Monday, August 2, 2010

August..??? Oh-No.!

Posted by aisHa 'S' at 8/02/2010 09:17:00 AM

Kenapa aku rasa masa begitu cepat berlalu, kenapa aku rasa macam tak bersedia tuk masuk bulan ogos.? I really not happy. Why-why and why.? Permulaan bulan ogos pada tahun ni sangat tak menarik.

Semalam berkurung je dalam bilik hostel sorang-sorang. Aku teringin sangat nak keluar jalan-jalan, tapi kawan-kawan semua tak ada dekat hostel. Ada yang balik kampung dan aktiviti lain. Jadi berkurunglah aku sambil menonton cerita korea bertajuk You’re Beatiful. Cerita yang fun jugak bagi aku dan tak ada la bosan sangat, cerita pun tak panjang macam drama korea yang lain, ade 16 episod je. Aku download dekat youtube. Layan jugak la dengan hero yang comel dan heoin yang cute.

Tapi bila mengenangkan yang weekend aku dihabiskan dengan berkurung, rasa sedihnya, macam orang tak ada life je aku ni. Hidup macam orang tak ada kawan. Dah la kamu tu dah tak ada yang peduli. Kenapa lah jadi begini balik.?

Bulan ni sepatutnya sangat bermakna bagi aku, tapi sejak akhir-akhir ni, aku betul-betul sunyi, betul-betul tak dipedulikan oleh dia. Tapi aku cuba jugak untuk tak fikir sal dia sangat. Entahlah, apakah pengakhiran untuk semua ini.? Apakah pada bulan ini, kebenaran akan terserlah dan kepahitan adalah hakikat yang harus aku terima.?


Sifat orang yang lahir pada bulan Ogos biasanya:
1: Suka berlawak.
2: Mudah tertawan padanya.
3: Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
4: Berani dan tidak tahu takut.
5: Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
6: Pandai memujuk orang lain.
7: Terlalu pemurah & bersikap ego.
8: Nilai harga diri yang sangat tinggi.
9: Dahagakan pujian.
10: Semangat juang yang luar biasa.
11: Cepat marah & mudah mengamuk.
12: Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
13: Sangat cemburu.
14: Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
15: Cepat berfikir.
16: Fikiran yang berdikari


Monolog : Baru lepas buat kira-kira untuk belanjawan bulan ogos. Elaun setiap bulan RM630. Tambang rapid RM110 + Top up RM40 + Shopping Dress RM50 + Makan RM450 [rm15 x 30] = RM650. Tak cukup RM20...aiyark...Nak menabung lagi. Beli barang keperluan lagi. Syukur tak duk umah sewa. Mana nak fikir duit rumah & bil letrik dan air lg...Ini tak masuk kalau keluar gi shopping + Movie. Mana nak cekup duit.??? Botak kepala.

Conclusion is : Tak payah makan. Confirm jimat.! ;))

0 comments on "August..??? Oh-No.!"

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez