Monday, August 30, 2010

Merdeka dan selamat hari jadi

Posted by aisHa 'S' at 8/30/2010 11:58:00 AM
[Entri ni bukan pasal merdeka pun]
Aku buka beberapa blog, banyak yang buat entri pasal merdeka. Lepas tu siap ada kempen 1blog 1 bendera lagi.Tapi aku sebagai manusia yang dilahirkan pada tanggal 31 ogos ni pula tak buat pun entri pasal merdeka. Apakah aku tidak mempunyai jiwa yang patriotik.? Pengertian tentang merdeka aku percaya ramai yang dah tahu. Dari sekolah lagi belajar sejarah.

Tapi ini adalah cerita aku sebagai anak merdeka. Maksud aku, anak yang dilahirkan pada hari merdeka. Aku pun sebenarnya tak ingat umur berapa aku hafal tarikh lahir aku. Tapi yang aku ingat, masa umur 5tahun, mak aku pernah celebrate birthday aku, Masa tu aku belum mengerti lagi bahawa hari jadi aku itu adalah hari merdeka.

Ketika aku darjah 6 dulu. Masa hari jadi aku iaitu hari merdeka, aku bangun pagi tu lepas tu aku pergi ke belakang rumah aku untuk kutip bunga-bunga. Lepas tu aku mandi bunga. Gile apa ntah. Aku rasa ni pengaruh tv kot. Tu yang aku buat macam tu. Masa zaman aku dulu, darjah 6 fikiran tak matang macam budak-budak sekarang. Memang aku ni kebudak-budakan gila. Sampai sekarang la aku rasa walaupun umur aku lagi beberapa jam nak masuk 23 tahun, tapi fikiran aku tak matang seperti orang yang berumur 23tahun. Kalau aku cakap aku 19 orang percaya kot. OK la, berbalik kepada cerita. Rumah aku kat kampung, sebab aku memang asalnya orang kampung. So hari tu aku mandi bunga, kira special day untuk diri sendiri la ni. Lepas mandi bunga tu, bunga-bunga yang aku buat mandi tu bersepah atas lantai bilik mandi. Jadi kantoi la dengan mak aku. Aku ingat kena marah, tapi tak pun, mak aku suruh kemas je, lepas tu aku tengok die potong ayam banyak-banyak. Aku pun tak tahu dia nak buat apa. Alih-alih dia cakap kat aku, nanti ajak kawan-kawan datang rumah. Taulah aku, rupanya mak aku buat makan-makan untuk aku. Masa tu aku rasa diri aku special sikit dari adik beradik lain, sebab kalau birthday aku, mesti semua ingat punya.Padahal birthday adik dan kakak aku pun kadang-kadang aku lupa. :p

Bila dah masuk sekolah menengah tak ada lagi majlis hari jadi. Lagi pun start form 2 aku dah duduk hostel. Tetapi macam biasa la, birthday aku mesti special sikit. Aku ingat lagi, masa aku form 5. Aku stay kat hostel juga, sekolah teknik. Tak jauh pun dari rumah. Tapi aku memang suka duk hostel,sebab kawan-kawan ramai dan boleh berdikari. Nak dijadikan cerita, bila menjelang hari merdeka, mesti dekat sekolah buat sambutan. So malam 30 Ogos tu semua pelajar yng tinggal di hostel kena pakai baju batik asrama dan berkumpul di dewan besar menunggu detik 12 malam untuk melaungkan perkataan MERDEKA.!! Sambil menunggu detik 12malam, pelajar disajikan dengan persembahan. Aku memang tak ambik port bahagian persembahan.Sebab aku pengawas. kerja belakang tabir. Sebelum tiba 31 ogos, aku dah call mak aku, cakap nak kek untuk hari jadi. Sebagai anak bongsu perempuan dalam family, mak aku layankan aje walau aku bukan anak manja. So pagi tu mak dan ayah aku datang sekolah nak hantar kek, tapi aku pulak pepagi tu ada meeting. Adoi kacau betul la. Terpaksa la mak ayah aku menunggu aku habis meeting. Lepas tu jumpa mak ayah aku, aku tengok mak ngan ayah aku siap beli hamper lagi. Dan die tulis. "Selamat hari jadi kak yue dari ma dan ayah". Weh sebak aku baca kot. Tapi aku control senyum aje. Sebab aku segan wei ngn ayah dan mak aku. Dah aku cakap tadi aku bukan anak manja. Bukan nak peluk or cium pipi ke apa.Sengih-sengih aje. Lepas tu mak aku cakap, kakak aku dan abang aku beli hadiah untuk aku. Masa tu aku ingat, birthday aku je dapat hadiah, adik beradik lain tak ambik port sangat bila birthday masing-masing. Di situ kelebihan bagi aku sebagai anak merdeka.

Semakin tahun, bila dah makin dewasa, dah tak ada da kek semua tu, sebab aku belajar jauh sikit dari daerah aku. Lagipun dah besar, dah tak teringin pun semua tu. Cuma bila dah dewasa ni, kawan-kawan la rajin wish. Asal pukul 12malam je telefon mesti berbunyi. Dapat call dari kawan-kawan baik dan mesej dari rakan-rakan dan yang penting dari family. Wish happy birthday dan selamat hari merdeka. Ramai yang cakap aku beruntung sebab jadi anak merdeka. Ye memang aku rasa beruntung. Sebab bila hari merdeka, kawan-kawan akan ingat hari ni birthday aku.

Tapi beberapa tahun ni, bila merdeka, aku mesti sedih. Bermula tahun 2007. Putus cinta punya pasal. terus tak ada seri bila tiba hari jadi. Padahal masa sekolah dulu pun tak ada pakwe juga. Tapi kali ni, aku betul-betul rasa sunyi bila tiba hari jadi aku. Tahun 2006 bermakna sikit, sebab masa tu aku ada dekat rumah, dan masih berpunya,walaupun tak ada hadiah, tapi cukup la ada family dan si dia untuk aku berkongsi gembira. Aku ingat mak aku bagi gelang bertulisan IYOU. Sampai sekarang aku simpan gelang tu dan pakai. Dah hampir 4tahun. Gelang tu mak aku bagi melalui adik aku. Lepas tu, masa tahun yang sama juga, si dia call aku. Padahal hari-hari dah call. Tapi terima ucapan hari jadi oleh sesorang yang cukup istimewa memang berharga sangat. Malam tu juga la abang aku call wish besday. Masa tu dia keluar pergi tengok sambutan di ambang merdeka dekat bandar. Kawan-kawan pun tak lupa wish. Happy sangat. :D

Tapi tahun 2007, tak happy macam tahun sebelumnya. Beberapa hari sebelum hari jadi aku, aku pergi ke Kuala Terengganu untuk jumpa kawan aku. stay kat rumah dia. 30 ogos aku mintak izin dengan mak aku nak pergi rumah kawan yang lain pula dengan alasan nak sambut merdeka. Tetapi hakikat sebenarnya ialah, aku keluar untuk membawa diri. Dan berada bersama kawan-kawan untuk ubat kesedihan pada hari jadi. Dan malam merdeka 2007, aku sambut dengan ketawa palsu bersama rakan-rakan. Akhirnya aku menangis. Seriously aku rasa kehilangan gila. Tapi esoknya balik rumah, aku tengok ada sebotol perfume atas meja cermin di bilik aku. Hadiah dari kakak aku. Aku tak ucap terima kasih pun .Sebab aku segan.Kami tak rapat. Aku terharu gila, sebab disaat aku rasa aku kehilangan, sebenarnya aku ada keluarga bersama-sama aku.

Merdeka 2008, lagi haru. Tapi ni jalan yang aku pilih. Aku masih berhubung dengan si dia. Masa sebelum 31 ogos, aku tanya dia, malam merdeka tak turun kL ker.? "Dia cakap tak tau lagi .Tak turun kot". Aku memang sedih gila. So aku ambil keputusan untuk balik kampung malam 30 0gos tu. Tapi aku sakit hati gila, bila si dia mesej aku, cakap ade kat sepang hari tu,"malam ni buat apa-apa tak.? kalau takde ingat nak pergi dataran merdeka". Marah betul aku, masa tu aku cakap, ''orang nak balik terengganu dah malam ni. Hari tu cakap tak boleh jumpa.'' Aku memang sengaja pilih malam merdeka. Sebab nak bawak diri lagi. Jadi ceritanya, merdeka 2008, aku sambut dalam bas diiringi air mata lagi. Tapi kawan-kawan masih tak lupa wish.
Siap call dan siap nyanyi lagi. Terharu gila. Tapi kamu.? Tak mesej pun. Ye aku tau, kamu ego. Sebab tu tak wish pun birthday aku malam tu. Kamu wish pagi esoknya. Sedangkan kamu tahu, aku tunggu mesej dari kamu. Tapi aku faham, kamu buat semua ni sebab tak nak aku berharap dengan kamu lagi. Ok saya terima. Dan kesedihan tu aku dapat bendung sebab aku bersama keluarga. Sampai je kat rumah pagi tu, ayah aku cakap hari ni ada mesyuarat kat kampung. Aku kena pergi juga. Hari tu tak ada hadiah dari family. Aku rasa la. Sebab sibuk nak puasa dah 1 september.

31 ogos 2009. Yang ni pun sedih juga. Masa tu gaduh dengan kamu lagi. Aku pun lupa pasal apa. Yang aku ingat aku memang kecewa kot malam tu. Sebab aku begitu inginkan sesuatu untuk hari jadi aku. Aku nak celebrate dengan kamu. Tapi bila tak dapat, aku kecewa. Malam 30 ogos, semua kawan-kawan aku tak ada, ramai yang balik sebab bulan puasa. Kawan aku yang duk sabah pula keluar dengan boifren die. Jadi aku alone gila time tu. Aku cuma harapkan kamu. Nak jumpa kamu. Tapi tak dapat. So seawal jam 9malam. Aku dah tutup lampu bilik aku. Dan berusaha untuk tidur. Sebenarnya aku tak tidur, tapi menangis. Mengenang nasib diri jauh dari keluarga. Jauh pula dari kamu dan kawan-kwan pun tak ada disisi. Jadi aku rasa macam aku ni kesian gila. Aku ada mengadu dekat blog tahun lepas. Baca di sini. Masa malam tu aku baru nak feeling sedih sebab sesorang untuk hari jadi aku, tiba-tiba kawan aku dah balik dari dating. Terus masuk bilik aku dan buka lampu bilik. Konon nak temanku. Ceh, kacau betul aku nak bersedih-sedihan. Tapi tak lama, pukul 12 malam. Telefon aku start berbunyi, banyak mesej masuk dan dapat call dari kawan-kawan. Terus tak jadi nak sedih giler-giler. Terharu, kawan-kawan sentiasa ingat hari jadi aku dan tak lupakan aku walau di mana mereka berada. Dapat call dari abang aku, dapat mesej dari adik aku. Diorang semua pergi tengok bunga api malam tu. Aku je dengar bunyi bunga api dari jauh. Ah, keluarga sentiasa diingatan. Esoknya dapat mesej dari ayah aku, wish birthday. "Selamat hari jadi kak nurul, semoga menjadi insan yang berguna n bla-bla aku tak ingat. Dari ayah dan mama." Sebak gila. Birthday ayah aku pun aku tak wish. Hampeh punya anak. Tapi seorang ayah wish birthday untuk anak dia. Apa cerita ni..??? Lepas tu ayah aku call, dia cakap dia beli jam. Balik raya baru aku dapat jam tu. So pada hari raya tahun lepas pakai jam baru hadiah hari jadi. Terima kasih ayah. Maaf anakmu ini begitu malu untuk menunjukkan perasaan sebenarnya. Dan seperti tahun sudah, kamu mestilah wish birthday pagi 31 ogos. Ahh..Kamu begitu ego.! Masih dengan prinsipnya tak mahu aku terus berharap dekat kamu. Bila aku call cakap nak hadiah. Jawapan kamu, "aku nak makan pun tak lepas. Inikan pula nak beli hadiah". Sedih sangat aku rasa. Bukan nak sangat hadiah tu, tapi kamu tahu tak bila hari jadi celcom akan bagi panggilan percuma selama satu minggu. Dan saya tak tahu nak call siapa. Jadi call kamu. Aku tak simpan lama pun perasaan kecewa itu. Sebab aku tahu sikap kamu. Keegoan kamu itu dan prinsip tak nak aku terus berharap buat kamu layan aku begini. Ok. Fine. Saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menghargai. Dan terima kasih juga buat kamu sebab tak lupa wish. Walaupun kamu cakap dah tidur malam tu. Tapi aku tahu. Bukan tidur pun sebenarnya.

30 ogos 2010. Dimana waktunya sekarang aku sedang menaip tentang cerita tahun-tahun sudah. Aku tak tahu apa yang istimewa Merdeka + Hari jadi tahun ni. Sebab aku tak nak minta dan tak nak berangan lebih-lebih. Takut aku nangis lagi. Dan detiknya, bermula hari ini. Aku nak tengok samaada cerita sedih atau cerita gembira pula tahun ni. Aku tak nak fikir sangat. Nak biarkan ia berlalu dan berlaku je. Apa yang jadi aku terima. Tahun ni aku stay bersama junior. Jadi diorang semua tak tahu birthday aku. Aku pun tak nak cakap. Aku pun nak juga merasa birthday aku dilupa, walaupun sebenarnya takkan dilupakan.

Sebenarnya ada juga yang tak best bila hari jadi sama dengan hari bersejarah. Sebab tak boleh nak buat surprise. Kalao ko tangok kawan-kawan ko lain macam tu pun ko dah boleh agak da. Lepas tu pulak, tak adanye ko nak lupa, "Eh hari ni brapa haribulan erk.? Jadi hari ni hari jadi aku la..? La betul ker ni hari jadi aku.?" Dah toksah nak berangan la semua tu.! Tu namanya menipu diri sendiri dengan buat-buat lupa. Selamat Hari Merdeka Semua... :-)

Monolog : Masa hari jadi aku yang ke 18, My best friend effah beli kek sebagai hadiah. Dan masa tu kamu pun sama-sama makan kek tu. Tapi masa tu kita belum pun ada perasaan antara satu sama lain lagi. Tak sangka jadi kenangan juga. :D

4 comments on "Merdeka dan selamat hari jadi"

Mohd Naim on August 30, 2010 at 4:57 PM said...

wahh..anak merdeka ke..xsangka plak..

apa2 pun..happy birthday!!!

hamzah ian on August 30, 2010 at 7:36 PM said...

gile panjang entri ni.. hahahaha

aisHa 'S' on August 30, 2010 at 7:36 PM said...

naim tQ..
hehe...
xperlu sangka2...
hehehe

aisHa 'S' on August 30, 2010 at 8:48 PM said...

cite ni bertahun2 kot..tu yg panjang..aku mlas nk bt sambung2...
heee..baca sekali je trus abes...

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez