Hari ni datang kerja awal. Sampai pun awal, sebab apa.? sebab hari rabu, dah pertengahan minggu. Jadi rasa gembira lah lagi dua hari perlu kerja kemudian weekend balik. Sekejap je kan seminggu habis macam tu jer.
Hari ni due date untuk my supervisor semak task untuk praktikal, macam biasa, trainee yang malas bertanya macam saya buat kerja,yang siap tu, siap la, tapi tak semua complete. Sebab tak tahu nak buat dan tak mampu nak buat lepas tu tak tanya. Then duduk diam-diam nak suruh orang ajar. Sekarang ni hampir 89% da siap notes untuk lotus. Cuma tunggu kena check sekali lagi dah siap baru boleh bagi ke group Portal.
Start jumaat lepas berkerja melibatkan user, bagi orang penyegan macam aku ni, ambil masa sikit nak improve dalam banyak hal. Termasuk la bila kena call user dan bagitau masalah dan salah yang telah dia buat. Bila bekerja dengan user ni banyak kerenah sikit, tapi yang best pun ada. Terutama user lelaki, die tak banyak songeh dan tak banyak tanya. Lepas tu siap puji-puji lagi. "Oh hebat awak erk. Macam mana tahu saya hantar email besar.? Lain kali singgah la lagi. Selamat berbuka puasa." Kita yang baca ni, terus sejuk hati.Haha Kalau user perempuan banyak soalan sikit. "bila i hantar emel besar.? kepada siapa.? berapa besar.? Jadi u nak i buat apa ni.?" So bila aku cakap. "Saya tak tahu bila u hantar, tak tahu kepada siapa dan semua tu, sebab i cuma dapat report dari Network team yang u ada hantar email bersaiz besar, Jadi i kena check u punya Lotus dan delete email tu." Pastu timbul pula soalan baru, terpaksa jawab dengan baik dan rendah diri. Sebab dah terpampang dekat IM lepas nama aku tu ada tulis Practical Training. Tapi tak semua user perempuan macam tu, ada juga yang baik dan siap bagi icon smile comel gitu. Semangat sikit aku nak kerja.
Lagi satu bila kena chat dengan user yang suka speaking. Nama dia melayu, jadi setiap soalan dia akan tanya dalam bahasa Inggeris. Aku jawab melayu. Sampai satu part aku pun speaking gak, tetiba die jawab separuh melayu, separuh inggeris. Then aku bagi instruction dalam inggeris, terus dia reply dalam bahasa melayu pulak..Hehe..Aku segan sebenarnya, inggeris aku tak berapa bagus sangat. Kalau user nama china atau india aku akan buat last sekali. Boleh gitu.?
Sampai bila la keyakinan diri ni nak meningkat. Aku terlalu memandang tinggi pada orang lain sampai merendahkan diri sendiri pula. Lepas ni, mungkin akan terus berkerja dengan user. Ini kerja sampingan je sebab main task aku dekat sini ialah buat SOP untuk Lotus Notes. So aku kutip la segala pengalaman yang boleh aku belajar dekat sini. Bukan buat kerja Lotus group je, malah aku pernah ikut Desktop group pergi jumpa user dan tengok diorang configure laptop atau pc user. Seronok sangat, sebab kerja diorang boleh berjumpa ramai orang. Yang penting boleh berjalan. Tu yang paling best. Boleh tengok floor lain. Tak ada la aku kenal level 20 je sepanjang kat sini. Buat masa ni aku teringin sangat nak belajar configure pc atau laptop, kalau aku tau buat tu, nanti tak payah susahkan kawan-kawan bila laptop aku buat hal. Setakat ni belajar sikit-sikit je dulu. Itu pun terpaksa curi-curi masa.
Monolog: Saya suka berada di sini..Agak-agak boleh tak saya nak terus kerja kat sini..?? Heee
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
11 months ago
5 comments on "Hari ke Duapuluh lima dalam bulan Ogos"
hahaha.. nice
antara kerja dengan belajar..
mana satu best..??
Bg org yg dah kerja, belajar la best..Sebab boleh enjoy..Kot..
Bagi org yg belajar xsabar2 nk kerja sbb dpt duit...
Tapi bila da kerja..????
kalau dah suka keja sana...kau buatlah rajin mengalahkan bangladesh..tamat praktikal terus dia offer...insyaAllah. mcm aku ni. .tmpat praktikal tak.offer pun..takde kosong satu hal..tak cukup rajin tu tak tahulah.huhu.
lelaki memglah bermulut manis skit...jgn kau layan sgt dah lah.huu
karenah user biasa la..kita kena la sentiasa manis mulut dan muka, dalam hati Allah saja yg tahu...tapi cuba ikhlaskan sehabis mungkin...
kalau berkesempatan, jangan takat configure pc dgn laptop..cuba tanya kot2 boleh belajar configure server..byk ilmu boleh belajar...banyakkan bertanya sampai dia letih nak jawab..yg penting awak dapat ilmu tu..
fndrocka: mmg la kena rajin..tp kadang2 mood malas mengatasi sglnya..kalo bg keje mmg bt..tp bile xde kerja...on9 la jawabnyer...hee..yup ingt mmg nk mntak..kalo die offer best gak ni.
Naim: Bkn xnk blajar..tp sbb aku bwh group lain..jd xsempat nk mengulor tanye itu ini..bile supervisor aku xde..keje xde bru start ikut dorang..tp groupl lotus mmg de connect ngn surver pn..almost every week dorang bt test surver..jd skrg ni phm la sket kerja dorang cmner..knp kdg2 server down..dlu mase xtau mesti nk mrh bile server down..skrg da tgk dorang kerja truk..bru la phm..Oooo sbb ni rupanyer..hehe
Post a Comment