Bas pilihan mestilah Sani. Tadi sedang beratur untuk beli tiket, dekat kaunter bas Sani tu dia siap pasang tayangan video tentang kejayaan syarikat tu, lepas tu siap ada beberapa orang staff Sani sendiri turun padang pergi ke kaunter untuk pantau keadaan pelanggan beratur panjang beli tiket. Siap ambil gambar, maybe untuk buat report.
Siapa sangka orang yang dulunya menjadi penyanyi berjaya bergelar Datuk dalam usia muda dengan mengusahakan syarikat pengangkutan(kenyataan aku ni betul ker.?). Untuk info lanjut disini. Lagipun syarikat ni bumiputra punya. So tak salah menyokong. Tiket pun tak mahal RM43 je. Untuk keselesaan sepanjang perjalanan yang mungkin mengambil masa 8-10 jam untuk balik raya.

Tertanya-tanya juga, Wisma Dato Sani terletak kat mana erk.? Setakat ni tak pernah lagi merasa makan atau minum dekat cafe Sani. Sebab aku tak suka turun kalau dah naik bas. Taku kena tinggal lagi.
Edited: Baru dapat tahu dekat sini 16september cuti 1malaysia. Aku beli tiket balik KL 15malam konon nak masuk kerja 16hb tu. Sedang mengira-ngira untuk minta cuti hari jumaat dan datang KL hari Ahad malam.Gile cuti..Heee
Monolog: Semalam seharian berada di hotel Summit untuk join majlis NIP. Dapat berbuka puasa dengan kakak aku n cousin serta 800 orang yang lain dari serata negeri. Sangat meriah. Sekurang-kurangnya tidak sia-sia hari minggu saya dengan berkurung di hostel menuggu waktu berbuka dengan tidur sahaja. [Rasa nak demam.]
5 comments on "Tiket oh tiket 2"
2 jam beratur beli tiket..wow
nie kaw kaw punyer cuti....aku gak tak dapat cuti...so bekerja jer la di pagi raya....huhuhu kenapa la aku keje on call....malas nyer
biasa la..nak balik pantai timur mmg camtu bila tibas musim perayaan...
takperla aisha mungkin ni kenangn yg mesti tak dpt awak lupakan.. nnti atas bas suruh driver pasang lagu raya aisah tajuk pulanglah ok hehe
Oh tidak..nanti kan nangis..hee....
yup..kenangan ni..tahun terakhir belajar lak tu..ishk2...
xsaba2 nak balik...
Post a Comment