Monday, December 21, 2009

Madah unTukku.!

Posted by aisHa 'S' at 12/21/2009 08:32:00 PM 0 comments

CINTA mengajar kita erti setia.. dan andai ada setia itu CINTA itu bagaikan terlalu agung dirasakan dan terkadang bila kita cuba untuk mencari cinta lain, tapi jika setia itu masih ada pada cinta lama, hati kita tetap tidak tenang untuk menerima cinta baru walaupun berjuta kali kita cuba menafikan walaupun begitu lama bersembunyi di sebalik perasaan hati kita tidak mampu berbohong bahawa kita masih setia pada cinta itu....

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Menyintai bukan bererti memiliki,Memiliki bukan bermakna menakluki.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri


~>kHas untuk AKU.!


Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

JANGAN sesekali mengucapkan SELAMAT TINGGAL,
jika kamu masih mahu mencuba.
JANGAN sesekali mengatakan kamu TIDAK MENCINTAI,
jika kamu masih tidak dapat MELUPAKAN.!

* Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai & dicintai, itu hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa berarti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu utk beramal, itu adalah kunci utk menuju surga
Gunakah waktu sebaik mungkin, karena waktu tidak akan bisa diputar kembali (by M-ir)

Sunday, December 13, 2009

Sahabat

Posted by aisHa 'S' at 12/13/2009 11:17:00 AM 0 comments
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian. Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka. Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya, kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan. Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.

Termenung sejenak bila membaca kata-kata ini, lalu aku berfikir bila perlu aku bersendirian dan bila perlu aku bersama teman. Dan fahamlah aku kini tentang persoalan selama ini kenapa aku suka bersendiri. Jika aku rasa bersendirian itu lebih baik maka, aku memilih untuk sendiri. Di suatu sudut dalam hati, aku juga ingin teman-teman disekeliling menegur aku, sebab sebagai manusia aku tidak lari dari sikap lalai dan alpa. Tapi tolong lah jangan cakap belakang, sebab aku tidak akan berubah selagi anda tidak menegur. Entahlah.


Quote hari ini:- Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Friday, December 11, 2009

Personality Plus.

Posted by aisHa 'S' at 12/11/2009 08:56:00 PM 2 comments
Tadi aku blog walking jap. Baca-baca blog orang lepas tu aku terjumpa cerita tentang personality..
So aku try jawab dan ini adalah result die..
Huhu...



Personality Plus
Your Result: Sanguine
 

Sanguine - the extrovert, the talker, and the optimist. To view further information about the Sanguine personality type, visit personalityplus.awardspace.info

Phlegmatic
 
Melancholy
 
Choleric
 
Personality Plus
Quiz Created on GoToQuiz







PErsonaliti aku:-

>> sanguine - ini ialah orang yang sambil lewa, suka mahu main-main aja. Tak serius dalam perkara yang dilakukan, buat perkara separuh jalan, mudah bergaul dengan orang, sentiasa mencari jalan yang lebih seronok untuk melakukan sesuatu perkara.


Adoi la...
"People can change".Hehe..Statement tak boleh belah dari aku.

Quote hari ini.
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille "

Wednesday, December 9, 2009

Pedih di ulu hati..

Posted by aisHa 'S' at 12/09/2009 12:51:00 PM 4 comments
Memang tak boleh blah..
Perasaan yang dipendam kemudian diluah dengan tangisan yang mengisi ruang kosong kamar kecil. Sedang aku bergembira tiba-tiba aku menangis mengenangkan diri ini yang tak tahu mana arah tuju... Menanti pada yang tak sudi.!!!



http://www.emocutez.com

Sunday, November 1, 2009

Final Exam Sesi Julai 2009

Posted by aisHa 'S' at 11/01/2009 09:01:00 AM 1 comments
Salam semua.

Sepertimana yang sudah seia maklum, buat semua kawan-kawan UniKL dan kawan-kawan ku yang lain, Bestfren semua, hehe.. Good luck 4 our final Exam..


>>._.·´¯`» KawaN-KawaN «´ ¯`·._.<<
♫ ılıll ̲̅̅●̲̅̅ ̲̅̅ Gud LUCK ̲̅̅ ̲̅̅●̲̅̅ llılı ♫
______ for ur final exam!________


ikhlas dari ;
Nurul Aishah Mohamad
.





(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.

Credit to:- Nur Mursyid.


p/s:-

Man jadda wajada, wa man zara3a hasoda.

Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.

Sesiapa yang menanam tuailah hasilnya.

Tuesday, October 27, 2009

UniKL-MIIT anjur pertandingan perniagaan guna IT

Posted by aisHa 'S' at 10/27/2009 12:21:00 PM 0 comments

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

UNIVERSITI Kuala Lumpur -Malaysian Institute of Information Technology (UniKL-MIIT) akan menganjurkan pertandingan penyelesaian masalah perniagaan menggunakan teknologi maklumat (IT), mulai 2 hingga 5 Disember depan.

Program tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai UniKL- MIIT Aries Malaysia Business IT Case Challenge 2009 disertai 16 pasukan institusi pengajian tinggi tempatan dan sekitar Asia Tenggara.

Presiden program itu, Mohd Amin Mohamad Arip, berkata pertandingan itu akan diadakan di beberapa tempat, termasuk Hotel Equatorial, Kelab The Shrime, kampus utama UniKL serta Genting International Convention Centre.


Pertandingan itu, katanya, antara lain bertujuan mempertemukan pelajar berbakat dalam bidang IT dengan syarikat serta agensi IT terkemuka seperti MIcrosoft, Cisco System Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Multimedia sebagai juri.

“Idea penganjuran ini timbul apabila kami membuat lawatan ke Singapore Management University April lalu yang menganjurkan pertandingan berkenaan. Di Malaysia, ini adalah penganjuran pertama.

“Daripada 16 pasukan, peserta dibahagikan empat kumpulan dan dikuarantin 24 jam di tempat berasingan bersama permasalahan perniagaan sebenar yang memerlukan penggunaan IT sebelum membuat pembentangan esoknya,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Mohd Amin berkata, pemenang utama pertandingan itu akan menerima pelbagai hadiah bernilai kira-kira RM15,000 termasuk komputer riba, Play Station 3 dan pakej percutian di pulau sekitar Malaysia, selain trofi dan sijil penyertaan.

Katanya, penyertaan masih dibuka sehingga 10 November ini dan keterangan lanjut, hubungi Pengarah Urusan Aries Malaysia 2009, Abdul Hadi Mohamad (013-2457079), Muhamad Fazaizul Razali (03-21754000 sambungan 5137), layari laman web:www.ariesmalaysia.com atau e-mel: ariesmalaysia@miit.unikl.edu.my.


Credit to Berita Harian.






p/s:- Tak sabar untuk program ini pula. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin. Good Luck to All.

Sunday, October 25, 2009

Misteri Bunga Bakawali

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2009 09:23:00 PM 2 comments
HAH..!!!
Sebelum anda-anda-anda semua baca,
Klik ni dulu. -->> !!!

Dah klik..? Terima kasih. Moga kite sama-sama menderma yer.







Tadi aku tengah downdload lagu elly mazlin. Ada satu lagu tu tajuk dia Bungaku Bakawali, terus aku tanya roomate aku macam mana rupa bunga bakawali ni, search kat google aku terjumpa pulak dengan misteri Bunga bakawali di blog ini.hehe..Jom kita sharing yer.. Credit untuk tuan punye wordpress yer.saya copy tak mintak izin ni.

p/s:- teringat pula dekat burung Rajawali.huhu...


Pokok Bunga Bakawali dikenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang.

Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.

EVENTS: Test your business and IT skills

Posted by aisHa 'S' at 10/25/2009 02:53:00 AM 0 comments

IF you want a different view of the working world as opposed to a normal internship programme, then the ARIES Malaysia Business IT Case Challenge 2009 may be for you.

Created by students for students, this competition aims to gives participants a greater insight into the world of business and information technology.

Academic Research Innovation and Enrichment Society (ARIES) president Mohd Amin Mohamed Arip says there is a lack of opportunity for students in Malaysia to get in-depth industry exposure.

"When you do an internship, you would only know some aspects of the company you are attached to for those six months or so.
You cannot put a price on the experience, says Mohd Amin Mohamed Arip
You cannot put a price on the experience, says Mohd Amin Mohamed Arip


"The challenge, however, would provide students the chance to gain real insights from key industry players," says Mohd Amin.

The competition calls for teams of three third- or fourth-year students to assess and solve a real-life business case study, incorporating IT into their solution, in 24 hours.

They will then present their proposal to a panel of judges which will be made up of business people from various fields.

"It's akin to an open test where the participants would have all the research material they need to help them find a solution."

Aside from the competition, there are also social events and business networking activities where future business-IT practitioners can interact with students, university academicians and industry professionals.

There are several annual competitions similar to this conducted internationally but few incorporate the business and IT angles.

For this inaugural contest, the organiser is accepting 16 teams from public and private institutions in Malaysia.

"Participants will be competing for prizes worth RM15,000 but the experience of the event is something you cannot put a price on," Mohd Amin adds.

ARIES is a student organisation under the Malaysian Institute of Information Technology, Universiti Kuala Lumpur.


This event will take place from Dec 2-5. Closing date for registration is Nov 7.

For details, visit www.ariesmalaysia.com, email ariesmalaysia@miit.unikl.edu.my or call 03-2175-4000 (ext 5137/4201/4331).


credit to NST Online

p/s:- hoping that all this will end with a such of great successful. Good Luck to all.


Updated:- ARIES Malaysia, we are almost there! Check it out our beautiful story on NST Learning Curve today page H18.
[Sunday, 25 October 2009.]

Saturday, October 24, 2009

Catheye U play We pay

Posted by aisHa 'S' at 10/24/2009 11:41:00 AM 0 comments
Tadi aku baru je join iklan ni...
hehe..
tp Aku xreti la sal menda2 ni..ada sesape leh ajar tak..??
actually catheye ni lebih kurang macam nuffnang la juga.
Iklan yang free aja.Esok dia akan dilancarkan.
kalau nak tahu lebeih lanjut klik aja dekat sini.!







Today is weekend.As usual la aku mesti berkurung dekat bilik. Next week, start from 2 of november until 11 of november i will have paper for my final exam for this semester. Oh No.! i'm a lil bit nervous lor. I hope all be fine. Project xsiap lagi. Sedang bersilat dengan presentation,test and project. Hari-hari balik malam. Sampai je hostel terus tidur sampai ke pagi. What i'm doing.???

To all my friends yang akan menduduki exam next week. All the best ya.Tak sangka lak dah nak habis semester 4 ni.Aku rasa macam baru je masuk UniKL. Sem depan dah sem 5 da.

Sudah 4 semester di UniKL. banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup aku. Tapi masih ada yang belum berubah. Terutama tentang status diri aku. Even da 2 years i'm here, but yes i'm still sinlge.! Beleive it, i'm still waiting and hoping and prays that one day, i will get the happinest. And to syahmil, yes i'm single.! Nape ko tak caye.? Even da satu semester ko dah tinggalkan kami, tinggalkan UniKL,ko da keje.! But aku tetap aku, ko ingat aku gi campus tu tuk cari jantan ker..?? wakaka...jangan heran la wey. Aku ni gedik sangat ker..? Ko nampak aku ramai kawan, ramai kenalan, tegur orang sana sini, tapi life aku kat hostel or luar dari campus sangat berbeza okay. Hanset aku dalam seminggu belum tentu ada orang hantar mesej ko tau. Kadang-kadang tak berbunyi pun. Kecuali la maxis or celcom yang duk rajin hantar mesej kat aku. Kalo tak.? haram jadahnye tak berbunyi. Sampai satu tahap aku tak perlu silent hp pun masa dalam kelas, tak payah bawak telefon pun pergi kelas, memang tak ada apa mesej or call. Hehe..tetiba lak terkeluar cite sedih ni. Tapi aku tak heran pun. Aku sangat happy macam ni.Okay la. Untuk syahmil ko tolong la arrange kan satu percutian yang best untuk adik-adik dan kakak-kakak ko ni. Boleh lepaskan stress lepas exam nanti. Giler tekanan siot.

Oh ya, hari tu aku ada main jawab soalan quiz dekat facebook. Soalannya adalah kenapa anda masih single.??? Aku jawab la dengan jujur dan ikhlas, tapi jawapan yang keluar sangat tidak bernas okay.! Jawapannya adalah..
.
.
.
.
.

Siyesly kuiz facebook ni sangat menipu okay.Hahaha...

Monday, October 19, 2009

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.

Posted by aisHa 'S' at 10/19/2009 10:59:00 AM 2 comments
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....

Credit to friendster buletin.


p/s:- Sekarang aku dah pun kehilangan.Sekarang aku dah pun keseorangan dan Kesunyian.Tak tahu nak hargai apa lagi. Cuma sekarang aku terus menanti dan menanti walau aku sendiri tidak pasti penantian ini sampai bila. Aku betul-betul sendiri belum ada yang pasti. Sendiri aku benci.


Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat. Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia`` - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh, tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Tuesday, October 13, 2009

Tidak KEruan lagi..

Posted by aisHa 'S' at 10/13/2009 06:43:00 AM 0 comments
Hari ni aku tak keruan lagi..Kerja banyak tapi aku gi bantai tido awal lak..Hari ni ada lab test tuk subjek web programming 1...So boleh tak kalau aku tak nak fikir apa-apa pun tentang hari ini.. Aku bangun awal pagi, kemudian aku fikir apa yang aku nak buat hari ni.Tapi aku tak jumpa plan lagi.Hurm...Plan baik punya pun nanti satu apa pun tak jadi.Aku harap sangat aku hidup dengan bersistematik lepas ni.Tak langgar jadual hidup yang aku dah tentukan.Lagi 2minggu nak final.Aku rasa cam tak cukup masa. Banyak projek tak siap lagi...Progress pun tak mula lagi..? Nak study jauh lagi la. Oh..lecturer ramai ah yang duk bebel ni..Takkan masih tak bergerak lagi. Okaylah.Seperti biasalah, ada kesedaran tapi kalau tak berusaha pun tak guna juga kan..? Huh!..Asal la aku ni jadi macam ni..




Today.!!! I'm curious about today.Oh god... Show me the right path.!
~Ameen~
=.=

Wednesday, October 7, 2009

Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok

Posted by aisHa 'S' at 10/07/2009 03:57:00 AM 0 comments
Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesehatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi- 1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari.

Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.



Credit to MYspace Bulletin.

Tuesday, October 6, 2009

Dalam Dilema

Posted by aisHa 'S' at 10/06/2009 02:27:00 PM 3 comments
Assalamualaikum.
.
.
.
.
Aku sebenarnya dlm dilema,,,,,
xtau nak pilih apa nie.....
tp skrg aku dah terima..
cuma menunggu keputusannya sahaja...
Semoga semuanya berjalan lancar...
Ameen...

Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas. Masa berlalu seperti tidak terasa..Debaran kerana final semakin hampir dan assigmnet makin banyak. Serta projek-projek yang baru apat dan masih belum bergerak progressnya.Hurm.. Adakah pisang akan berbuah untuk kesekian kalinya.Harap tidak lagi. Juz wake up.!!!

Wednesday, September 30, 2009

takde tajuk lagi..nanti update..hehe

Posted by aisHa 'S' at 9/30/2009 07:00:00 PM 2 comments

Monday, September 28, 2009

i'm Home

Posted by aisHa 'S' at 9/28/2009 10:01:00 AM 0 comments
Assalamualaikum....
(erk..tetibe jer bg salam)


Pukul 5pagi tadi aku dah selamat sampai ke stesen Hentian Putra. Sungguh nyenyak tidur aku tadi. Sedar-sedar dah sampai.Nasib aku sedar masa sampai. Kalau tak mesti dah sampai shah alam. Syukur la setakat ni, sepanjang perjalanan dari besut ke KL, aku masih belum terlepas stesen. Kena tinggal dengan bas tu pernah la..hehehe....

Selama bercuti ni, aku asyik baca blog orang jer. Duk cerita pasal raya..Happy nya mereka..Aku ni tak ada perasaan pun nak update entry pasal raya. Sebab hari raya aku sampai hari ketiga jer. Pastu raya kat rumah. Penat dengan makan jer.Huhu...Syukur la raya tahun ni meriah juga. Dapat tengok orang main mercun besar-besaran lagi. Terubat la kesedihan masa merdeka hari tu.

Aku malas nak upate la.No mood lagi. Lepas ni dah start busy da. Harap aku dapat la selesaikan semua tugasan di semester ini.Amin.

p/s: Semalam ada seorang budak tu tanya aku bila aku balik kl..aku cakap la malam ni. Dia tanya aku, kenapa balik lambat sangat. Aku senyum jer, dalam hati aku dah agak da, nak jumpa la tu...huhu....Kalau jumpa nak bagi duit raya tak apa lah juga. Ni, hurm.?... Kalau dia ajak aku pergi beraya rumah dia pun okay juga. Ni ajak lepak. Ada ke patut...Ishk... Mesej punya mesej dia dah merajuk. Sampai aku call pun tak angkat.Hurm lantak la....Geram gak ni...Grrrr...

p/ss : Teringin nak tengok pic kakak budak tu kahwin.Agak-agak dapat tengok tak eh. Sedihnya. Masa hari kenduri tu, aku cuma merindu dari jauh jer.Hurm....Tak apa la. Kalau ada rezeki dapat tengok. InsyaAllah.

Wednesday, September 16, 2009

Mendung di Kuala Lumpur

Posted by aisHa 'S' at 9/16/2009 05:24:00 PM 2 comments


Salam...

Wah hari ini sudah hari rabu, esok khamis. Esok aku balik KAMPUNG..!!! Tak sabar rasanya menanti hari esok,tapi aku masih risau ni sebab ada 2 assignment yang masih belum siap.Adoi la. Tadi baru lepas dua test.Rasa ringan sikit beban.Tapi memandangkan esok last day dan assignment masih belum siap, rasa macam tak cukup masa je.Sekarang ni member-member aku tengah sibuk siapkan assignment..Aku lak baru lepas setelkan tengok cerita geng pengembaraan upin dan ipin.Sengal tak..? Hehe..Aku memang macam ni,kerja takkan jalan kalau tak dalam keadaan tekanan.So bila dah betul-betul tertekan baru aku buat kerja. Gila tak..? Orang lain duk tension-tension aku lak buat relax...

Layan lagu raya sambil buat assgment,huhu, sangat feel lah. Tak tahu lah nak gambarkan macam mana perasaan hari esok, mesti masuk kelas pun sekadar menghadirkan diri jer. Fikiran dah melayang ke kampung dah...Standard la tu kan. Sedih kot sebab member-member aku ada yang dah sselamat sampai kat kampung masing-masing dah.Aku ni pulak dah berapa bulan tak balik, dari bulan 6 sampai bulan 9.Maunya hati aku ni tak melonjak-lonjak menanti saat hadirnya hari esok...Okaylah.
.
.
.
.
.
Start nak buat assignment dah.Selamat Balik kampung dan Selamat hari raya semua.....

p/s: Oh ya, pic diatas aku ambik semasa sedang buat assignment.Sekarang di level 8. Gelap jer rasa.Sungguh suram.Takut balik nanti hujan jer.Taknak kebasahan lagi.....

Wednesday, September 9, 2009

090909 = 9 September 2009

Posted by aisHa 'S' at 9/09/2009 01:57:00 PM 2 comments
Hari yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Dikesempatan ini aku nak wish happy birthday buat sahabat aku yang seorang ini. Cik Rowenah Rabil. Besday dia jatuh pada 9/9/1987. Adik beberapa hari je dari aku.hehe...

Tak ada cerita sebenarnya, cuma agak kesengalan nak post gambar-gambar yang kami snap semalam. Tetiba ada mood giler-giler sambil nak test camera laptop vaio kawan aku.Huhu...Aku pakai acer jer.


Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Darul Kifayah

Posted by aisHa 'S' at 9/05/2009 07:02:00 PM 3 comments
3 September 2009, Khamis bersamaan 13 Ramadhan. Bertempat di Hotel The Plaza, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Majlis berbuka puasa bersama Anak-anak yatim Darul Kifayah bahagian Batu. Anjuran Hems UniKL City Campus.

Anak-anak darul kifayah yang diraikan. Kalau ada yang baca paper kosmo hari jumaat(semalam) maybe boleh baca berita ini.hehe..(Aku tak baca lagi...)

Sebelum majlis makan-makan.Posing-posing dulu.


Selepas majlis makan-makan.Kite berposing lor..Tinggi kan bienda ni..? Sebenarnya aku lah yang terlebih rendah.
Bersama staf-staf UniKL..Aku sorang je student kat dalam pic ni..Hehe...2 orang ni memang kuat makan..Betulll..Tak tipu..Haha...

Nampak je bienda makanan pun lupa erk..?Hari tu student lelaki la yang lebih2 nak bergambar.kikiki..Tau lah artis perempuan...

Monday, August 31, 2009

Salam merdeka...!!!

Posted by aisHa 'S' at 8/31/2009 09:47:00 PM 2 comments

Salam 1MALAYSIA.....

Hari ni dah hari merdeka kan..? Asal aku tak terasa sangat eh..? Maybe sebab semalam xdapat tengok bunga api kot....Cerita sedih sehari sebelum merdeka,Disebabkan cuti panjang.semua roomate aku balik, pastu member aku pula keluar jalan-jalan menemani buah hatinya.Jadi tinggallah aku keseorangan dekat bilik hostel melayan perasaan..Berbuka pun sorang-sorang(kononnya nak merasa jadi anak perantau).

Malam merdeka,aku dah tutup semua lampu bilik pukul 9 malam lagi,hehe, konon nak sedih la ni.lepas tu member aku balik dari jalan-jalan, so dia lepak bilik aku malam tu.Tapi aku cakap, kul 10 aku nak tidur dah.Sebab aku tak nak tunggu detik 12malam.kekekeke.....


Pukul 12 malam dapat mesej wish birthday dari adik aku.Haha.Terharunya,lepas tu kawan-kawan call dan banyak mesej masuk, Terus aku ceria balik, tak jadi nak makan hati. Terima kasih kawan-kawan dan family. Ingat juga korang dekat aku yer. .nGeE...

Pagi tadi my daddy hantar mesej wish birthday,aku sebak dah rase.Uwaa..nak balik.....Semalam aku mintak hadiah besday ngan adik aku.ekekek...apa punya kakak la aku ni.Baru sekarang aku nak bermanja ngan adik aku. Dah selalu sangat dia tanya aku bila nak balik.Hurm...Tak sabar nak balik rumah.!



Apa-apa pun.aku harap sempena umur aku yang dah 22tahun ni, aku makin matang, tabah, cerdik,rajin and etc...Semoga aku menjadi insan an hamba yang berjaya.Ameen...

Saturday, August 29, 2009

Damba Cinta Mu

Posted by aisHa 'S' at 8/29/2009 11:39:00 PM 0 comments

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

===============================

♥♥ Di hujung kegelapan pasti ada cahaya sedang menunggu. Hanya KESABARAN, KETABAHAN, KEGIGIHAN yang mampu membawa keluar dari kegelapan menuju kepada cahaya.♥♥
_______________________________

p/s :- Kadang-kadang aku merasakan bahawa aku keseorangan. Tetapi hakikatnya aku alpa bahawa, DIA masih ada. Subhanallah....Semoga pemilik hati ini memberi kekuatan kepadaku dan menjauhkan aku dari putus asa.Amin. Sesungguhnya aku terasa sangat jauh....Moga dijauhkan sifat iri hati dan benci dalam diri ini. Cemburukah aku...?

Thursday, August 27, 2009

Tags dari si Chomey

Posted by aisHa 'S' at 8/27/2009 05:17:00 PM 0 comments
Maaf entri ini agak terlambat sedikit. Tak berkesempatan dan kemalasan melanda..Hehe.. Sorry chomey....



1) Copy award dan letak di blog anda.
--> Lambat sikit nak copy-copy ni.

2) 6 fakta menarik pemberi award ini.
-> Nama betul tak tahu..
-> pencuri hati kepada seorang sahabat aku ni.?.Jeng-jeng-jeng...
-> Muda lagi dari aku..huhu
->Orang terengganu gak....
-> masih lagi study dekat UITM.
-> Single but not available. T.T

3) Seberapa banyak fakta/hobi diri sendiri.
Hobi :-
-> Mestilah on9..Kalau tak macam mana boleh ada blog kn..
-> Berangan...Perkara wajib setiap hari.
-> Tidur dan makan dan makan dan tidur...
-> Suka diet tapi tak kurus-kurus.
-> Dengar mp3. Tidur pun dengar mp3 gak..hehe
-> Menyendiri.Itu perkara penting dalam kamus hidup aku sekarang...


Fakta:-
-> Tak tahu nak terangkan.Bagi yang mengenali diri ini, mereka lebih tahu.

4)5 penerima award seterusnya.
-> Tak nak bagi award ni dekat orang lain.Full Stop.!

Wednesday, August 19, 2009

Langkah akan ku teruskan.

Posted by aisHa 'S' at 8/19/2009 11:33:00 PM 2 comments
Ohayo,,,
Hari ni sudah hari rabu, bermakna lagi beberapa hari je akan masuk bulan Ramadhan.Tak sabar tunggu bulan ramadhan menjelma kembali...

Hari ni aku kecewa lagi, apa nak buat kan.? Rasa diri ini betul-betul tak dihargai. Macam langsung tak ada makna even sebagai seorang kawan.
Semalam aku dapat semangat balik, tapi hari ini down balik. Esok aku tak pasti apa pula yang jadi. Cumanya, aku cuba kuatkan semangat dan teruskan langkah demi diri aku pula. Rasanya, mungkin aku akan simpan kemas perasaan itu dan tak nak fikir sangat tentang hal dia sebab aku tahu aku akan down. Bila dia perlukan aku dia akan cari aku. Lepas tu dia akan tinggalkan aku terkapai-kapai. Nasib aku ni sudah betah dibiarkan macam tu. Tak apalah aku redho.Siapalah aku pada dia. Nothing and Empty....

Lagu yang sesuai untuk keadaan aku sekarang.

Salam Untuk Kekasih

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisih luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri


p/s : Sekarang ni fokus aku cuma pada pelajaran dan Event yang akan berlangsung akhir tahun ini.Aku harap semuanya berjalan lancar. Ku mohon agar pemilik hati ini memberikan kekuatan pada ku. Aku cuma insan yang lemah.

Monday, August 17, 2009

Tag dari Ukhti Julia.

Posted by aisHa 'S' at 8/17/2009 11:24:00 PM 0 comments
Salam....
Hari ni buka je blog tengok dekat chatbox yang saya suah di tag oleh
Kak Julia. Berbunga-bunga baca bila tahu sudah di tag. Ingatkan terus nak
jawab tadi, tapi kat sini hujan dan ada kilat, so tak berani la nak online lama-lama.
Jadi malam ini sambil buat assignment untuk present esok saya memulakan
mukadimah dengan buat tag dulu.Huhu..
Dah lama tak kena tag sebenarnya.
Okaylah tag kak Julia sudah saya jawab.Heeeee

Peraturannya:



1) Copy gambar amal Islam di atas.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
~~> Inilah yang paling susah dan malas sekali bila kena cari orang ramai-ramai.Tapi saya buat jugalah.

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...


4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

~> 10 sahabat yang di Tag.
1) Miss Aini
2) Rifa'iee
3) Izhan
4) Aneys
5) Syahmil
6) Zul
7) Amir
8) Aqilah
9) Syafiq
10) Qayyum

Canyoning and Flying Fox

Posted by aisHa 'S' at 8/17/2009 12:19:00 AM 1 comments
Tara...hari ni aku pergi ke Sungai pisang, Gombak.Meyertai aktiviti berikut,sangat seronok beb. Dah la semalam aku tension je sebab 2hari berkurung kat hostel. Hari ni lepaskan tekanan dengan aktiviti riadah berikut, sungguh puas hati.Bayar pun murah jer.Terima kasih kepada Student yang buat aktiviti ini.Tak sia-sia aku join. Gambar akan di update nanti.

Aktiviti ni ambil masa beberapa jam je.Dalam pukul 9pagi bertolak ke gombak dan pukul 6petang dah bertolak ke kampus balik.

Aktiviti pertama ialah jungle tracking, kemudian flying fox dan seterusnya ialah aktiviti canyoning selepas itu sesi bermandi manda.Best beb :). Puas hati aku dapat menjerit, menyelam, berenang,mandi air sungai dan air terjun, main siram-siram air.Hehe..Dan yang paling penting aku dapat naik Flying Fox dan buat Canyoning tu 2x...Peluang depan mata beb.Apa-apa pun aku happy.Itulah yang penting.

Esok sudah bermula sesi pembelajaran.Minggu ini minggu yang sibuk sedikit sebab banyak assignment nak kena hantar dan sudah pastinya aku belum buat lagi. Apa yang penting ada presentation untuk subjek Business Management.Adoi la..Seyesly aku tak tahu nak cerita apa pasal Syarikat Honda ni.Hurm apa-apa pun aku nak start buat kerja dari sekarang.Chow.....



p/s : Sekarang aku dah jarang upate blog. Sibuk mungkin dan juga keadaan diri yang selalu sakit kepala buat aku jadi tak tentu. Hurm, harap penyakit ini tak berterusan yer.Moga aku kembali sihat dan ceria serta cerdas selalu.Ameen.Minggu depan dah puasa.Tak sabarnye menunggu ramadhan yang bakal menjelma.Moga bulan ramadhan ini akan memberi lebih rahmat buat kita semua...InsyaAllah.

Wednesday, August 12, 2009

Merawat hati.

Posted by aisHa 'S' at 8/12/2009 12:23:00 AM 2 comments
Sudah sekian lama penyakit jiwa kacau tak mengganggu aku. Kehidupan yang sebelum ini biasa-biasa sahaja. Sampailah di suatu hari aku jadi jiwa kacau balik. Apa yang buat aku jadi sengal ntah.Semua tak menentu. Hujan sudah mula turun. Banjir sorang-sorang dalam gelap.Orang lain tengah syok tidur. Buang karan betul.Pergi kampus pun termenung panjang. Subahanallah.Aku tak tahu nak cakap apa.Buka je mata dari tidur aku teringat sal itu. Baru aku terfikir tentang diri sendiri.
Selama ini aku dapat hindarkan perasaan itu, tetapi tak tahu kenapa sekarang.?
Aku pun tak tahu, kenapa aku jadi lemah balik.?
Sengal kan.Benda bukan baru sehari dua.Tapi sudah makan tahun da.
Aku tetap macam ni....!!!

-----------------------------------------------------------
Aku cuma mampu bertanya pada diri, siapa aku..? Bila dia perlukan aku..?
Pernah tak dia fikir tentang aku.?




Mengharap pada yang tak sudi.
Menunggu suatu yang tak pasti.
Aku pun tak tahu sampai bila.

Bercinta memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang payah.
Untuk mendapatkan kembali kasih sayang yang telah hilang bukan senanng. Ia, cinta itu indah, dan sangat indah jika diberikan pada seseorang yang tepat. Tetapi harus diingat, Cinta dan kasih sayang saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas menyayangi saya, BUKAN untuk dipersendakan.!!!

Apa yang aku boleh cakap,CINTA itu memang indah. Permulaannya sangat bahagia. Pertengahan yang sedikit terpalit duka, tetapi pengakhiran penentu segala. Cinta itu sangat senang untuk bermula,tetapi terlalu sakit untuk berakhir. Kalau tidak aku, pastu kamu yang akan kecewa. Jika bukan aku yang sakit, pasti kamu yang beduka. Tetapi cinta itu tidak bermakna jika hanya sebelah pihak sahaja yang beria.... Love is Sharing. Ada give and take.
Yes, love is beautiful, like a butterfly... Berbahagialah kamu pada yang sedang bercinta. Tapi paa yang single, Jangan berduka.Hehe, sebab kita serupa...Jangan dilupa pada cintaNYA. Itu lebih hakiki....Jangan derita kerana cinta.

---------------------------------------------------------
Dah lama aku hindarkan perkara ini.Sebab aku tahu,aku tak perlukannya sekarang.Tetapi kenapa perkara tiba-tiba datang balik.? Tengok da jiwa kacau balik.Tak ke sakit tu.???

Sekarang kepala asyik sakit je.Migrain ker.? Tension ker..? Anikah harga yang perlu aku bayar.?
Tuhan aku pohon moga dikuatkan semangatku. Beri petunjukmu.Tak tahu apa lagi aku nak buat.Aku cuma berserah padamu. Tak tahu jalan mana yang harus aku pilih. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku menangis semalam dan masih mampu tersenyum pada hari ini.Cuma aku tidak pasti pada hari esok.?



............................................................
Pesanan buat diri :-
Weh xpenting pun sume ni. Belajar la dulu.Jangan fikir sangat.Satu hari sinar akan kembali. InsyaAllah.Moga hari-hari mendatang aku tetap sabar. Oh pemilik hati, TABAHkan aku.

"Jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Jangan terlalu mengaguminya dan jangan mengharap dia terlalu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa meninggalkanya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya."

Saturday, August 1, 2009

Weekend sama dengan Masjid Jamek

Posted by aisHa 'S' at 8/01/2009 05:58:00 PM 4 comments
Salam....

Ohayo, Hari ini 1 Ogos 2009 bersamaan dengan 10 Syaban 1430H.
Hari ini dalam sejarah hidupku.

Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan ye. Hari ni hari sabtu, aku plan dengan kak ikin untuk pergi ke masjid jamek, kononnya nak belikan kain untuk mak angkat kami.Plan pukul 2.30petang. Semasa aku menapak ke stesen lrt bangsar, aku tengok jalan jam gila, dalam hati terdetik la, hari ni hari minggu ramai yang keluar kot, lepas tu terjumpa dengan kawan yang sama-sama duk hostel ni, dia tanya aku nak pergi mana, aku cakap nak pergi masjid jamek. Dia cakap tak boleh pergi, masjid jamek tutup, kat sana ada rusuhan. Aku terkejut antara percaya atau tidak. Lepas tu aku teruskan juga perjalanan jumpa kak ikin kat atas stesen ni, cakap kat dia masjid jamek tak boleh pergi, aku siap tanya akak dekat kaunter tu lagi. Kitorang pun ubah rancangan pergi kl sentral, peh ramai gila makhluk tuhan kati cini.

Masa dekat kl sentral aku tengok ramai betul abang-abang polis. Diorang tegah berjaga-jaga kot. Lepas makan kami plan pergi sogo je la.

Sampai je dekat stesen dang wangi menapak la nak pergi sogo, kami dengar bunyi helikoper,ada dua buah helikopter masa tu. Maybe tv3 kot. Aku mengagak ni mesti rusuhan dekat depan ni je.Ssampai je dekat Imperial Hotel, tetiba mata rase pedih, hidung pun sakit gak.Tengok orang yang berjalan dari arah depan tutup hidung. Kami berhenti jap, tengok orang yang lalu lalang,ada yang pakai topeng, ada yang tutup hidung dengan towel, ada yang siap pakai google, macam tahu-tahu je kan.Aku pun fikir, ni mesti orang yang sertai perhimpunan haram tu. Lepas tu aku nampak la pak cik tu pakai baju "Mansuhkan ISA." PErgh, aku kecut perut gak.Tak lama tu ada dua orang lelaki lalu, sorang tu tegur kami,dia tanye, tak pedih mata ke.? Kak ikin cakap la pedih juga. Lepas tu yang sorang lagi pula tanya macam mana nak pergi pudu. Kami cakap la masjid jamek tutup.So kena pergi pasar seni dulu la. LEpas diorang pergi kami cakap la, ni mesti orang jauh ni.Semua berkumpul kat sini.

After that, kami yang degil ini pun meneruskan perjalanan menuju ke Maju
Junction. Masa tu tengok makin ramai orang duk berkumppul sambil pakai topeng. Sampi je dekat simpang empat depan MJ, tengok polis dan orang ramai.Aku sempat cakap dekat kak ikin, jangan kita yang kena tangkap sudah la.TEtiba dengar orang menjerit, "LAri-lari.!!" Semua kalut duk lari.MAsa tu aku tengok gas pemedih mata dilepaskan.Serius aku rasa macam sedang berperang, dengan bunyi tembakannya. Macam mimpi la. Lepastu nampak asap berkepul. Sedang aku lari tu, orang kat depan terjatuh,kesian dia.Aku ni pulak buat sengal,tetiba aku jadi berani, aku berhenti dan ambik gambar dulu.Giler weh...Kak ikin dah kedepan dah tinggalkan aku.Tengok mak cik-mak cik duk lari.Semua tutup hidung.Mata aku dah berair da. Kami lari tak jauh pun, kebetulan bangunan tu pintu tak tutup,kami menumpang duk dalam bangunan ofis,tengok orang ramai. Kitorang gelak, giler la macam tak caya kami alami semua ni, berada dekat orang buat perhimpunan haram. Tak boleh nak bayangkan perasaan time tu. Seakan bukan realiti je. 1st time tengok keadaan macam ni.Tengah duk intai-intai tu, tengok la beberapa pelancong asing lalu lalang. Aku cakap, malu giler la kat diorang ni, tengok negara kita macam ni. Lama juga lepak dalam ofis tu, nasib ada abang yang baik hati bagi kitorang masuk ofis dia. Dalam 30minit lebih duk dalam tu, kitorang balik je la.Tak jadi pergi sogo.Kui-kui-kui. Terbayang mak n ayah dekat kampung.Kalau lah apa-apa jadi tadi. Malam ni plan call my mom.Nak cerita apa yang jadi.

Gambar kat bawah ni, situasi semasa orang ramai kalut berlari. Masa tu siap ada yang sempat ambil gambar lagi. Lepas beberapa lama gas pemedih dilepaskan, ada yang berkumpul balik dekat situ.Buat apa ntah.








Nota mata dan telinga : Pagi tadi aku bermimpi, dekat tempat tidur aku ada dua ekor ular. Seekor betina dan seekor jantan. Ular betina sednag pregnant. Mereka duduk bawah bantal aku je. Dekat hostel dan bilik serta atas katil yang aku duduk sekarang. Tetiba, ular betina melahirkan seekor anak kucing. Si ular jantan mengamuk, sebab anak yang lahir bukan anak dia. Lepas tu aku lupa apa yang jadi dalam mimpi tu, aku tak ingat aku kena patu ke tak. Tapi yang pasti, bila aku bangun tidur, aku rasa macam ular tu betul-betul ada bawah bantal aku. Bila aku tengok bawah bantal, syukur tak ada apa-apa.
Aku tertanya-tanya, apa maksunya ye mimpi macam tu.Dan yang pelik ;agi ajaibnya, sejak bila pula ular beranak. Ularkan sejenis bakteria.MEsti die bertelur kan.? Lagi satu, kenapa yang keluar tu anak kucing..? Ishk, musykil aku.Abaikan jer la...



Tuesday, July 28, 2009

Ngantuk tapi....

Posted by aisHa 'S' at 7/28/2009 02:58:00 AM 4 comments
Aku tengah ngantuk tahap gaban dah ni.Tapi aku tak boleh tidur lagi sebab kerja aku belum siap.
Seronok tengok orang lain dah tidur sedangkan aku tak boleh tidur lagi.
Esok pagi-pagi nak hantar memo dah.Inilah hasilnya, tadi sakan duk chatting.
Lepas tu bergayut lagi.Huhu...
Sekarang nak buat kerja dah, tapi malas lagi.
Otak dah pening dah.Moga aku dapat siapkan kerja aku untuk esok.
InsyaAllah.Projek besar ni, jangan nak buat malu company weh.

Penyakit M mula menyerang.
Syish...pergi jauh-jauh wahai penyakit.
Duhai hati, kuatkan semangat dan tekad.
Buat kerja.Tak payah tidur pun tak apa.



Edited : Syukur kerja aku dah siap.Harap meeting malam ni berjalan lancar.Xsabar nak balik tidur.Kesian dah kat mata ni tak rehat-rehat....

p/s :-Selamat berbuka pada sesiapa yang berpuasa..Selamat mengganti puasa kepada yang belum habis ganti lagi aku la tue...Hehe

Tuesday, July 21, 2009

1st day di sekolah.

Posted by aisHa 'S' at 7/21/2009 11:39:00 PM 6 comments
Semalam aku melangkah pergi ke sekolah dengan semangat berkobar-kobar.Pakai baju kurung gitu.Haha..Lepas tu jumpa member-member lama.Nampak happy je semua. Classmate lelaki dengan stail rambut yang baru, yang perempuannya pula dengan baju dan kasut baru,make up baru(aku la tu), hanphone baru dan macam-macam baru lagi la.Hehe....

Lepas tu jumpa balik dengan senior merangkap kakak angkat yang dah lama tak jumpa sebab dia baru habis praktikal, sangat teruja bila nampak kak ikin, tapi dia lagi terkejut bila tengok aku.Terus dicubitnye pipi aku dan soalan cepumas pun keluar, Ni kenapa makin berisi ni..? Aku dah merah muka da, terus aku cakap, biasa la cuti, pipi makin comey la..Berkilat gitu..Haha....Tembam seh....Memang badan aku naik.Terus aku nak diet... Tapi macam biasa lah, makan tetap makan..Kiki...Minggu depan la aku diet.Promise (*_*)v hoho...


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cerita untuk esok.

Malam ni aku kena iron baju kurung awal-awal la, sebab esok Tengku Mahkota Pahang nak datang kampus, so kena pakai formal dan esok aku akan ponteng kelas tengahari dengan bersurat.Adoi, third day class dah ponteng dah.Huhu....
Suasana di kampus sekarang agak sesak la dengan pelajar-pelajar baru dan lama bergabung.Biasalah july intake memang ramai.Lagipun baru 1st week semua rajin datang kampus.Huhu...Tengok la puasa nanti.Makin kurang la makhluk tuhan yang tak seksi itu.Hehe...

Motto hari ini.Esok diet lagi.!

Monday, July 20, 2009

Sekolahku, Syurgaku...

Posted by aisHa 'S' at 7/20/2009 08:19:00 AM 4 comments
Salam...

Hari ini dah start kelas. Baru 1st day. Tak tahu la hari ni belajar ke tak lagi. Kelas aku start pukul 11.30pagi..Walla, sukanya..haha... Dem,dem,dem...Sebab hari ini 1st day untuk ke kuliah, jadi aku decide nak pakai baju kurung.Dah lama kot xpakai baju kurung.....Sengal je,gi kelas baru nk pakai baju kurung. Okay la, aku harap 1st day ni akan memberi semangat untuk aku..Hehe.Moga semester ini akan menjadi lebih baik dari semester yang lepas.Amin..

-Buat semua student baru, Selamat datang ke UniKL.Moga anda semua menjadi pelajar yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Jangan asyik nak stylo je, belajar pun kena stylo gak- =)


p/s : Buat ehem-ehem, welcome to UniKL gak.Moga kamu gembira disana dan jangan lupa aku disini yang sentiasa menunggu perkhabaran darimu.Chewah..Ayat nak muntah..Huhu....

Saturday, July 18, 2009

Sengalnya...

Posted by aisHa 'S' at 7/18/2009 11:24:00 PM 4 comments
Hari pendaftaran.Semua kena pakai topeng.H1N1 sungguh. Syukur tak ada virus itu di kampus.
.
Kenapa blog tak update..?
.
.
.
.
.
.
.
MALAS
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Banyak sangat cerita dan program sampai tak tahu nak cerita apa.
huhu
.
.
.
.
nanti akan di update start cerita dari pergi training di pangkor, lepastu orentasi dekat UKM dan berakhir di MIAT semalam.
hehehe......

Pulau Pangkor nan indah. OC Training.

Barisan senior-senior fasilitator.
.
.
.
.
.
.
Timetable for this semester.Sukanye ari jumaat xde class..Aku tak kisah sangat class pack.Tapi kalo jumaat xde kelas maknanya boleh la balik kg..Yabedabedooo....
hikhik...terlebey sudah.

Tuesday, July 7, 2009

Ekspidisi mendaki gunung berinchang

Posted by aisHa 'S' at 7/07/2009 12:58:00 AM 2 comments













 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez