boy tu, dalam 2minggu je, dia da start nak complaint pasal aku masih ingat xbf aku tu. So tanpa panjang cerita, on that day juga aku cakap aku tak boleh teruskan dengan dia ni. Sebab tak ada persefahaman dan keserasian. Member-member aku pun tak suka dia. Jadi lepas je sejarah dengan boy tu..Aku langsung tak bagi peluang dekat mana-mana lelaki. Hanya kawan.!

Bila kawan-kawan duk tanya sampai bila nak single, aku pun tak reti nak jawab, sebab pada aku nak start new relation tu kena sedia betul-betul. Kalau ko jumpa je lelaki yang tepat, tak akan ada masalah yang halang, terutama masalah tak dapat lupa xbf tu. Yang tu akan jadi sejarah dengan mudah. Jadi kesimpulannya sekarang ialah, Aku sayang xbf aku lagi. Boleh tak macam tu.? Hehehe.. :D

Tuesday, September 21, 2010

Gila Bayang

Posted by aisHa 'S' at 9/21/2010 12:08:00 PM 9 comments
Bila perempuan putus cinta..Dia akan kutuk-kutuk lelaki tu. Padahal lelaki tu la yg die sayang sebelum ni. Tapi sebab nak puaskan hati ko yang sakit tu, ko kutuk la die kan..??

Dan perempuan yang jadi bekas kekasih pulak akan kutuk gurl yang baru kapel ngn xbf ko tu. Perempuan tu gedik la, jelik la, mengada-ngada la, perasan lawa la(padahal memang lawa pun) macam ko semuanya perfect, kalau perfect asal ko pun kena tinggal juga.? Pastu mula tak sedar diri. Bercerita dengan orang macam ko ni bagus dari semua segi. Hey tolonglah nurul aishah. Wake Up.!!! Sedar tak yang anda tu sebenarnya telah ditinggalkan dan diduakan oleh dia.? Jadi mengapa rasa diri ko bagus lagi sedangkan ko pun tergolong dalam golongan orang yang pernah gagal.?

Sekian,
Sesi muhasabah diri. Peringatan untuk diri sendiri agar jangan terlalu memandang rendah pada orang lain. Dan jangan terlalu menganggap diri anda tu hebat dari orang. Terima Kasih. Ngee. :D

Monday, September 20, 2010

Kemalasan

Posted by aisHa 'S' at 9/20/2010 11:40:00 AM 3 comments
Hari ni mood malas nak buat kerja.
Boleh tak kalau tak nak buat kerja.?
Asal aku start nak buat kerja, semua benda rasa tak kena.
Macam ni lah keadaannya bila hari isnin. Cuba kalau hari jumaat, rasa macam tak cukup masa jer.Hee










Sengal...!
Padahal entry kat bawah ni baru cakap pasal nak mintak kerja kat sini.

Going the Distance dan 4 Madu

Posted by aisHa 'S' at 9/20/2010 09:44:00 AM 2 comments
Wah isnin sudah kembali.. Sabtu lepas, aku pergi ke mid valley..berjalan-jalan seorang diri sebab tak nak berkurung dalan bilik. Sampai dekat mid terus beli tiket wayang, Cerita Going the Distance, cerita pasal cinta jarak jauh la. Macam sesuai la dengan aku ni. Haha. Cerita tu best, tapi sesuai untuk tontonan 18tahun ke atas je la. Berkisar tentang masalah dan halangan yang dihadapi oleh pasangan yang couple duduk jauh-jauh yang nak jumpa pun susah. Lepas tu kena berkorban duit banyak. Biasa la tu kan. Tapi tak bestnya aku layan cerita ni sesorang. Duduk pulak sebelah pasangan couple ni. Mesti ada sedikit rasa cemburu disitu, sebab tak ada teman bergelak sama-sama. Semalam pergi mid lagi, hehe,macam biasa pergi jalan kaki je, mid dengan hostel aku,dalam 15minit berjalan da sampai dah, berjanji dengan cik A untuk menonton wayang bersama-sama. Aku beli cerita 4 madu pula. Sesuai la untuk tontonan cik A kan.???? Tapi madu aku sekarang ada dua baru, kira satu lagi kosong. Sape nak jadi madu aku cepat isi borang..hehe. Kira aku beli cerita ini untuk perli cik A juga. Tak tahu la kalau dia perasan atau tak. Tapi semalam housemate cik A pun tengok cerita ni sama dalam panggung yang sama. Sahabat-sahabat beliau juga cakap cerita ni sesuai untuk beliau. Tapi macam biasa, ada beliau kisah.? Cerita 4madu tak boring, bolej dilayan la. Biasalah cerita apek, ada la lawak-lawak yang diselitkan. Tapi yang tak bestnya ada fasha Sandha. Berlakon jadi orang buta. Jadi wife no 2 lak tu. Hek eleh, asal berlakon je jadi baik.. Tak pepasal aku tak suka dia. :)
So kiranya weekend pertama lepas raya ni agak terisi dan menghabiskan duit juga la. Weekend depan tak tahu pula apa aktivitinya. Tempoh praktikal aku dekat sini pun ada lagi sebulan lebih jer. Ala... cepatnya masa berlalu. Sayang nak tinggal tempat ni. Dan kalau boleh tak nak tinggalkan tempat ni. Nak terus stay kat sini. Bila erk aku nak mohon kerja kat cini. Agak-agak dapat ke tak.?




Monolog : Penat mempertikaikan tentang kamu dan perempuan. Ah perempuan Gedik.! I don't like her. Buat-buat batuk konon.. Benci.!!! Jangan sampai satu tahap saya tidak lagi peduli tentang kamu.

Friday, September 17, 2010

Mimpi kamu lagi

Posted by aisHa 'S' at 9/17/2010 03:35:00 PM 2 comments
Malam tadi aku bermimpi ketemu sama kamu. Dalam mimpi itu, kamu memberikan aku satu kad yang tertulis 'Khas buat kamu'. Aku terima dengan senang hati. Sungguh aku tak sangka, kamu mula menghargai pemberianku dan memberi kad sebagai balasan. Ku buka lalu mebaca isi kandungan kad itu yang penuh puitis dan bunga-bunga cinta. Hatiku berunga, rasa seolah-olah akulah insan paling bahagia saat itu, seperti ingin ku khabarkan pada seluruh alam tentang perasaanku. Kamu hanya tersenyum. Saat itu hati penuh dengan perasaan cinta dan sungguh, aku sangat tidak percaya kamu mula menerima diri ini kembali, menyayangi diri ini sepenuhnya seperti suatu masa dahulu....

Pengakhiran mimpi itu, aku tidak tahu apa yang berlaku, biasalah, tidur dalam bas sering terganggu, dan saat indah itu cuma dapat aku rasakan di alam mimpi. Realitinya....tak siapa yang tahu betapa aku inginkan kamu.


Monolog : Saat indah bersama kamu, rasa bahagia bila bersama kamu. Bila agaknya aku dapat melihat kembali rasa bahagia bila kamu bersama aku. Perasaan sayang kamu pada aku. Perasaan cinta yang pernah ku dapat dahulu...

Kerja oh kerja

Posted by aisHa 'S' at 9/17/2010 11:54:00 AM 0 comments
Hampir seminggu berada di rumah..dengan berat hatinya semalam aku da datang ke kl.. so sekarang sedang lemangut di meja ofis. Tapi tak dapat buat kerja sbeab kena change tempat pulak. Adoyai..Pukul 5.35pagi tadi aku dah sampai di hentian putra. Turun je bas terus naik teksi kena tambang RM15. Malas nak banyak songeh, sebab awal pagi mane nak cari teksi murah. Sambung tidur balik.Bangun pagi tadi...Hujan lebat, waaarghhh..malasnye nk kerja... Tapi kena gak gi kerja... Sekarang da kt ofis..Takde kerja dapat buat.Hehe...


Jejalan merayap jumpa user di level lain. Temankan membaer pergi ambik laptop untuk di configure jer..Lepas tu naik satu lift dengan staff lelaki.. Asal staff SD sume hensem-hensem and muda-muda weh..Wakakaka...

Wednesday, September 8, 2010

Hari-hari terakhir sebelum raya

Posted by aisHa 'S' at 9/08/2010 11:16:00 AM 2 comments
Dalam tak sabar menunggu nak balik kampung. Akhirnya hari ni dah hari terakhir kerja sebelum cuti raya. Weee...Tak sabar nak menjejakkan kaki ke rumah. Nak merasa suasana menjelang hari raya. Aish..Tak dapat nak bayangkan perasaan tu. Ahh..Malas nk ugkap macam mana.
Hari ni my besties mesej, cakap dia balik terengganu hari ni, aku dah mula rasa,Uwaa. Lepas sorang-sorang tinggalkan aku disini. Ceh, padahal aku pun da nak balik pun esok. Tapi tetiba aku dapat idea sengal on the spot. Aku ingat nak menumpang member aku ni balik ngan abang die. Tiket bas burn pun tak kisah. Yang penting aku tak tidur sorang-sorang malam ni. Aci dop gitu.? Harap-harap planning on the spot ni menjadi la yer.. :P











Balik kampung...!!!!

Tuesday, September 7, 2010

Homesickness

Posted by aisHa 'S' at 9/07/2010 09:37:00 AM 3 comments
Takde mood nak kerja. Walau ada task yang dapat, tapi perasaan teruja nak buat kerja tu tak ada. Mata pun mengantuk saja. Tak sabar giler nak balik rumah. Tapi esok kena kerja lagi. Dalam hati ni, da melonjak-lonjak da nak balik.Uwaa...Sabar saja lah. Dah la roomate dekat hostel semua dah balik. Tinggal la aku kesorangan bangun pagi-pagi untuk pergi kerja. Oh, cepatlah hari khamis tiba.Please-please-please...haha... Pagi tadi semasa dalam perjalanan menuju ke stesen LRT Setiawangsa, sempat dengar radio panas tu. Topik diorang pagi ni ialah panik nak dekat raya. So isunya ialah, kecoh pasal isu raya jatuh pada 9hb. Siapa yang buat spekulasi tu aku pun tak tahu. Tapi agak-agak la raya 9hb. Aku pagi tu baru nak balik terengganu kot. Takkan nak suruh beraya dalam bas.? Tapi naluri aku kuat mengatakan, raya jatuh pada hari Jumaat. hehe...tapi ni dah tahun keberapa ya raya jatuh hari jumaat..???

****************
Semalam lepas je balik kerja, terus ke stesen masjid jamek untuk menaiki lrt. Then pergi stesen damai. Ada majlis buka puasa di Dewan Felda Semarak. Mak cik aku lak sampai dalam pukul 6.30ptg. Tapi aku tak pukul 6 da sampai Damai. So sebab tak nak menunggu, aku pergi ke KLCC kejap. Cuci-cuci mata mana tahu ada yang berkenan di hati. Tapi tak banyak choice la. Masuk kedai kasut je. Makhluk bernama manusia pun ramai la juga. Pergi kedai Setan tu, mak ai kasut die banyak juga yang lawa..Harga pun cun jer.. Hanya mampu melihat saja.

Hari ni planningnya nak pergi ke Sogo pula. Nak beli baju raya untuk adik aku. aish.Alang-alang dah janji, kena la beli kan. Tapi dekat sogo ramai juga orang. Malas nak bersesak. Disebab dah terdesak, kena pergi juga. Usha hand bag..Sale banyak gile.. Nasib aku cuma pelajar praktikal. Belum makan gaji lagi, kalau tak..Aish..semua aku nak rembat. Nafsu shopping tak dapat di kawal. Dah dasarnya perempuankan.? :)

Kenali senjata wanita:
Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian
-Kitab Melayu Lama Tajul Muluk


Monolog : Jika mendapat sesuatu berita yang belum tentu kesahihannya. Bawaklah bersabar dan bertenang dahulu. Minta pandangan kawan-kawan. Jangan bertindak melulu, nanti menyesal tak sudah.

Monday, September 6, 2010

It's a bad feeling.

Posted by aisHa 'S' at 9/06/2010 09:02:00 AM 0 comments
Hari ni takde mood untuk bekerja.Pagi-pagi macam ni pun dah rasa macam bosan giler. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab hari isnin, tak pun sebab dah dekat nak raya. Jiwa kacau sangat. Sampai bila ntah nak rasa macam ni.!!

Sedang kita bergembira, kadang-kala ada hati yang terluka. Sedang kita berbahagia, disebaliknya ada hati sedang menangis. Kita tak peduli semua itu, sebab yang penting kita merasa kegembiraan dan kebahagiaan itu. Tapi bila kita pula yang terluka dan bersedih kita akan merasakan kita la manusia yang paling malang. Terus lupa pada kegembiraan yang pernah kita rasai sebelumnya. Sebanyak mana yang kita pernah dapat. Sebanyak itu lah yang kita perlu bayar kembali.

Selagi kita tak merasa diri kita bahagia, kita takkan bahagia.


Monolog : Aku yang terleka. Kemudian rasa itu kembali semula. Sampai bila harus menelan kepahitan itu.? Dalam sehari, banyak perubahan yang berlaku. Mengapa menyinta andainya tak setia.? Tak usahlah bercinta jika hanya berpura.!

Sunday, September 5, 2010

Oh Ayah... T__T

Posted by aisHa 'S' at 9/05/2010 12:28:00 AM 0 comments

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan darianak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Friday, September 3, 2010

Jeles korang dah balik kampung.

Posted by aisHa 'S' at 9/03/2010 02:11:00 PM 3 comments
[Gambar boifren kena letak. Ni die dengan awek mane ntah.Jeles aku.!]

Rabu lepas sepatutnya aku pergi berbuka puasa dengan seorang sahabat blog. Sepatutnya jumpa beliau la bersama seorang teman aku. Tapi tak jadi. So kepada "En.K" aku mintak maaf tak dapat hadir. Sahabat aku tu pun tak sihat, dia balik awal ke hostel. Jadinya aku pun tunda tapi tak tahu kepada bila dan tak tahu dapat jumpa ke tak. Bukan apa, takut cik A tiba-tiba datang mood mengongkong, takkan dia benarkan aku nak pergi. Sekarang ni boleh la dia cakap, "Kalau nak pergi, pergi je la." Lepas ni kalau dia banyak tanya dan tak bagi pergi, maunya perang besar pula. Tak kira la alasan apa aku bagi nanti. Hee...

Sebenarnya aku agak cemburu sekarang ni, dengan kawan-kawan yang da cuti semester dan dah balik raya. Siyesly, aku jeles.!!! Mana aci cuti awal pastu 2 minggu lak cuti. Aku ni dah la cuti 9hb. 16hb da datang sini balik untuk bekerja. Untung la siapa yang tak kena praktikal semester ini. Kalau tak memang jadi macam aku la. cuti sekejap je. Nak ponteng pun tak boleh. Nak mengular pergi tengok wayang macam dulu pun dah tak dapat. Dah agak lama sebenarnya aku tak tengok wayang. Rasa rindu dengan sejuk dingin panggung tu. Dulu, kalau datang mood gila aku, aku pernah pergi tengok wayang sorang-sorang. Aku sekarang sejak belajar dekat sini, dah berubah jadi tak peduli dengan orang sekeliling. Kalau aku nak pergi sorang, aku pergi. I don't care bila orang tengok aku pelik beratur sorang-sorang dan beli tiket wayang. Yang aku tahu, apa yang aku nak buat tu tercapai. Lagipun aku rasa aku tak menyusahkan orang. Tapi pernah juga sekali-sekala mengada-ngada nak keluar berteman dengan kawan-kawan. Mana ada manusia boleh hidup seorang diri atas dunia ni kan.? Ada juga perkara-prkara tertentu dia memerlukan orang sekeliling untuk membantu.

Hari ni last budak-budak pergi sekolah. Best la korang dah cuti awal. Tapi aku rasa, balik kampung awal-awal bulan puasa buat apa juga.? Seminggu lagi nak raya. Bukannya semua orang buat kuih raya pun. Kalau balik nak tidur je baik tak payah. Balik kampung dekat-dekat nak raya baru best. Baru feel nak balik beraya. Baru orang dekat rumah tu rindu dan menanti-nanti kepulangan anakanda ini. Macam lagu raya tu. Ni korang balik awal, buat pe jugak kan.? Tengok juga dalam kalendar tadi, buka sekolah 13hb yer..? Jadi budak-budak sekolah raya 3 hari je la.? Ok la tu kan korang dah cuti awal. Kekekeke...Aku juga mintak cuti lebih lepas raya, sebab nak raya lama-lama dekat rumah. Bukan nak puasa lama-lama. Sebab nanti berbuka makan banyak,sia-sia jadi diet aku.Heee...

Sekian entry jeles dari aku. Salam.

Wednesday, September 1, 2010

Adik oh adik

Posted by aisHa 'S' at 9/01/2010 02:19:00 PM 4 comments
Pukul 12:30 minit tengah hari. Masa tengah IM dengan user. Mata aku tertutup rapat. Adoyai..Semalam tidur pukul 2. Sebab belajar bahasa french. Cuba-cuba menulis kad raya dalam bahasa french. Disebabkan dunia dah canggih, search ayat yang sesuai untuk buat kad raya dan translate je dengan google translate. Tak jadi masalah. Hee..Tapi sampai ke pukul 2 jugak la buat ayat untuk kad tu.

Akibatnya hari ni, bila dah mata mengantuk tahap macam tu, tak ada jalan lain, 12:30 pergi surau. Tidur sampai pukul 1:30ptg. Dalam surau yang sejuk tu aku boleh lena. Hehe..Itu pun terjaga dari tidur sebab dapat mesej dari adik aku yang bongsu.
Adik : "Semoga cepat tua dan dikedutkan muka.Haha"
Kurang asam.!
Aku: Sengal.
Adik : "Nak apa.?"
Blushing here..
Aku : Nak bagi apa..?? :)
Adik : Ingat nak bagi biskut gula je. Ke ada nak pape lagi.?
Aku: Biskut gula buat pe.?Haha..Xtau nak apa. (Blank sebab aku memang tak tahu nak hadiah apa...)
Adik: Urm..., Nanti balik la bagi erk...Tukar ngan baju raya..huhu
Ceit, main tukar-tukar plak..Baju raya dia pun aku tak beli lagi..lalalala
Aku:Haha okay.
Adik : Wish me luck..Exam petang ni..Hehe..K bYe..
Aku : Wah ok2...Good luck. All de best.!!
Gile skema ayat mesej dengan adik. Pehal ntah, baru bangun tido kot. Otak tengah beku sebab sejuk.
Nak exam pun sempat mesej aku lagi. :-) All the best to you bro..Tahun ni die PMR... Bila dia balik rumah,selalu kena bebel ngan aku, sebab asyik men game je. ishk.. Pe nak jadi la budak-budak ni. Tapi kalo kakak aku lak nasihat kat aku, "Belajar molek, jangan asyik men FB jer"..*huhu..lagi teruk.Ceit :p

_______________
Imbas kembali :
Teringat peristiwa awal tahun hari tu, aku temankan adik aku yang ni pergi beli hadiah untuk awek die.Siap cadangkan beli apa lagi. Lepas tu, siap jadi driver pergi pejabat pos lagi nak pos hadiah, Biasalah.Aku kan pakar bab-bab pos hadiah ni. Dulu pun macam tu juga. :D Konon-konon sporting. Lepas tu bila die tanye aku, "awek die ok tak.?" Aku cakap "Tak cun.. Wakaka".. Terus dia jawab, "memang tak nak yang cun pun, baru takde orang nak ngorat" sambil buat muka sedih.! Aku pun dah macam,hurm... apa la budak-budak sekarang ni, dah fikir benda-benda cmni. Aku dulu form 3 tak main cintan-cintun ni. Tengah sepak terajang dengan lelaki lagi. Dulu lelaki adalah musuh aku.. Time sekolah agama la. Al-maklumlah tomboy.Hehee. Masuk sekolah teknik majoriti lelaki. Sampaikan bestfren aku pun lelaki. Tempat aku share problem. Tempat aku cakap sal pakwe. Kawan perempuan pun ramai.Tapi kawan dalam kelas ialah lelaki, sebab perempuan ada 5orang je. ^__^

September menjelma

Posted by aisHa 'S' at 9/01/2010 10:29:00 AM 6 comments

Hari ni dah 1 september..Hari kedua setelah berumur 23tahun. Hari ke 244 pada tahun 2010. Dan tinggal lagi 121 hari untuk berada di tahun 2010. Lepas tu 'new year' again. Haha. Giler sengal main kire-kire macam ni.

Ok la, bukan nak cerita pasal hari ni pun, cuma nak cerita pasal hari semalam yang konon dan sepatutnya menjadi hari yang terindah dalam hidup aku untuk tahun ini. APa da..Semuanya konon ok..Setiap perancangan tu tak semestinya berjalan lancar. Aku berimpikan semalam adalah hari untuk keluar shopping. Tapi semalam adalah hari untuk terbungkam atas katil lagi. Bak kata pepatah, ku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya guruh dan kilat di waktu petang. Ya, itulah yang tejadi semalam. Tak salahkan hujan, tak kecewa sebab hujan sebab aku cuba ambik dari sudut positif. Lain kali boleh jumpa lagi. Takkan lari Mid Valley yang dikejar. Semalam celebrate birthday di FB jer..chatting dengan kawan-kawan dan reply birthday wishes dari semua. Terima kasih sebab wish.Terharu..Sob-sob-sob..Lalala...


*******
Hari ni datang kerja lambat lagi. Sebabnya, bangun je tidur pagi tadi terus online. Apekajadahnya pun tak tahu la.Sempat jadi stalker jap. Datang kerja dengan mata bengkak,kepala pening, lepas tu kena pula contact user. Tapi, syukurlah dapat solve problem user dengan baik. Harap mood kerja pun baik-baik aja.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez