Thursday, August 19, 2010

MAjlis Berbuka Puasa

Posted by aisHa 'S' at 8/19/2010 07:33:00 AM
Semalam ada Majlis Berbuka Puasa di Sime Darby Convention Center. Majlis ni adalah untuk semua staff sime darby dari pelbagai division, kire macam gathering la pula. Kalau sebelum ni jumpa dan kenal staf-staf dari satu bangunan ni je. Tapi semalam bukan dapat berkenalan dengan staf-staf lain pun, dapat tengok pun jadi la kan. Dapat la kenal seorang dua walaupun lepas ni kalau jumpa mesti tak ingat punya.

Pertama kali menjejakkan kaki disini, aku sangat teruja. Tempat yang luas, dewan yg besar, terasa seperti berada di hotel pula. Makanannya jangan cakap la, memang lazat. Semalam nafsu makan aku memang dah tak boleh cakap la,semua benda nak sumbat. Satu meja makan tu penuh dengan pelbagai makanan. Sampai mase nak balik tu, tak larat nak berjalan. Kesannya ialah, pagi tadi tak perlu bangun sahur, sebab masih lagi rasa kenyang. Dahsyat la. Tapi kempunan nak makan kambing panggang semalam. Orang beratur ramai sangat. So dapat tengok je la. Tak pe la, tak ada rezeki. Lepas ni siapa nak ajak aku pergi berbuka lagi..?? Sila-sila jangan segan, confirm makanan habis. :D


[Maaf kualiti gambar biasa-biasa aje,sebab pakai camera handphone je]

Makan-makan juga,tapi jangan dilupa pada saudara kita yang sedang berlapar. Kita disini membazir makanan.Mereka disana kebulur tidak cukup makanan. :(


p/s : Masa berbuka ni, saya teringatkan kamu, sungguh, kalaulah saya boleh jemput kamu sama. Bila kita boleh berbuka bersama ni.?

6 comments on "MAjlis Berbuka Puasa"

Mohd Naim on August 19, 2010 at 2:54 PM said...

wahh!! bestnya dapat buka puasa free...

kalau saya, kambing tu carik sy carik dulu..beratur panjang p0n xkisah...hehehe!!

aisHa 'S' on August 19, 2010 at 3:26 PM said...

ingt nk bt cmtu gak..tp xsempat lak.. pastu member lak xsuke mkn kambing..so sy duk diam je la..
haha....nnti gi mkn beefsteak la kalo kempunan sgt...

Mohd Naim on August 19, 2010 at 6:06 PM said...

hahaha!! jom!

aisHa 'S' on August 19, 2010 at 6:23 PM said...

ceh..beefsteak afta raya pn bole...bile2 leh dpt...urm...makan2 tu je pk..

Anonymous said...

time belajar berpuasa memg payah gilerlah aku nak sahur...sahur pun kul 2..tapi kalau kat rumah dgn famili tiap hr seronok sahur sebab ada mak masak atau panaskan lauk.huhu.

aisHa 'S' on August 20, 2010 at 10:57 AM said...

Aku pun kdg2 tak bangun. Kalau bangun pun makan roti dan minum milo panas. Tak pun makan sebiji epal.Tak sampai sepuluh minit, kemudian tidur balik. Kalau kat rumah pukul 4.30 bangun tolong mak aku.Tahun ni aku tak merasa semua tu.Sedih betul.

 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez