Tuesday, August 31, 2010

Ucapan Merdeka dan ucapan Hari Jadi.

Posted by aisHa 'S' at 8/31/2010 12:39:00 AM 2 comments

[Lagu ni aku hampir terlupa sudah..Ini pun aku bernasib baik sebab ada seorang budak kecik yang nyanyikan balik lirik tu dekat fb.Tq dak kecik :D]

Hari ni konon-kononnya nak happy-happy. Tapi sampai je hostel terus tertidur kepenatan. Waktu malam sebelum menjelang pukul 12 malam. Suasana yang suram.Hati aku sedang dilanda kekecewaan. Sebab aku betul-betul nak keluar pergi jejalan tengok lampu-lampu kalimantan dan bunga api di jalanan. Hajat tak kesampaian. Jadinya aku terbungkam je atas katil ni sambil online. FB pun suram jer. Mana semua orang.??

11:25p.m kawan aku call. Wish birthday. Katanya saja call awal sebab nanti ko mesti busy lak kan.? Hee..Terharu. Terima kasih kawan. :D Kamu sahabat yang baik. Maaf sebab perbezaan jantina membuatkan kita tidak boleh begitu mesra. Menjelang pukul 12 malam, telefon aku masih lagi sunyi. Rasa sedihnya...Tapi tak lama, lepas je 10 minit,, mesej terus berebut-berebut masuk. Sampai aku pun tak tahu nak reply mana satu. Masa ni senyum sampai ke telinga. Walau di hati tercalit sedikit duka sebab mesej yang ditunggu tak juga kunjung tiba. Dekat wall fb kawan-kawan pun mula post ucapan hari jadi dan selamat hari merdeka. Wah mereka ini tiba-tiba saja muncul. Serentak pulak tu. Memang saja buat aku sedih dulu. Ingat tak ada kawan-kawan yang online malam ni. Terus suasana bertukar meriah.

12:17a.m- dapat panggilan dari sahabat sejawatan dulu. Katanya sedang memancing. Aku ingatkan sedang melihat bunga api. Dengan suara yang ceria kamu cakap, pertama aku nak wish Selamat hari Merdeka..Aku dah gelak da. Lepas tu kedua aku nak wish Selamat hari jadi. Meletus ketawa ketika itu. Ahh..Sahabat, anda semua sangat prihatin. Terima kasih sangat. Seperti biasa mood sedih bertukar ceria. Masa sedang berbual di telefon, dapat satu mesej yang ringtonenya lain dari orang lain. Aku hampir melonjak gembira...Weee...

Hepi besday 2 u. hepi besday 2 u.lalala.hepi besday 2 u.sok, tgk cmne..kte kuar gi mn2. Nnti papehal msj blik. Skrg nga lepak ni. Jln jem gle.
Gembira tak terkata. Sungguh.! Waa tak sangka..Uhuk2..Nak melompat je rasanya. Akhirnya, tahun ni kamu wish birthday pada malam 31 ogos.Heee..Terima kasih. Ini yang saya tunggu selama ini. Tidak besar pun permintaan itu, Hanya satu mesej dari kamu sudah cukup buat aku rasa masih dihargai. Tak sabar tunggu hari esok. Firts time ni keluar on my birthday selama kenal hampir dah berapa tahun erk..? heee

Tadi adik aku send mesej, ucap selamat hari jadi, lepas tu sambung chat dekat fb. Abang aku lak chat dekat fb, kakak aku post status dekat fb. Dalam satu malam, mereka yang tinggal dalam satu rumah memberi ucapan hari jadi. Hehe..Terima kasih ya. Tunggu jumpa nak raya nanti.

Buat kawan-kawan yang ucap birthday, terima kasih banyak-banyak. Sesungguhnya,ucapan anda memberi satu perasaan yang indah dalam diri ini. Rasa teruja, rasa gembira dan yang penting rasa dihargai. Ada sahabat yang mengenali dan juga sahabat di alam maya saja. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Kerana tanpa anda siapalah saya.. Kerana anda membuatkan saya rasa sangat bermakna pada hari ini. Selamat hari merdeka yang ke 53. Dan selamat hari jadi untuk diri saya sendiri yang ke 23tahun. :D
MERDEKA.!!! MERDEKA..!!! MERDEKA..!!!!

Monday, August 30, 2010

Merdeka dan selamat hari jadi

Posted by aisHa 'S' at 8/30/2010 11:58:00 AM 4 comments
[Entri ni bukan pasal merdeka pun]
Aku buka beberapa blog, banyak yang buat entri pasal merdeka. Lepas tu siap ada kempen 1blog 1 bendera lagi.Tapi aku sebagai manusia yang dilahirkan pada tanggal 31 ogos ni pula tak buat pun entri pasal merdeka. Apakah aku tidak mempunyai jiwa yang patriotik.? Pengertian tentang merdeka aku percaya ramai yang dah tahu. Dari sekolah lagi belajar sejarah.

Tapi ini adalah cerita aku sebagai anak merdeka. Maksud aku, anak yang dilahirkan pada hari merdeka. Aku pun sebenarnya tak ingat umur berapa aku hafal tarikh lahir aku. Tapi yang aku ingat, masa umur 5tahun, mak aku pernah celebrate birthday aku, Masa tu aku belum mengerti lagi bahawa hari jadi aku itu adalah hari merdeka.

Ketika aku darjah 6 dulu. Masa hari jadi aku iaitu hari merdeka, aku bangun pagi tu lepas tu aku pergi ke belakang rumah aku untuk kutip bunga-bunga. Lepas tu aku mandi bunga. Gile apa ntah. Aku rasa ni pengaruh tv kot. Tu yang aku buat macam tu. Masa zaman aku dulu, darjah 6 fikiran tak matang macam budak-budak sekarang. Memang aku ni kebudak-budakan gila. Sampai sekarang la aku rasa walaupun umur aku lagi beberapa jam nak masuk 23 tahun, tapi fikiran aku tak matang seperti orang yang berumur 23tahun. Kalau aku cakap aku 19 orang percaya kot. OK la, berbalik kepada cerita. Rumah aku kat kampung, sebab aku memang asalnya orang kampung. So hari tu aku mandi bunga, kira special day untuk diri sendiri la ni. Lepas mandi bunga tu, bunga-bunga yang aku buat mandi tu bersepah atas lantai bilik mandi. Jadi kantoi la dengan mak aku. Aku ingat kena marah, tapi tak pun, mak aku suruh kemas je, lepas tu aku tengok die potong ayam banyak-banyak. Aku pun tak tahu dia nak buat apa. Alih-alih dia cakap kat aku, nanti ajak kawan-kawan datang rumah. Taulah aku, rupanya mak aku buat makan-makan untuk aku. Masa tu aku rasa diri aku special sikit dari adik beradik lain, sebab kalau birthday aku, mesti semua ingat punya.Padahal birthday adik dan kakak aku pun kadang-kadang aku lupa. :p

Bila dah masuk sekolah menengah tak ada lagi majlis hari jadi. Lagi pun start form 2 aku dah duduk hostel. Tetapi macam biasa la, birthday aku mesti special sikit. Aku ingat lagi, masa aku form 5. Aku stay kat hostel juga, sekolah teknik. Tak jauh pun dari rumah. Tapi aku memang suka duk hostel,sebab kawan-kawan ramai dan boleh berdikari. Nak dijadikan cerita, bila menjelang hari merdeka, mesti dekat sekolah buat sambutan. So malam 30 Ogos tu semua pelajar yng tinggal di hostel kena pakai baju batik asrama dan berkumpul di dewan besar menunggu detik 12 malam untuk melaungkan perkataan MERDEKA.!! Sambil menunggu detik 12malam, pelajar disajikan dengan persembahan. Aku memang tak ambik port bahagian persembahan.Sebab aku pengawas. kerja belakang tabir. Sebelum tiba 31 ogos, aku dah call mak aku, cakap nak kek untuk hari jadi. Sebagai anak bongsu perempuan dalam family, mak aku layankan aje walau aku bukan anak manja. So pagi tu mak dan ayah aku datang sekolah nak hantar kek, tapi aku pulak pepagi tu ada meeting. Adoi kacau betul la. Terpaksa la mak ayah aku menunggu aku habis meeting. Lepas tu jumpa mak ayah aku, aku tengok mak ngan ayah aku siap beli hamper lagi. Dan die tulis. "Selamat hari jadi kak yue dari ma dan ayah". Weh sebak aku baca kot. Tapi aku control senyum aje. Sebab aku segan wei ngn ayah dan mak aku. Dah aku cakap tadi aku bukan anak manja. Bukan nak peluk or cium pipi ke apa.Sengih-sengih aje. Lepas tu mak aku cakap, kakak aku dan abang aku beli hadiah untuk aku. Masa tu aku ingat, birthday aku je dapat hadiah, adik beradik lain tak ambik port sangat bila birthday masing-masing. Di situ kelebihan bagi aku sebagai anak merdeka.

Semakin tahun, bila dah makin dewasa, dah tak ada da kek semua tu, sebab aku belajar jauh sikit dari daerah aku. Lagipun dah besar, dah tak teringin pun semua tu. Cuma bila dah dewasa ni, kawan-kawan la rajin wish. Asal pukul 12malam je telefon mesti berbunyi. Dapat call dari kawan-kawan baik dan mesej dari rakan-rakan dan yang penting dari family. Wish happy birthday dan selamat hari merdeka. Ramai yang cakap aku beruntung sebab jadi anak merdeka. Ye memang aku rasa beruntung. Sebab bila hari merdeka, kawan-kawan akan ingat hari ni birthday aku.

Tapi beberapa tahun ni, bila merdeka, aku mesti sedih. Bermula tahun 2007. Putus cinta punya pasal. terus tak ada seri bila tiba hari jadi. Padahal masa sekolah dulu pun tak ada pakwe juga. Tapi kali ni, aku betul-betul rasa sunyi bila tiba hari jadi aku. Tahun 2006 bermakna sikit, sebab masa tu aku ada dekat rumah, dan masih berpunya,walaupun tak ada hadiah, tapi cukup la ada family dan si dia untuk aku berkongsi gembira. Aku ingat mak aku bagi gelang bertulisan IYOU. Sampai sekarang aku simpan gelang tu dan pakai. Dah hampir 4tahun. Gelang tu mak aku bagi melalui adik aku. Lepas tu, masa tahun yang sama juga, si dia call aku. Padahal hari-hari dah call. Tapi terima ucapan hari jadi oleh sesorang yang cukup istimewa memang berharga sangat. Malam tu juga la abang aku call wish besday. Masa tu dia keluar pergi tengok sambutan di ambang merdeka dekat bandar. Kawan-kawan pun tak lupa wish. Happy sangat. :D

Tapi tahun 2007, tak happy macam tahun sebelumnya. Beberapa hari sebelum hari jadi aku, aku pergi ke Kuala Terengganu untuk jumpa kawan aku. stay kat rumah dia. 30 ogos aku mintak izin dengan mak aku nak pergi rumah kawan yang lain pula dengan alasan nak sambut merdeka. Tetapi hakikat sebenarnya ialah, aku keluar untuk membawa diri. Dan berada bersama kawan-kawan untuk ubat kesedihan pada hari jadi. Dan malam merdeka 2007, aku sambut dengan ketawa palsu bersama rakan-rakan. Akhirnya aku menangis. Seriously aku rasa kehilangan gila. Tapi esoknya balik rumah, aku tengok ada sebotol perfume atas meja cermin di bilik aku. Hadiah dari kakak aku. Aku tak ucap terima kasih pun .Sebab aku segan.Kami tak rapat. Aku terharu gila, sebab disaat aku rasa aku kehilangan, sebenarnya aku ada keluarga bersama-sama aku.

Merdeka 2008, lagi haru. Tapi ni jalan yang aku pilih. Aku masih berhubung dengan si dia. Masa sebelum 31 ogos, aku tanya dia, malam merdeka tak turun kL ker.? "Dia cakap tak tau lagi .Tak turun kot". Aku memang sedih gila. So aku ambil keputusan untuk balik kampung malam 30 0gos tu. Tapi aku sakit hati gila, bila si dia mesej aku, cakap ade kat sepang hari tu,"malam ni buat apa-apa tak.? kalau takde ingat nak pergi dataran merdeka". Marah betul aku, masa tu aku cakap, ''orang nak balik terengganu dah malam ni. Hari tu cakap tak boleh jumpa.'' Aku memang sengaja pilih malam merdeka. Sebab nak bawak diri lagi. Jadi ceritanya, merdeka 2008, aku sambut dalam bas diiringi air mata lagi. Tapi kawan-kawan masih tak lupa wish.
Siap call dan siap nyanyi lagi. Terharu gila. Tapi kamu.? Tak mesej pun. Ye aku tau, kamu ego. Sebab tu tak wish pun birthday aku malam tu. Kamu wish pagi esoknya. Sedangkan kamu tahu, aku tunggu mesej dari kamu. Tapi aku faham, kamu buat semua ni sebab tak nak aku berharap dengan kamu lagi. Ok saya terima. Dan kesedihan tu aku dapat bendung sebab aku bersama keluarga. Sampai je kat rumah pagi tu, ayah aku cakap hari ni ada mesyuarat kat kampung. Aku kena pergi juga. Hari tu tak ada hadiah dari family. Aku rasa la. Sebab sibuk nak puasa dah 1 september.

31 ogos 2009. Yang ni pun sedih juga. Masa tu gaduh dengan kamu lagi. Aku pun lupa pasal apa. Yang aku ingat aku memang kecewa kot malam tu. Sebab aku begitu inginkan sesuatu untuk hari jadi aku. Aku nak celebrate dengan kamu. Tapi bila tak dapat, aku kecewa. Malam 30 ogos, semua kawan-kawan aku tak ada, ramai yang balik sebab bulan puasa. Kawan aku yang duk sabah pula keluar dengan boifren die. Jadi aku alone gila time tu. Aku cuma harapkan kamu. Nak jumpa kamu. Tapi tak dapat. So seawal jam 9malam. Aku dah tutup lampu bilik aku. Dan berusaha untuk tidur. Sebenarnya aku tak tidur, tapi menangis. Mengenang nasib diri jauh dari keluarga. Jauh pula dari kamu dan kawan-kwan pun tak ada disisi. Jadi aku rasa macam aku ni kesian gila. Aku ada mengadu dekat blog tahun lepas. Baca di sini. Masa malam tu aku baru nak feeling sedih sebab sesorang untuk hari jadi aku, tiba-tiba kawan aku dah balik dari dating. Terus masuk bilik aku dan buka lampu bilik. Konon nak temanku. Ceh, kacau betul aku nak bersedih-sedihan. Tapi tak lama, pukul 12 malam. Telefon aku start berbunyi, banyak mesej masuk dan dapat call dari kawan-kawan. Terus tak jadi nak sedih giler-giler. Terharu, kawan-kawan sentiasa ingat hari jadi aku dan tak lupakan aku walau di mana mereka berada. Dapat call dari abang aku, dapat mesej dari adik aku. Diorang semua pergi tengok bunga api malam tu. Aku je dengar bunyi bunga api dari jauh. Ah, keluarga sentiasa diingatan. Esoknya dapat mesej dari ayah aku, wish birthday. "Selamat hari jadi kak nurul, semoga menjadi insan yang berguna n bla-bla aku tak ingat. Dari ayah dan mama." Sebak gila. Birthday ayah aku pun aku tak wish. Hampeh punya anak. Tapi seorang ayah wish birthday untuk anak dia. Apa cerita ni..??? Lepas tu ayah aku call, dia cakap dia beli jam. Balik raya baru aku dapat jam tu. So pada hari raya tahun lepas pakai jam baru hadiah hari jadi. Terima kasih ayah. Maaf anakmu ini begitu malu untuk menunjukkan perasaan sebenarnya. Dan seperti tahun sudah, kamu mestilah wish birthday pagi 31 ogos. Ahh..Kamu begitu ego.! Masih dengan prinsipnya tak mahu aku terus berharap dekat kamu. Bila aku call cakap nak hadiah. Jawapan kamu, "aku nak makan pun tak lepas. Inikan pula nak beli hadiah". Sedih sangat aku rasa. Bukan nak sangat hadiah tu, tapi kamu tahu tak bila hari jadi celcom akan bagi panggilan percuma selama satu minggu. Dan saya tak tahu nak call siapa. Jadi call kamu. Aku tak simpan lama pun perasaan kecewa itu. Sebab aku tahu sikap kamu. Keegoan kamu itu dan prinsip tak nak aku terus berharap buat kamu layan aku begini. Ok. Fine. Saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menghargai. Dan terima kasih juga buat kamu sebab tak lupa wish. Walaupun kamu cakap dah tidur malam tu. Tapi aku tahu. Bukan tidur pun sebenarnya.

30 ogos 2010. Dimana waktunya sekarang aku sedang menaip tentang cerita tahun-tahun sudah. Aku tak tahu apa yang istimewa Merdeka + Hari jadi tahun ni. Sebab aku tak nak minta dan tak nak berangan lebih-lebih. Takut aku nangis lagi. Dan detiknya, bermula hari ini. Aku nak tengok samaada cerita sedih atau cerita gembira pula tahun ni. Aku tak nak fikir sangat. Nak biarkan ia berlalu dan berlaku je. Apa yang jadi aku terima. Tahun ni aku stay bersama junior. Jadi diorang semua tak tahu birthday aku. Aku pun tak nak cakap. Aku pun nak juga merasa birthday aku dilupa, walaupun sebenarnya takkan dilupakan.

Sebenarnya ada juga yang tak best bila hari jadi sama dengan hari bersejarah. Sebab tak boleh nak buat surprise. Kalao ko tangok kawan-kawan ko lain macam tu pun ko dah boleh agak da. Lepas tu pulak, tak adanye ko nak lupa, "Eh hari ni brapa haribulan erk.? Jadi hari ni hari jadi aku la..? La betul ker ni hari jadi aku.?" Dah toksah nak berangan la semua tu.! Tu namanya menipu diri sendiri dengan buat-buat lupa. Selamat Hari Merdeka Semua... :-)

Monolog : Masa hari jadi aku yang ke 18, My best friend effah beli kek sebagai hadiah. Dan masa tu kamu pun sama-sama makan kek tu. Tapi masa tu kita belum pun ada perasaan antara satu sama lain lagi. Tak sangka jadi kenangan juga. :D

Hari ke Tigapuluh dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/30/2010 09:37:00 AM 0 comments
[macam biasa gambar boifren kena letak dulu.]
Rasa macam tak nak percaya pun ada, dah hari ke tiga puluh. Dah sampai angka tiga puluh da aku hitung untuk bulan ogos ni. Malam ni kita pakat tengok bunga api yer. Agak-agak tahun depan raya 31hb ke tak.? Aku tak tengok kalendar lagi raya tahun depan jatuh hari apa.

Hari ni isnin, macam biasa la, datang kerja 'wajib' lewat punya. Semalam mata tak boleh lelap. Jadi aku edit gambar. Sedar-sedar sudah pukul 4pagi. Jadi terus sahur dan paksa diri untuk tidur. Pagi tadi tersedar dari mimpi jam menunjukkan pukul 7.38 pagi. Mengeluh, sebab tak cukup tidur, rasa nak sambung tidur je. Tak payah pergi kerja. Mimpi tadi, aku berada dirumah kamu, ketika itu aku kononnya sedang mengajar adik kamu mengenai database. Peergh. Macam teror je kononnya. Aku pun tak tahu kenapa, aku selalu mimpi pasal adik kamu. Mungkin sebab aku selalu fikir pasal dia kot. Terlalu banyak persoalan dalam kepala ku yang tak terjawab. Kenapa, kenapa dan kenapa.? Apa salahku.? Itu lah yang selalu aku tanyakan pada diri ini. Sebab aku suka akan dia.Tetapi...hurm,ntah la.aku tak mahu prejudis. Orang kata, kalau kita mimpikan akan seseorang tu, maknanya orang tu pun pernah mimpi sal kita juga..Betul ke.?

Bercerita sal kerja pula, hari ni mood untuk kerja tu tidak ada. Mata pun tak adalah mengantuk sampai tersengguk-sengguk. Cuma mood nak buat kerja tu di paras lemah sekali. Aku samapi je ofis, terus buka emel lotus. Check inbox aku, ada satu emel. Meeting invitation on 08/31/2010, 9:00-10:00a.m. Pergh..Gembira tak terkata aku baca. Orang lain tengah lena tidur, aku kena datang meeting. Rasa macam tak sanggup je nak buka emel tu. Dalam hati berkira-kira, esok plan nak gi shopping, aku kan trainee, kalau tak join mungkin tak pe la kot. Tapi malangnya nasibku, meeting tu dijemput khas dan memang nama aku je ada disitu. Bila aku buka je emel tu, berdebar sangat rasa nak terima hakikat. Tapi, alih-alih keluar pop-up yg tulis 'meeting cancel' . Berbunga terus hati sambil membayangkan hari esok. Lalalalala...

Disebabkan esok aku bagi cuti untuk semua rakyat malaysia,jadi hari ni tak ramai staf yang datang kerja. Satu line meja aku ni yang seramai 8 orang. Ada 3 orang saja. Aku pun rasa macam nak half day je. Tapi aku tak ada alasan nak bagi tuk kerja half day. So tak apalah. Aku kerja sampai pukul 5 juga. Sambil kepala terbayang katil.ALangkah bahagianya kalau boleh tidur. :p

Sunday, August 29, 2010

Hari ke Duapuluh sembilan dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/29/2010 11:30:00 AM 0 comments


Pagi-pagi terdengar lagu ini disebuah blog. Kemudian aku downdload.
Wah lirik dan seni katanya sangat best...
Jadi korang pun layan la sama yer...

Align Left
Hari ni tidak ada apa-apa plan pun, tidur saja kerjanya. Tak pergi mana-mana. Semalam aku shopping lagi. Tapi online shopping. Tempah sehelai baju. Weee.tak sabar baju tu sampai. Tapi die pos pada hari bekerja la pulak. Terpaksa la menunggu, Hee..Ingat malam merdeka nanti, kalau jadi nak pergi shopping baju raya untuk adik-adik aku dan kasut raya untuk aku. Katanya SALE sampai 70%..PErgh..Murah tu..

Saturday, August 28, 2010

Hari ke Duapuluh lapan dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/28/2010 11:28:00 PM 2 comments

Ogos semakin hampir ke penghujung. Sedang meniti ke usia tua.


Persoalan, Bolehkan rasa cinta yang dulunya pernah hilang pada kamu akan kembali lagi semula.?
Orang yang pernah berjanji setia dulu pernah pergi dalam hidupku, tetapi aku tak mengalah terus berusaha untuk mengejar cintanya kembali. Setelah beberapa kali rebah, namun tetap bangkit menuju kepada cinta itu. Pernah impian itu langsung tidak di beri harapan. Tetapi diusahakan juga, sampai satu masa kamu pasrah dan redha untuk segalanya. Tiba-tiba kamu di beri harapan semula. Sekarang, harapan itu masih berterusan dan masih belum tahu sampai bila harapan ini akan disandarkan. Adakah kegembiraan yang akan muncul, atau kekecewaan yang selalu bertandang itu akan kembali..?


CINTA itu ialah...
Memberi selagi terdaya tanpa meminta apa-apa alasan...


Aku keliru, kerana ada juga yang menyatakan :

CINTA itu ialah menerima bukan memberi.



Monolog : Bukankah ia perlu ada give and take.?

Friday, August 27, 2010

Hari ke Duapuluh tujuh dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/27/2010 10:55:00 AM 0 comments
Jumaat telah tiba..Yea.! Sepatutnya bekerja dengan penuh semangat untuk hari terakhir dalam minggu ni. Tetapi, ntah dimana silapnya, hari ni mata ni mengantuk pula. Tak ke sadis tu. Sudah seminggu bekerja dengan user, dari malu dan segan nak bercakap, so aku guna kaedah IM je. Dari takut dan gigil untuk chat dengan user bukan melayu, maka hari ini dan semalam aku telah memulakan langkahnya. Sampai bila nak takut kan.? Keyakinan diri perlu meningkat. Walaupun tak expert macam orang lain. Sekurang-kurangnya aku mencuba untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Hee..Rasa happy dengan diri sendiri. Dalam erti kata lain 'syok sendiri' la ni. :)

Kerja masih diteruskan dengan mood tak sabarnya tunggu pukul 5. Nak pergi mid lagi. Dan kali ni, maybe tak keseorangan. Dan tak berbuka sorang-sorang lagi.. Hope jadi la ni yer. Kalau tak jadi juga, memang keciwa berganda-ganda dari minggu lepas.
Baru dapat IM dari kak ida. Staf dekat sini. Minta di urutkan kakinya... Erk..Pandaikah aku.? Tapi sikit-sikit boleh la kot, untuk mengurangkan kesakitan.. Aku cuba mana yng boleh. Lepas ni nak start mengarang puitis di kad raya. Lunch time nanti nak pos kad raya. Malas nak tangguh lagi. Hope everything will be fine today. Selamat berhari minggu. Dan selamat berbuka pada yang puasa. ^__^

Monolog : Rindu.! Tak sabar nak jumpa. Nak cuba makan banyak-banyak. Hope dapat makan lala. Mengidam sangat. :-)

Thursday, August 26, 2010

Hari ke Duapuluh enam dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/26/2010 02:42:00 PM 0 comments
Semalam entry suasana happy walaupun busy..Tapi hari ni ramai yang bad mood pula.Sampai aku pun terkena tempiasnya.Hehe..Sekarang tengah pening-pening lalat sebab tadi baru mencium bau Body Mist. Yang Victoria Secret punya. Aku order almost 3weeks ago. Dan setelah tiga minggu menempuh cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan untuk datang ke Malaysia. Sampai je dekat ofis aku ni, main spray-spray perfume. Di sebabkan bau "Love Spell" sangat sweet. Aku terus pening kepala. Baru ku sedar dengan jelas bahawa aku ni sebenarnya ada alahan dengan beberapa jenis bau wangian. Kalau sebelum ni aku pernah beli perfume DKNY yang Be Delicious warna purple. Konon-konon excited la beli perfume baru.Tapi baru je bau sikit, terus pening. Aku terpaksa jual dekat roomate aku. Mujur die nak beli. So aku beli pula yang epal Hijau tu.Nasib baik sesuai.

Kali ni pula, beli yang 'Love Spell' konon nak bau macam sweet la kan.Tapi tak sampai sejam, aku dah pening. Bulan puasa pula tu. Ishk. Tapi aku bernasib baik juga sebab dapat tukar bau "Secret Charm". Yang ni tak buat aku pening kepala. Lelaki pun sesuai pakai. So lepas ni kena ingat, bila nak beli perfume kena cari bau ala-ala 'kelelakian' sikit. Tak boleh yang sweet-sweet. Kena yang soft punya. :D
Monolog : Lepas ni nak beli yang Avon je la. RPM punya. Rindu dengan bau kamu..Haha :p
Saya suka bagi hadiah perfume, tapi yang sedihnya, bila kamu pakai saya tak dapat hidu bau itu. Orang lain yang dapat. Beginikah bila jarak yang memisahkan.? Bau perfume kamu dekat teddy pun dah hilang dah. Hari-hari saya peluk teddy tu. Jadi bau teddy pn da masyam macam saya. Ngee..Rindu.

Wednesday, August 25, 2010

Busy sangat ker...?

Posted by aisHa 'S' at 8/25/2010 04:34:00 PM 4 comments
Hari ni banyak kerja. Sampai waktu rehat tengah hari pun tak sedar. Tau-tau dah pukul 1.15p.m. Maknanya waktu rehat dah nak habis. Jadi tak dapat la nk curi-curi tidur. Suasana ofis hari ni agak meriah sikit, bila ada seorang staff yang suka buat lawak. Aku tukang gelak jer. Lepas tu, bila telefon berbunyi, mesti ringtone lagu raya. Aduhai... Memang terus tak sabar nak raya. Pulak tu, ada yang siap pasang lagu raya lagi. Hehe..
Kenapa hari ni macam happy-happy sikit.? Aku pun tak mengantuk macam sebelum-sebelum ni. Mungkin sebab ada kerja kena buat. Terus mata segar. Sesibuk mana pun, post entry baru wajib buat. Sempat lagi baca dan komen-komen entry orang lain. Sambil menghitung hari di bulan agos ni yang berbaki seminggu saja lagi. Aduyai.Aku semakin 'tua'. Saya tak bersedia untuk angka itu bertambah lagi.


Hari ni kita dengar balik lagu yang mungkin agak dilupakan. Saja untuk bangkitkan balik semangat perjuangan ni.

Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Monolog : Kerja untuk hari ini dah submit.. Tengah tunggu komen saja. Esok kita belajar nak buat video pula. Hope i can do the best.

Hari ke Duapuluh lima dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/25/2010 01:16:00 PM 5 comments
Hari ni datang kerja awal. Sampai pun awal, sebab apa.? sebab hari rabu, dah pertengahan minggu. Jadi rasa gembira lah lagi dua hari perlu kerja kemudian weekend balik. Sekejap je kan seminggu habis macam tu jer.

Hari ni due date untuk my supervisor semak task untuk praktikal, macam biasa, trainee yang malas bertanya macam saya buat kerja,yang siap tu, siap la, tapi tak semua complete. Sebab tak tahu nak buat dan tak mampu nak buat lepas tu tak tanya. Then duduk diam-diam nak suruh orang ajar. Sekarang ni hampir 89% da siap notes untuk lotus. Cuma tunggu kena check sekali lagi dah siap baru boleh bagi ke group Portal.

Start jumaat lepas berkerja melibatkan user, bagi orang penyegan macam aku ni, ambil masa sikit nak improve dalam banyak hal. Termasuk la bila kena call user dan bagitau masalah dan salah yang telah dia buat. Bila bekerja dengan user ni banyak kerenah sikit, tapi yang best pun ada. Terutama user lelaki, die tak banyak songeh dan tak banyak tanya. Lepas tu siap puji-puji lagi. "Oh hebat awak erk. Macam mana tahu saya hantar email besar.? Lain kali singgah la lagi. Selamat berbuka puasa." Kita yang baca ni, terus sejuk hati.Haha Kalau user perempuan banyak soalan sikit. "bila i hantar emel besar.? kepada siapa.? berapa besar.? Jadi u nak i buat apa ni.?" So bila aku cakap. "Saya tak tahu bila u hantar, tak tahu kepada siapa dan semua tu, sebab i cuma dapat report dari Network team yang u ada hantar email bersaiz besar, Jadi i kena check u punya Lotus dan delete email tu." Pastu timbul pula soalan baru, terpaksa jawab dengan baik dan rendah diri. Sebab dah terpampang dekat IM lepas nama aku tu ada tulis Practical Training. Tapi tak semua user perempuan macam tu, ada juga yang baik dan siap bagi icon smile comel gitu. Semangat sikit aku nak kerja.

Lagi satu bila kena chat dengan user yang suka speaking. Nama dia melayu, jadi setiap soalan dia akan tanya dalam bahasa Inggeris. Aku jawab melayu. Sampai satu part aku pun speaking gak, tetiba die jawab separuh melayu, separuh inggeris. Then aku bagi instruction dalam inggeris, terus dia reply dalam bahasa melayu pulak..Hehe..Aku segan sebenarnya, inggeris aku tak berapa bagus sangat. Kalau user nama china atau india aku akan buat last sekali. Boleh gitu.?

Sampai bila la keyakinan diri ni nak meningkat. Aku terlalu memandang tinggi pada orang lain sampai merendahkan diri sendiri pula. Lepas ni, mungkin akan terus berkerja dengan user. Ini kerja sampingan je sebab main task aku dekat sini ialah buat SOP untuk Lotus Notes. So aku kutip la segala pengalaman yang boleh aku belajar dekat sini. Bukan buat kerja Lotus group je, malah aku pernah ikut Desktop group pergi jumpa user dan tengok diorang configure laptop atau pc user. Seronok sangat, sebab kerja diorang boleh berjumpa ramai orang. Yang penting boleh berjalan. Tu yang paling best. Boleh tengok floor lain. Tak ada la aku kenal level 20 je sepanjang kat sini. Buat masa ni aku teringin sangat nak belajar configure pc atau laptop, kalau aku tau buat tu, nanti tak payah susahkan kawan-kawan bila laptop aku buat hal. Setakat ni belajar sikit-sikit je dulu. Itu pun terpaksa curi-curi masa.

Monolog: Saya suka berada di sini..Agak-agak boleh tak saya nak terus kerja kat sini..?? Heee

Tuesday, August 24, 2010

Hari ke Duapuluh empat dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/24/2010 12:27:00 PM 2 comments
Hari ni kena call user lagi...
Malu + Segan..Tambah pula kalau nama yang bukan melayu ni. Sah-sah kena speaking. Kalau IM je boleh tak kak..?? Gemuruh ni..Huargh...


Bekerja dengan user ni memang banyak kerenah. Tapi rasa seronok bila boleh control pc diorang dr jarak jauh. Memang ada yang kagum la..haha..Tapi tak bestnya tadi kena marah dengan seorang user ni. Sebab die tak faham tugas aku sebagai Domino's Team. Di soal dengan soalan yang aku tak tahu dan diluar bidang aku. Alih-alih panggil je supervisor aku then, nah, hambik ko, dia speaking terus. Kemudian user tu pun kena je ikut. Hehe..Sorry la akak user..Tugas kami memang begini. Terima kasih kerana memberi kerjasama. :D

Kepercayaan kamu pada saya

Posted by aisHa 'S' at 8/24/2010 05:13:00 AM 0 comments

Bila kepercayaan mula menjadi isu dalam satu perhubungan, nampaknya aku harus mengambil langkah berhati-hati lepas ni. Tidak mahu pisang berbuah untuk kesekian kalinya. Sudah banyak peluang yang diberi. Sampai bila baru tahu nak menghargai.?


/(,") (¨.)
./\. /█\.
_||_ _||_
Me U

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 16 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 17 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Copy and paste from here.


Monday, August 23, 2010

Hari ke Duapuluh tiga dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/23/2010 10:18:00 AM 5 comments
Permulaan hari yang agak kelam kabut. Masuk ofis pun pukul 9 pagi..Padahal sepatutnya pukul 8:30 pagi. Mana taknya, semalam tidur pukul 2 pagi. Bangun sahur pukul 4.45pagi. Pukul 6.55 pagi baru bangkit dari mimpi.

Menapak dari hostel ke stesen bangsar, kemudian makan buah langsat pula kat masjid jamek. Tak jumpa cari tangga ke stesen star. Ini gara-gara aku tak nampak tangga yang lagi sebelah. Laluan ke tangga yang biasa aku lalu tu pula ditutup, ada kerja baik pulih. Pusing cari jalan masuk, jalan punya jalan, alih-alih kembali ke tempat asal iaitu di stesen lrt. Baju sudah basah dengan peluh. Rasa tak puas hati, tapi sebenarnya ini salah diri sendiri. Otak agak blur, tak boleh fikir dengan cepat dan cekap lagi. Sampai je ofis tengok supervisor dah sampai da. Alamak, termalu sendiri.

Sekarang baru lepas buat kerja yang tak sempat di siapkan jumaat lepas, kena call user, aku ni agak segan bila kena bercakap di telefon dengan orang yang aku tak kenal dan tak tahu siapa. Rasa rendah diri gila. Kalau diberi pilihan sama ada call atau send IM, aku lagi sanggup IM. Sebab bila IM, tak perlu dengar suara. Nak explain pun tak gagap-gagap. Aiseyman, kerja operator memang tak sesuai la untuk aku. Aku lagi suka invisible dari menonjolkan diri. Tahap keyakinan diri aku tidak begitu tinggi bila perlu berdepan dengan orang lagi dewasa dan berkerjaya. Iya, saya cuma trainee..

Monolog: sekarang mata sangat mengantuk Terbayang-bayang katil dekat hostel. Sebab update blog ni pun supaya tak tersengguk-sengguk depan pc ni. Hairan betul, macam mana staf-staf kat cini boleh buat kerja elok je. Aku ni pulak boleh mengantuk macam ni. Setiap hari pulak tu. Kadang-kadang sampai satu tahap, sambil menaip pun boleh terlelap.

Noted: Lagi 2 hari tempoh masa untuk aku siapkan Lotus Notes Guide. 25/8/2010. Jangan malas-malas.!!!

Edisi membawa diri di Pizza Hut

Posted by aisHa 'S' at 8/23/2010 12:21:00 AM 2 comments
Semalam bawak diri gi berbuka sesorang dekat pizza.. Saya ingtkan kamu tidak peduli. Ternyata saya silap. Sorry. Memang kerja aku kalau sedih selalu nak keluar sorang-sorang.
Pengalaman makan seorang diri dekat pizza. Manusia-manusi di meja sebelah usha aku pelik je makan sorang-sorang. Aku buat tak peduli. Salah ke makan sesorang.? Adakah aku kelihatan begitu kesian.?
Menu order. Set Meal 1 for 1 person.
Chicken Wing. Ingat nak order yang 4 tu, tapi mahal gilak.Ceit.

Semalam aku nekad. Tak peduli orang cakap apa, yang penting hajat aku nak makan sesorang tercapai. Puas hati dapat buat perangai macam tu, Balik hostel cerita dekat kamu, kesudahannya, kena marah lagi. Berapa kali perlu saya kecewa dalam satu hari.??? Maaf la,memang saya degil.!!! Apa yang saya tahu, kalau da dalam kepala ni terlintas nak keluar sesorang, memang saya buat. Dah tunjuk bukti makan sesorang macam ni pun masih tak percaya.? Adoi...Siapa suruh jadi penyakit kan.?

Monolog: Esok da hari isnin ker..? Wah,saya belum bersedia untuk bekerja. Cepatnya hari minggu berlalu...Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak manfaatkan hari minggu dengan sebaiknya.

Saturday, August 21, 2010

What a feeling...

Posted by aisHa 'S' at 8/21/2010 05:27:00 PM 4 comments

Nak jumpa tahu tak nak jumpa.?
Hampa giler....
I'm waiting and waiting.....
.
.
.
.
.
ada hal...

Ok fine..
Terima kasih..
Sungguh...
Hampa...Mengalir dah air mata ni..
Sebab saya sangat berharap hujung minggu ini dapat jumpa kamu.
Tapi apakan daya harapan tinggal harapan.
Ye la..Good luck with u'r test.
Sangat kecewa.Terus rasa demam.
.
.
.
.
Nak bawak diri la camni.
Nak gi mid makan sesorang kat pizza...
Cari la kalau jumpa. T_T

Friday, August 20, 2010

Perasaan rindu itu bagaimana rasanya ya.?

Posted by aisHa 'S' at 8/20/2010 10:54:00 AM 4 comments
Pagi tadi, masa aku berada dalam Rapid Star dari Masjid Jamek menuju ke Sultan Ismail. Seperti biasa akan mengelamun memandang keluar tingkap melihat kesibukan jalan raya. Sesampainya di stesen Bandaraya terima satu mesej dari kakak ipar aku, dia send gambar. Aku dapat agak, ni mesti gambar boy kesayangan aku Rafiq. Buka je mesej, dapat sekeping gambar seorang kanak-kanak berusia 8bulan sedang menghisap jari sambil tangan lagi satu memegang patung lion yang bermata bulat sepertinya juga. Terus sayu hati ini, kerinduan pada rumah menggamit lagi. Rindunya tuhan sahaja yang tahu. Rindu nak mencium pipi gebu yang tembam itu, Rindu nak mencium bau wangi bedak yang dipakai dan rindu nak menyentuh lembutnya kulit bayi. Rindu dak dukung berat yang sudah lebih 8kilo. Rindu nak menghayun buai untuk tidurkan rafiq. Dan rindu untuk menyuap nestum dan susu botol.Rindu saat-saat manis kita bersama. Melihat kau ketawa dan menangis. Oh my baby boy Muhammad Danial Rafiq. Raya nanti kita jumpa ya. InsyaAllah.
Teringat masa awal-awal aku balik rumah cuti semester lepas, Aku baru je sampai kerumah awal pagi tu. Aku sambung tidur sebab perjalanan yang sepanjang malam tu buat tidur aku tak lena. Lepas tu pukul 7 pagi, pintu bilik diketuk, dengan muka mamai buka pintu, tapi bila pandang je muka si kecil tu yang sedang tersenyum, terus hilang rasa mengantuk, Terus peluk cium rafiq yang sudah wangi. Dan bermulalah kisah kehidupan aku sebagai bibik kepada rafiq. Tak cukup tidur pun tak apalah asal ada rafiq. Lepas ni rafiq dah besar, mesti aku tak teruja sangat nak balik. Haha.

Dalam family aku, aku seorang je lah yang stay paling jauh. Adik beradik yang lain semua ada kat rumah dan belajar dekat terengganu. Jadi aku la paling jarang ada di rumah. Setiap kali balik rumah, masa hari pertama tu mesti rasa macam, ni rumah aku ke.? Lainnya rasa. Bila dah stay seminggu dua kena tinggalkan rumah berbulan-bulan. Paling sekejap pun sebulan baru balik. Jadi puratanya, dalam setahun 3bulan je aku ada di rumah. Lagi 8bulan aku di KL. Jadi atas faktor itu, bila balik kampung, aku berkurung je dalam rumah. Tak keluar jalan-jalan jumpa kawan-kawan seperti mana aku di kL. Walaupun ada kawan ajak keluar, payahnya nak tinggal rumah. Berada di rumah lagi best walau tak buat apa-apa. Kalau keluar pergi bandar pun, bila ada urusan atau bila kena jadi driver mak aku. Kalau tak, aku lagi senang berkurung dan mengadap laptop. Asal hari minggu je, bila dapat tahu adik aku balik rumah, mesti aku jeles. Sebab aku tak ada dalam ramai-ramai tu. Padahal bila balik rumah bukan buat apa pun. Online je. Bukan aku keluar dengan adik beradik pun.

Selesa macam mana pun tempat yang aku tinggal sekarang. Lagi selesa berada di rumah. Dulu masa belajar, selalu juga tumpang rumah kawan-kawan. Bila berada di rumah mereka,mesti aku teringat, bestnya kalau ada dekat rumah sendiri. Mesti tak rasa macam ni. Pukul berapa nak makan, pukul berapa nak mandi. Pukul berapa nak online, pukul berapa nak kemas rumah, tak kisah. Tak perlu ikut jadual. Biarlah rumah aku tak seselesa atau semewah rumah kamu, atau seriuh dan ceria seperti rumah kamu, rumah sendiri juga yang paling selesa. Oh Rumahku Syurgaku.

Hari ke Duapuluh dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/20/2010 09:29:00 AM 2 comments
Dalam tak sedar, sudah masuk hari ke dua puluh. Cuaca diluar sedang gerimis, melihat titisan hujan mengalir di cermin tingkap terus berangan alangkah seronoknya kalau dapat tidur waktu-waktu macam ni. Berbungkus dalam selimut, tutup tingkap gelap-gelap. Kalau di pantai timur, hari ni da start weekend. Malangnya aku sekarang di Kuala Lumpur, jumaat adalah hari yang sibuk sebab perlu siapkan kerja supaya tidak bertangguh.

Sabtu dan ahad merupakan hari yang paling cepat berlalu aku kira, kerana banyak masa dihabiskan dengan tidur saja. Kemudian, sedar-sedar, dari pagi dah menjengah ke petang, tahu-tahu sudah malam. Bila dah masuk hari ahad, memang mood dah tak berapa nak baik sebab esoknya ialah isnin. Kena pergi kerja lagi. Sungguh tak bermakna hari-hari yang aku lalui bila jadualnya hanya begitu, tapi cuba kalau hari sabtu dan ahad ada aktiviti kena buat, dapat keluar jalan-jalan atau ada majlis yang kena pergi, mesti aku seronok gila. Haha. Ceria terus sepanjang hari.

Hari minggu ini plannya nak buat apa ya.? Saya plan nak jumpa kamu, berbuka bersama. Kalau tak dapat memang agak mengecewakan, sebab dah lama tak jumpa, sejak semester ini bermula kita masih belum berkesempatan makan bersama. Rindu nak makan tak habis ni. Kalau sekarang ni, makan nasi yang tak berapa sedap pun boleh habis, tapi bila dengan kamu, makan sikit je terus kenyang. Bukan saya berlakon atau cover malu sebenarnya, tapi memang begitulah selalunya. Bila ada kamu, perut memang cepat kenyang. Habit ni, dari beberapa tahun sudah, masih tak mampu nak buang. Kenapa ya.? Kalau dengan kawan-kawan relax je habiskan sepinggan nasi. Tapi, bila dengan kamu, separuh pinggan tu rasanya cukup banyak dan tak mampu nak habiskan. Lepas ni, jika kita berjumpa, akan ku usahakan makan sampai habis. :D

Apa kes ntah bulan puasa cakap pasal makan.? Tapi aku rasa la, bulan puasa la makin ramai yang cakap pasal makan. Post makanan waktu berbuka banyak-banyak kat blog.
Lagi meriah blog dengan gambar makanan. Makan lagi banyak. Jadi agaknya bila berat badan nak turun kalau macam tu gayanya waktu berbuka.? Ni aku cakap tuju pada diri sendiri tau. Bukan dekat orang lain. Sebab sekarang ni, bila ada majlis berbuka, memang aku makan habis-habisan. Tapi kalau hari biasa, tak ada pulak nafsu makan sampai tahap macam tu. Lepas tu, pagi-pagi timbang berat, Sebelum berbuka berat banyak ni, lepas berbuka naik sekilo terus. Terus psycho tak nak makan dah.Hee

^__^

Monolog: Hari ni berbuka di bilik lagi ker.? Teringin berbuka dengan kawan-kawan la. Siapa yang sudi.? Tengah hari ni nak jalan-jalan cari kad raya la. Minggu depan boleh start pos dah.

Thursday, August 19, 2010

Hari ke Sembilanbelas dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/19/2010 01:03:00 PM 6 comments
Hari ke sembilan belas bersamaan hari ke lapan dalam bulan ramadhan pada tahun ini. Maknanya ada lebih kurang 3minggu lagi masa yang tinggal untuk kita berpuasa. 3minggu itu, sekejap sahaja masanya. Berlalunya masa tidak dapat kita sekat, tetapi kita harus berlari mengejarnya agar kita tidak ketinggalan.

Selalu sangat kita dengar istilah 'masa sangat mencemburui kita', pada aku masa tidak pula cemburu dengan kita, tetapi kita yang terleka, kerana, masa tetap berterusan tanpa pernah kurang walau sesaat atau seminit pun. Ia tetap sama, mana mungkin dalam seminit, kurang jumlahnya dari 60saat. Tetapi, tanpa kita sedar, masa yang berlalu itu seolah-olah begitu pantas dan makin singkat. Sedar tak sedar dah habis seminggu..Lepas tu sebulan .Sekarang dah hampir ke penghujung tahun. Bila la aku nak sedar dan bersungguh-sungguh dalam hal masa ni.? Asyik main-main je kerja. Lepas tu buat kerja bertangguh. Bila due tiba mula menggelabah. Baru nak menyesal sebab main-main. Tapi bila diberi peluang tak pula guna betul-betul. Macam yang aku buat sekarang ni, task aku sepanjang praktikal, tak siap-siap lagi . Due date 25 ogos ni, sempat ke siap.???

Rindu sangat berpuasa dirumah dan berpuasa ketika sedang belajar. Berpuasa sambil berkerja, tidaklah begitu memenatkan. Tapi berpuasa ketika belajar, lagi enjoy, siap ada masa untuk tidur lagi. Tapi kalau dah kerja sempat ke nak curi masa balik tidur, atau curi-curi tidur.? Pada aku, berpuasa ketika belajar lagi best kot, sebab tanggungjawab tak banyak, ada banyak masa rehat. kalau dah kerja, waktu tengahari tu pn kadang-kadang tak rehat, macam tak sabar-sabar tunggu jam pukul 5 dan nak balik cepat-cepat. Macam orang nak kena masak je lagaknya. Padahal nak balik tidur je pun. Tidur lagi penting.! Teruknya perangai.

******
Hari ni buat kerja giler sikit kat ofis. Kerana mengantuk yang amat, sempat pergi tidur sekejap. Kantoi dengan staf lagi. Adoi la. Lepas tu, layan member trainee main chat dengan staff division lain, siap menyamar jadi perempuan pula tu. Hantar gambar salah seorang kawan dalam myspace aku .Adoi la.Memang diorang tak ada kerja betul. Aku pun sama join. Siapa la staf yang dipermainkan tu erk..Haha...Jahat juga bulan-bulan puasa ni.Ishk2...Macam tak biasa pulak kan.?

MAjlis Berbuka Puasa

Posted by aisHa 'S' at 8/19/2010 07:33:00 AM 6 comments
Semalam ada Majlis Berbuka Puasa di Sime Darby Convention Center. Majlis ni adalah untuk semua staff sime darby dari pelbagai division, kire macam gathering la pula. Kalau sebelum ni jumpa dan kenal staf-staf dari satu bangunan ni je. Tapi semalam bukan dapat berkenalan dengan staf-staf lain pun, dapat tengok pun jadi la kan. Dapat la kenal seorang dua walaupun lepas ni kalau jumpa mesti tak ingat punya.

Pertama kali menjejakkan kaki disini, aku sangat teruja. Tempat yang luas, dewan yg besar, terasa seperti berada di hotel pula. Makanannya jangan cakap la, memang lazat. Semalam nafsu makan aku memang dah tak boleh cakap la,semua benda nak sumbat. Satu meja makan tu penuh dengan pelbagai makanan. Sampai mase nak balik tu, tak larat nak berjalan. Kesannya ialah, pagi tadi tak perlu bangun sahur, sebab masih lagi rasa kenyang. Dahsyat la. Tapi kempunan nak makan kambing panggang semalam. Orang beratur ramai sangat. So dapat tengok je la. Tak pe la, tak ada rezeki. Lepas ni siapa nak ajak aku pergi berbuka lagi..?? Sila-sila jangan segan, confirm makanan habis. :D


[Maaf kualiti gambar biasa-biasa aje,sebab pakai camera handphone je]

Makan-makan juga,tapi jangan dilupa pada saudara kita yang sedang berlapar. Kita disini membazir makanan.Mereka disana kebulur tidak cukup makanan. :(


p/s : Masa berbuka ni, saya teringatkan kamu, sungguh, kalaulah saya boleh jemput kamu sama. Bila kita boleh berbuka bersama ni.?

Wednesday, August 18, 2010

Hari ke Lapanbelas dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/18/2010 09:03:00 AM 10 comments
[Sweet as Candy]

Bagaimana perasaannya ada teman lelaki yer.?
Perasaan bila ada orang yang menyayangi.
Perasaan bila ada orang mengambil berat.
Perasaan bila ada orang rindu.
Dan perasaan bila ada tempat untuk berkongsi banyak perkara.
Bagaimana perasaannya bila kamu merajuk dan ada orang memujuk.
Perasaan bila kamu sedih dan kamu mengadu padanya.
Perasaan bila hati berbunga-bunga dengan rasa bahagia.
Dan yang penting, dia hanya milik kamu, hanya menyayangi kamu dan merindui kamu sepanjang masa. Tiada gadis lain di hatinya selain kamu. Kamu sahaja.

[Dapat hadiah bunga camni mesti sweet kan.?]

Sedang cuba menggambarkan bagaimana rasanya perasaan bila diri disayangi..Bukan perasaan kamu menyayangi orang. Tapi perasaan bilamana diri ini disayangi oleh orang yang kamu sayang atau disayangi seseorang yang kamu hargai. Perasaan menyayangi tu dah memang terpahat dihati ini. Sudah bertahun kiranya.

Adakah Cinta itu penuh dengan bahagia.?
Dan bila waktunya akan berduka.???




Monolog:Aku sedang cuba untuk mengingati perasaan itu.
Hati ini sunyi. Apa yang dikejar belum lagi dimiliki. Sungguh perasaan 'cinta' itu, bila dia hilang sakitnya amat dalam. Dan sekejap saja perasaan 'cinta' kamu pada saya pergi. Mudahnya..? Mengapa bagi saya ia begitu sukar dan mustahil.? Mungkin kerana sayangku ini sepenuh hati.

Tuesday, August 17, 2010

Hari ke Tujuhbelas dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/17/2010 09:46:00 AM 2 comments
[wajahmu yang ayu, memikat hatiku. :p ]

Mata tersangat mengantuk. Mengadap screen sambil tersengguk-sengguk lagi. Hairan aku tengok orang lain bekerja dengan bersemangat dan ceria. Aku pulak moody dan suram je. Semalam tidur agak lambat, pukul 2pagi, kerana ada majlis berbuka puasa di Menara HLA. Pukul 5 bangun sahur pula, walaupun sahur cuma makan sebiji epal dan air masak je. Semalam pukul 12malam baru balik hostel di hantar oleh sepupuku. Menjawab dengan pak guard sebab pagar hostel dah tutup, tapi aku agak bernasib baik, kerana mereka kenal aku dan tahu aku student praktikal, pak cik tu cuma tanya dari mana, dan aku jawab la ada majlis buka puasa.Lagipun aku memakai baju kurung, jadi pak cik tu terima alasan aku. Tak perlu tulis nama di buku log lewat masuk. :)

Bulan puasa ni agak murah rezeki, kerana selama 3 hari berturut-turut ni asyik makan free jer. Dan esok ada majlis buka puasa di luar lagi. Ada invitation untuk staff dan aku sebagai trainee dapat join. Syukur murah rezeki bulan ini. Setakat ni masih belum lagi sempat berbuka di luar bersama kawan-kawan. Biasanya kalau tak ada majlis berbuka di luar, aku mesti makan dalam bilik hostel je bersama roomate. Bila agaknya dapat plan jumpa kawan-kawan dan makan diluar. Tapi kalau makan diluar mesti memerlukasn banyak belanja la sebab sendiri tanggung. Dan semestinya makan di fastfood. Kalau da makan di fastfood confirm la RM10++ melayang untuk sekali makan. Tapi tak mengapalah, asal dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, tak perlu berkira sampai sebegitu.

Psst: Ada sesiapa yang nak ajak aku pergi berbuka dimana-mana lagi tak..?? :D

Monolog: Saya nak sangat berbuka dengan kamu. Bilakah waktunya..???

Monday, August 16, 2010

Tiket oh tiket 2

Posted by aisHa 'S' at 8/16/2010 11:42:00 AM 5 comments
Baru je balik dari beli tiket bas. Penatnya ya amat. Kena beratur panjang. Hampir 1jam lebih menunggu akhirnya dapat beli tiket. Tapi yang tak bestnya, tiket 8/9/2010 malam dah habis. Tak boleh nak buat apa da, kena beli yang 9/9/2010 juga. Tak sempat merasa bersahur kat rumah.Hurm..Balik untuk raya je semata-mata. Tapi takpe lah, pengalaman pertama aku selama duduk kat kL ni beli tiket bas balik raya sendiri. Kalau tahun lepas abang aku yang belikan. Tahun pertama di UniKL lagi seronok, balik naik flight. Tapi tahun ni berdikari beli sendiri. beratur panjang-panjang. Dan hasilnya itulah, last day puasa baru dapat balik.
Bas pilihan mestilah Sani. Tadi sedang beratur untuk beli tiket, dekat kaunter bas Sani tu dia siap pasang tayangan video tentang kejayaan syarikat tu, lepas tu siap ada beberapa orang staff Sani sendiri turun padang pergi ke kaunter untuk pantau keadaan pelanggan beratur panjang beli tiket. Siap ambil gambar, maybe untuk buat report.

Siapa sangka orang yang dulunya menjadi penyanyi berjaya bergelar Datuk dalam usia muda dengan mengusahakan syarikat pengangkutan(kenyataan aku ni betul ker.?). Untuk info lanjut disini. Lagipun syarikat ni bumiputra punya. So tak salah menyokong. Tiket pun tak mahal RM43 je. Untuk keselesaan sepanjang perjalanan yang mungkin mengambil masa 8-10 jam untuk balik raya.

Tadi siap ada iklan untuk contest lagi.Wah tak pernah lagi aku tengok bas lain buat macam ni. Mungkin ni pengalaman pertama beli tiket untuk raya. So aku tak tahu kot-kot syarikat alin pernah buat macam ni.
Tertanya-tanya juga, Wisma Dato Sani terletak kat mana erk.? Setakat ni tak pernah lagi merasa makan atau minum dekat cafe Sani. Sebab aku tak suka turun kalau dah naik bas. Taku kena tinggal lagi.

Edited: Baru dapat tahu dekat sini 16september cuti 1malaysia. Aku beli tiket balik KL 15malam konon nak masuk kerja 16hb tu. Sedang mengira-ngira untuk minta cuti hari jumaat dan datang KL hari Ahad malam.Gile cuti..Heee

Monolog: Semalam seharian berada di hotel Summit untuk join majlis NIP. Dapat berbuka puasa dengan kakak aku n cousin serta 800 orang yang lain dari serata negeri. Sangat meriah. Sekurang-kurangnya tidak sia-sia hari minggu saya dengan berkurung di hostel menuggu waktu berbuka dengan tidur sahaja. [Rasa nak demam.]

Hari ke Enambelas dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/16/2010 09:20:00 AM 4 comments
Apa itu MLM..???





how can we trust it.???



Adakah semua MLM itu tipu.???
..................


Monolog: Hari ni berbuka puasa dekat satu ofis yg terletak between Klcc n Pavilion

Saturday, August 14, 2010

Hari ke Empatbelas dalam Bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/14/2010 02:28:00 PM 0 comments

Puasa di hari minggu sangat bosan, sebab tak ada kerja kena buat selain dari tidur. Baru je sekejap tadi kakak aku call tanya petang ni berbuka dimana, Aku macam biasa la berbuka dalam bilik je, lagi nak buat cerita sedih.Hee.
Aku ingatkan hujung minggu ni akan sesia lagi dengan penantian,tapi nampaknya masih ada sinar. Hee..Walaupun penantian yang lain tidak tercapai, tapi tak mengapalah,aku gembirakan hati aku dengan keluar dengan kakak aku. ERk....Boleh gitu.?



Monolog: Buat kamu, saya takkan paksa kamu lagi, soal macam-macam tentang kamu lagi walaupun sebenarnya hati saya meronta-ronta nak tahu tentang kamu. Tak apalah kamu buatla apa yang kamu suka. Saya tak marah dan tak tanya lebih-lebih dah. Hope you will happy. Hidup saya..? Tak apa saya pndai-pandai la uruskan diri ini sendiri.Terima kasih ya. [bila nak jumpa saya..???]

Friday, August 13, 2010

Hari ke Tigabelas dalam Bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/13/2010 10:11:00 PM 0 comments
Hari ni dapat Elaun untuk bulan 7 sebagai trainee. Syukur alhamdulillah. Rezeki itu datangnya dari Allah.

Thursday, August 12, 2010

Tiket oh tiket

Posted by aisHa 'S' at 8/12/2010 01:32:00 PM 4 comments
Baru je balik dari hentian putra. Dengan harapan untuk beli tiket raya. Pergi kaunter bas Sani, dorang da tampal awal-awal cakap tiket raya buka 16hb Ogos 2010. Pergi kaunter bas Perdana tanya tiket 8hb malam ada ke tak.? Abang tu senyum je sambil geleng-geleng. Pastu terus call abang aku cakap tiket dah habis. Lepas tu pergi kaunter Mahligai tanya yang 8hb ada lagi tak.? Akak tu cakap dah habis dik.. 9hb pagi..? Dah habis juga. Ok..Then call abang aku cakap Mahligai pun habis. So dia cakap, takpe lah, nanti dia suruh member dia adjust. Hee..Berbunga di hati. Lepas tu aku cakap, kalau tak ada juga book la yang Sani. 16hb baru buka. Kemudian aku balik ke ofis meredah kepanasan.

Kenapa aku tak ambik tiket bas lain..? Maybe sebab aku tak biasa naik, jadi aku rasa tak percaya dan rasa tak selesa. Aku paling suka naik bas Sani dan Perdana sebab masih baru dan selesa. Tidur pun lena. Kalau bas lain, aku memang tak lelap tidur sepanjang perjalanan yang memakan masa 8jam. Bas Sani sebab dia double decker. So aku suka sit yang atas. Tak suka sit bawah, sebab rendah sangat. Dan paling suka single sit.! Kenapa nak balik raya pun memilih.? Aku memilih sebab kalau bas tak selesa nanti habis satu badan sakit. Aku tak kisah mahal sikit, ala bukan banyak beza pun. Tak samapi rm10 beza dia. Tapi harga tiket untuk raya berapa ya.?

[Hope ada tiket untuk balik raya ni..Uwaaa..Nak raya..!!! Aku dah apply cuti ni. Sampai kena tolak elaun lagi tu.. Bulan depan elaun tak cukup la RM500. Tapi tak apa, raya punya pasal.]

Monolog :- Tiba-tiba aku terfikir, semalam aku ada mengumpat tak..?? Haha..Rasanya semalam tak banyak cakap kot. Maybe tak ada mengumpat siapa-siapa. Kena jadi pendiam la lepas ni. Baru kurang sikit buat dosa dalam bab megumpat dan megata.Boleh tak gitu.? :p Tapi kalau bermesej pun boleh jadi mengumpat kan..???

Hari Ke Duabelas dalam Bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/12/2010 09:45:00 AM 2 comments


[senyumanmu pujaanku]

Hari ini pergi kerja agak lambat sedikit. Sebabnya aku mencari-cari earphone tapi tak jumpa. Resah dihati sebab aku tak boleh berjalan seorang diri untuk pergi kerja tanpa dengar lagu. Mendengar lagu ni sudah menjadi tabiat @ 'habit' dalam bahasa mat sallehnye. Perjalanan untuk pergi kerja dari asrama aku di bangsar ke tempat kerja di Jalan Raja Laut ambil masa dalam lebih kurang 40minit. Kerana dari hostel, aku perlu berjalan kaki sampai ke stesen lrt bangsar yang mengambil masa 15-20minit. Kemudian dari stesen bangsar ke stesen masjid jamek pula dah 5-10 minit.Lepas tu tukar stesen Star pula dah kena berjalan lagi yang mengambil masa 10 minit. Bila da naik star ke stesen Sultan Ismail 5 minit jer. Sampai je kat ofis habis berpeluh satu badan. Sia-sia make up.Hehe

Hari ni sampai ofis, buka emel lotus ada satu meeting invitation. Uwaa..pukul 11pagi nanti. Aku nak join ke tak..? Tanya supervisor aku dia cakap tak kisah nak join ke tak. Pada aku kalau join memang aku tak faham apa pun yang mereka bincangkan. Tapi kalau tak join aku mesti tak tahu apa-apa pulak. Hurm... What should i.???

*********
Semalam, lepas waktu kerja, pergi menapak ke kampus aku di jalan sultan ismail. Jumpa my ex-roomate. Lepas tu kami menapak ke Bazar Ramadhan di Jalan Raja Alang. Sampai je memang dah agak jalan agak sesak. Lepas tu tengok beberapa wartawan sedang menemu bual pengunjung di bazar itu, tengok camera yang cameraman pegang, Ada logo "Astro Awani". Oh aku jarang tengok astro awani. Lepas tu jejalan cari makanan, jumpa pula wartawan dari RTM. AKu cari-cari juga gerai yang stesen-stesen radio punya. Tapi tak jumpa. Tahun lepas ada radio Sinar FM yang memeriahkan bazar. Tapi tahun ni mungkin mereka di tempat lain kot.

Juadah berbuka, aku beli nasi kerabu dan ayam percik je. Air pulak ABC. Ntah apa yang sengal gi beli juadah macam tu aku pun tak tahu. Hari ni pergi bazar ramadhan lagi. :)

[i wish i can smile and laugh like this. Be Happy like this.]
Tengah hari nanti nak pergi beli tiket balik raya. Mintak-mintak la ada lagi tiket.. Sebab aku dah kelambatan untuk membeli tiket ni. Selalu macam ni bila nak balik raya. Asyik bergantung dengan abang aku je. Kali ni kena usaha sendiri.

Wednesday, August 11, 2010

Lunch Time.

Posted by aisHa 'S' at 8/11/2010 01:43:00 PM 2 comments
[Gambar hasil dari google]

Waktu lunch di bulan puasa... Malas nk keluar berjalan takut penat. Tapi tak boleh nak stay kt meja ni je,sebab sejuk giler. Dah berlapis pakaian menyelimuti tubuh, tapi masih belum mampu melawan rasa sejuk. Sampai biru kuku di jari. So first day puasa ni, ada staf perempuan buat usrah di surau pejabat. Aku join sekali. Happynya...Banyak perbincangan dan pertanyaan diusulkan dan jawapan diberikan dengan baik. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya tidak sia-sia ramadhan pertama ini. Semoga ia berterusan juga untuk hari-hari berikutnya. Kalau tak nanti aku buang masa dengan tidur je bila waktu rehat. Lama-lama nanti makin melemahkan jiwa dan tubuh badan.

Rindu kenangan masa zaman sekolah agama dulu..Cewah..Tetiba je.

Bila mentari menyinar..Ku rasa bahangnya membakar. Bila mentari tunduk ke bumi ku rasa diri ini sunyi..Tiada teman..seorang diri... Dalam kepekatan malam, kulihat ada bintang-bintang kecil, turut bersama...Oh...indahnya ciptaan tuhan pada yang mahu memikirkan..Rahsia segala yang tercipta, tersembunyi pada kurniaan rahmatnya...Disebalik terang sirna suria ada yang buta menilai dunia..Dan pada malam yang gelita ada insan yang terus berdoa...

Mutiara Kata :- Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Hari ke Sebelas dalam bulan Ogos

Posted by aisHa 'S' at 8/11/2010 09:10:00 AM 10 comments
[Gambar tiada kaitan dengan entry]
Hari pertama dibulan Ramadhan. Permulaan hari yang baik. Semoga perkara-perkara baik berterusan sampai ke penghujung hari dan berterusan sehingga esok kemudian berterusan untuk hari-hari seterusnya. :)

Cuaca pagi ini agak mendung. Perjalanan ke tempat kerja juga lancar, LRT dan Star tidak sesak sangat. Dan stesen LRT di masjid jamek juga lengang. Apakah maksudnya.? Semua masuk kerja awalkah.? Hari ini habis kerja pukul 5petang. Plan berbuka dimanakah.? Dihostel saja.? Tapi teringin nak jejalan cari pasal di Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. Nak tengok kesesakan umat manusia. Rasanya hari ini balik sesorang je kot. Hurm....Jadi kemungkinan besar berbuka dekat bilik je la. Bosannya.

Sampai je ofis pagi ni, terus buka emel, buka blog. Kerja tak buat lagi ni. Aku segan nak tanya banyak dekat kak fauziah. Sebab aku tau dia busy. Uwaaa..Kerja yang tertangguh ni semua sebab aku tak tahu nak buat. Aku bukannya suka sangat kerja aku bertangguh,tapi itu lah,Sudahlah tak tahu, tak bertanya pula tu. Ishk..! Apa nak jadi ni.? Kalau dah bertangguh tu confirm la lama-lama nanti malas dah nak buat. Lepas ni kena buat-buat berani bertanya. Lagi pun aku nak tanya tentang cuti lagi. Nak beli tiket lagi. Kalau tiket habis, mati la aku.!!! Maunya kena bebel dengan abang aku nanti. Sebab dah berapa hari dia telefon tanya pasal tiket. Aku tak dapat nak setel-setel lagi. Adoyai... Raya-oh-Raya.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Kareem.

Posted by aisHa 'S' at 8/10/2010 02:42:00 PM 3 comments






Selamat Berpuasa semua...
^__^


Semoga di bulan Ramadhan pada kali ini, saya lebih banyak bersabar dalam mengharungi setiap rintangan. Ameen.
 

My Paper Heart Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez